Jangan terlalu percaya dengan orang lain sehingga terlupa
bahawa dunia ini tak ada yang baik dan sempurna
menyebabkan diri sendiri disakiti.
SEBUAH kereta mini cooper milik Rose memasuki kawasan banglo mewah tiga tingkat itu. Sejak dari rumah lagi niatnya sudah buruk untuk datang ke sini.Dia ada helah untuk menjatuhkan wanita itu. Wanita yang menjadi mangsa dendamnya.
Pintu kereta ditutup sedikit kuat. Jika tidak disebabkan dendamnya dia takkan datang ke rumah ini. Tambahan pula nak melihat wajah wanita tua tak sedar diri itu. Mudah sangat termakan hasutannya. Tersenyum sinis dirinya. Kaki dibawa melangkah ke pintu rumah itu dan membukanya setelah kasut tumit tingginya dibuka.
Tanpa memberi salam kaki diatur mencari kelibat yang akan menjadi tujuan asalnya berjaya. Ternampak tubuh wanita tua itu sedang berduduk di sofa sambil menonton tv. Rambut diselak ke belakang.
"Hai!! Aunty. Apa khabar?" dicium tangan wanita itu kemudian kedua-dua pipinya dilagakan dengan riak wajah yang menyampah.
"Lately ni Rose datang aunty asyik tak ada dekat rumah je. Aunty pergi mana?" punggungnya dilabuhkan di sebelah Puan Sri Hanum. Matanya melirik ke wajah yang mencuka itu.
"Kamu tak payah tahulah urusan aunty."jawab Puan Sri Hanum dengan nada yang biasa. Hari ini dia betul-betul tiada mood hendak berbual dengan sesiapa. Hatinya tengah panas.
"Rose cuma tanya je. Sebelum ini, setiap kali Rose datang mesti ada aunty. Ini tak asyik muka Hayfa tu je yang ada.Menyampahlah Rose."sengaja dia menyebut nama itu untuk mengapi-apikan lagi hati itu. Dia tahu yang wanita tua ini tidak suka nama tersebut disebut di hadapannya. Sengaja mahu mencari pasal.
"Kamu jangan nak sebut nama perempuan tu. Aunty tak suka. Disebabkan dialah aunty seperti sekarang ni kamu tahu tak?" tidak puas hati dengan menantu. Dia tetap menyalahkan menantunya di atas apa yang berlaku kepadanya walaupun diri sendiri yang salah. Ego tetap disanjung tinggi.
"OMG. Seriously aunty. Apa yang dia buat sampai aunty marah sangat tu?"riak terkjut ditayangkan bersama tangan naik menekup mulut.
"Yela. Kalau tak sebab perempuan tu mengadu dekat uncle, uncle tak marah aunty sampai teruk macam tu tau. Siap ugut-ugut lagi. Naik begang aunty jadinya. Sampaikan nak sentuh menantu kesayangan dia tu pun tak boleh. Aunty pun tak tahu apa istimewanya perempuan tu dalam rumah ni sampaikan orang semua bela dia sehingga perasaan aunty diketepikan. Aunty terasa tahu tak."luah Puan Sri Hanum tentang perasaan yang dialaminya. Namun luahannya pada orang yang salah. Orang yang akan menghancurkan diri dia semula.
"Dia ada buat guna-guna dekat mereka tak aunty?"Rose sekadar menambah perasa dengan mengelurkan pernyataan di luar fikiran wanita itu. Terdiam wanita tua itu seketika sebelum bersetuju.
"Aunty pun rasa macam tu."
"Tapi bila tengok dari cara dia macam taklah Rose.Bayangkan macam mana dia buat semua benda tu padahal tak pernah langsung dia keluar daripada rumah ni. Macam tak masuk akal."Puan Sri Hanum tidak yakin pula dengan kata setujunya tadi. Takkan menantunya itu buat guna-guna pada keluarganya padahal Hayfa tak pernah keluar rumah. Kawasan sini pun dia tak tahu selok-beloknya.
"Hmm. Kalau aunty dah kata macam tu kita guna plan lain untuk buat semua orang benci dekat dia. Aunty nak?" Rose cuba memancing Puan Sri Hanum dengan caranya yang tersendiri kerana dia dapat membaca bauh fikiran wanita tua ini.
"Aunty tak beranilah Rose nak usik perempuan tu lagi.Nanti tak uncle yang marah Ghaz pula marah. Macam mana?" suaminya marah sudah membuatkan dirinnya kecut perut inikan pula anaknya itu. Tengok sahaja Ghazi seorang yang menurut apa yang dikatakan olehnya tetapi sekali lelaki itu marah habis rumah ini menjadi mangsa amukannya.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...