BAB:41

395 11 0
                                    

"KAKLONG" panggil Haura setelah dia menunggu lama di dalam bilik itu. Kakak iparnya ini masih lagi tidak muncul-muncul. Jadi, Haura mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik air itu dan tangannya memulas tombol tersebut.

Terbuka sahaja pintu tersebut, Haura terus menerpa ke arah isteri abangnya yang sudah bersandar lesu pada singki bilik air itu.

"Ya Allah.Kaklong jom kita pergi klinik. Risau dah Haura ni." lengan wanita itu dipegang dan ditarik lembut untuk membawa Hayfa keluar. Wanita ini perlukan rehat.

"Tak apa. Mungkin perut kaklong masuk angin je."jawab Hayfa lemah. Bibirnya terasa kering. Perutnya pula terasa sebu seperti hendak mengeluarkan sesuatu.

"Tak boleh kaklong. Kalau biar makin melarat nanti.Mari ikut Haura kita pergi klinik." Hayfa yang tidak berupaya hanya mengikut sahaja tarikan adiknya yang memapah tubuhnya.

Baru sahaja beberapa tapak melangkah, Hayfa kembali mendekatkan diri pada singki semula.

BURR!!

BURR!!

Hayfa kembali menundukkan kepalanya pada singki tersebut. Hanya angin sahaja yang keluar dari mulut itu bersama air. Tubuhnya sudah mula melembik dan hendak terjatuh namun tangkas ditahan oleh Haura.

"Nak muntah lagi tak?" soalnya setelah melihat kakak iparnya sudah mula mengangkat kepala selepas berkumur mulut.

"Ya Allah. Mana along ni? Kenapalah lambat sangat. Janji Melayu betullah dia ni."sempat lagi dia mengata abangnya itu. Geram. Kata pergi sekejap sahaja ini dah kenapa tak sampai lagi.

"Kaklong larat lagi tak nak jalan. Kita keluar ya. Haura pimpin kaklong." mereka berdua berjalan perlahan-lahan keluar dari bilik air itu untuk ke katil. Tinggal lagi beberapa tapak hendak sampai, tubuh itu sudah mula memberat. Haura yang terkejut itu segera mengeraskan tubuhnya untuk menampung tubuh itu. Perlahan-lahan dia juga turut ikut duduk di atas lantai tersebut. Tubuhnya pun kecil saja mana kuat nak menampung lama-lama.

Ghazi yang baru sahaja membuka pintu bilik terpana dengan keadaan itu. Terus kaki berjalan sepantasnya mendekati dua tubuh itu.

"Ya Allah sayang. Macam mana boleh jadi macam ni?"cemas wajahnya sambil bertanya kepada Haura.

"Adik tak tahu. Keluar sahaja daripada bilik air selepas kaklong muntah, tiba-tiba dia pengsan."terang Haura ringkas. Bukan masanya nak bercerita panjang-panjnag.

"Kita bawa dia pergi hospital sekarang."

"Adik ikut."

Sesampainya di ward kecemasan itu, tubuh isterinya yang berada di tempat duduk pemandu itu terus dibawa keluar manakala Haura berlari ingin meminta bantuan daripada pihak hospital yang bertugas di situ. Tubuh isterinya diletakkan di atas stretcher dan ditolak masuk ke dalam.

Ghazi meraup wajahnya sehingga ke kepala.Tertunduk lemah Ghazi. Haura memegang lengan abangnya dan menarik tubuh itu untuk duduk di kerusi yang disediakan.

Dia dengan tidak sempat membuang pakaian seragamnya menyebabkan pandangan orang lain tertumpu kepadanya.

"Istigfar Along. Bersabar. In syaa Allah tak apa-apa."Haura cuba menenangakana abangnya yang tampak serabut. Hatinya juga risau dengan keadaan akakk iparnya. Kakak ipar yang banyak berkorban.





SEMUA yang menunggu wanita itu sedar hanya menyepikan diri. Mereka semua tidak menyangka dengan perkhabaran tersebut. Masing-masing teruja dengan berita baik yang disampaikan oleh doktor yang merawat wanita itu. Rasa syukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi. Berita ini perlu diberitahu kepada tuan punya badan nanti. Berita yang sangat ingin didengari bagi sesebuah perkahwinan.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now