Kejarlah cinta hakiki terlebih dahulu
sebelum mengejar cinta manusia,
PULANG sahaja Ghazi daripada kem disebabkan ada urusan yang perlu diuruskan olehnya atas permintaan Mejar Fadli sebelum dia dan teamnya pulang kem di Melaka semula. Namun, sudah tiada lagi wajah ceria wanita itu meyambut dirinya di muka pintu. Hanya tinggal bayangan sahaja yang kian pudar.
Salam diberi perlahan.Tenaga dan sinar hari-harinya sudah tiada. Dirinya terasa kosong. Seyuman manis itu sudah tiada di dalam kamus hidupnya setelah perginya si kekasih hati. Suara keriuhan yang berada ruang tamu itu diabaikan. Tiada mood untuk melayan. Dia ingin mencari kedamaian di dalam bilik tidurnya. Dia ingin menatap setiap ruangan yang pernah menjadi tempat isterinya bergerak ke sana ke mari sambil membebel berani kepadanya.
FLASHBACK
Pintu bilik air itu diketuk beberapa kali oleh Ghazi untuk menganggu isterinya yang sedang mandi itu.
"Sabarlah abang. Saya tengah mandi lagi ni." jerit Hayfa setelah pili air itu sudah ditutup.Geram pula Hayfa jadinya dengan ketukan tanpa henti itu. Dia sangat masak dengan perangai lelaki itu yang suka menganggu ketenteramannya.
"Cepatlah aku dah tak tahan ni. Kau nak aku rempuh pintu bilik air ni dan tengok kau mandi. Kau nak ke macam tu?!" ugut Ghazi yang berada di sebalik pintu bilik air itu sambil menyerigai jahat.
"Ya. Sabar kejap."
Pak!!
Pintu bilik air itu kedengaran dibuka dari dalam membuatkan Ghazi beriak seperti biasa semula. Tidak lama itu muncul wajah isterinya yang sedang mengemam bibirnya sambil berkemban dengan kain batik.
"Masuklah abang."pelawa Hayfa setelah kakinya sudah berada di luar bilik air itu.
"Tak jadilah. Tiba-tiba rasa tu dah hilang."dengan lagak selamba Ghazi berkata tanpa rasa bersalah kerana sudah menganggu isterinya itu. Membulat mata Hayfa dengan apa yang keluar dari mulut itu.
"Eh macam mana boleh jadi macam tu pula. Pergi buang cepat nanti abang punya tu jadi batu karang. Kalau batu karang ditengah lautan takpa ini dekat situ susah abang nanti."terpaku Ghazi tak percaya. Dia melihat wajah isterinya berselang seli dengan dirinya beberapa kali. Sejak bila isterinya pandai berkata begitu. Siapa yang ajar isterinya berkata macam ni?
"Kau cakap apa?"tanya Ghazi sekali lagi.
"Malaslah saya nak layan abang. Saya nak pakai baju sekejap."Hayfa berlalu pergi dengan lagak yang tenang. Makin dilayan makin menjadi suaminya ini.
Mata mengekori pergerakan tubuh itu sehingga hilang daripada padangan. Tidak lama itu susuk tubuh itu keluar semula dengan pakaian rasminya pada waktu malam iaitu berkain batik dan baju berlengan pendek.
Kepala diangguk-angguk mencari sesuatu. Tiba-tiba idea nakalnya hendak mengusik datang. Tersengih nakal Ghazi.
"Zinnirah. Apa yang kau pakai ni?"
Terjungkit kening Hayfa dengan pertayaan suaminya itu. Dah kenapa pula dengan suaminya malam ni. Perangai nampak macam peli.
"Kenapa? Sebelum ni memang saya pakai macam ni pun." matanya menilik pakaian yang dipakainya. Dia rasa tak ada yang pelik pun.
"Aku tak nak kau pakai pakaian macam ni. Ada masalah ke kau nak ikut apa yang aku suruh."wajah sengaja dibuat garang ingin melihat reaksi wanita itu.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...