HAYFA mengikut langkah kaki suaminya itu.Tangannya digenggam oleh tangan besar lelaki itu. Ditilik pakaiannya itu sudah seperti seorang budak yang baru pulang daripada senaman. Malu dirinya. Sudahlah mata-mata yang memandang dirinya itu membuatkan Hayfa dilanda rasa segan.
Suaminya membawa dirinya ke satu tempat yang dia sudah tahu bahawa itu merupakan kantin tempat para tentera makan. Hayfa pula tidak banyak berkata hanya menurut sahaja. Kerusi ditarik oleh Ghazi untuk permaisurinya duduk. Dihiraukan banyak mata yang memandang.
"Sayang nak makan apa? Cepat nanti perut tu kosong."tanya Ghazi dengan rasa risau. Sudahlah makanan hospital isterinya tidak mahu makan sedari pagi tadi lagi. Jika dibiarkan nanti masuk angin. Dia taknak wanitanya sakit lagi.
"Saya ikut ja abang."
"Sayang tunggu sini kejap, aku nak ambilkan makanan untuk kau." Ghazi mula melangkah untuk mengambil makanan. Hayfa pula tidak mahu melepaskan tangan suaminya. Dia takut diperhatikan sebegitu. Ghazi melihat keadaan sekeliling sebelum bersuara.
"Jangan tenung isteri aku macam tu. Kalau tak aku denda korang commando rest 70." Mendengar amaran itu menyebabkan semua ketakutan dan kembali menumpukan makan masing-masing tanpa berani melihat ke arah tersebut lagi. Ada yang tercengang dengan kenyataan tersebut.
Mereka tidak menyangka ketua atasan mereka ini sudah berkahwin dan punyai isteri secomel itu. Terutamanya kaum wanita terasa kecewa apabila ketua atasan idaman mereka itu sudah berstatus suami orang.
"Okay sayang. Aku pergi ambilkan makanan sekejap." ditinggalkan sebentar isterinya di situ. Hayfa sekadar menunduk. Dia menggenggam tangan sesama sendiri. Gementar. Maklumlah pertama kali dia menjejakkan kaki di sini. Di dalam kem ini.
Dalam dia berperang dengan diri sendiri sambil menunggu suaminya, suara seseorang bergema kuat. Pandangannya dialihkan kepada suara dan susuk tubuh itu.
"Hayfa kesayangan hamba." suara itu memanggilnya seperti tiada orang di sini. Terdapat lima orang itu melangkah ke arahnya dengan penuh selamba. Wajah masing-masing beriak tenang. Hayfa yang melihat salah seorang daripada orang yang dia sayang berada di situ segera berdiri dan memeluk tubuh itu.Terpana lagi orang yang berada di situ. Kalau ada serangan jantung memang mati mengejut mereka itu.
"Along. Adik rindu along." katanya perlahan. Haider membalas pelukan tersebut. Rindunya terhadap adiknya mengunung tinggi. Kedua-dua pipi adiknya dikucup sayang. Membulat mata yang berada di situ dengan tindakan berani mati oleh seorang lagi atasan mereka.
Haider mencari tangan adiknya yang berbalut itu. Diusapnya perlahan. Dia sudah dimaklumkan oleh Ghazi tentang kecederaan yang dialami oleh adiknya ini serta kedatangannya ke sini.
"Sakit lagi ke adik?" soalnya membuatkan Hayfa terasa ingin dimanja.
"Sakit along." tercebik-cebik bibir itu mengadu. Haider memeluk tubuh itu sekali lagi. Ghazi yang melihat situasi itu berasa cemburu mendekati mereka dengan pantas. Dia kurang suka orang lain memeluk kepunyaannya walaupun itu abang iparnya sendiri. Dia cemburu.Biarlah orang nak kata dirinya tamak.Itu miliknya tiada siapa boleh menafikan perkara itu.
"Sayang. Mari makan. Mari sini aku suapkan." Ghazi mengawal perasaannya. Dia menarik tangan isterinya lembut untuk duduk di sebelahnya.Haider sengaja ingin melihat riak wajah sahabatnya yang sudah mempunyai tanda-tanda cemburu masih utuh memeluk tubuh genit itu.Tidak mahu melepaskan.
"Sikit-sikit dahlah bro. Jangan nak lebih-lebih." Ghazi memberi amaran.Dia kalau tahu nak menjadi seperti ini lebih baik dia bawa isterinya ke pejabatnya tadi. Makanan biar dia turun beli sendiri. Berdecit Ghazi tidak berpuas hati.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...