Hayfa tanpa berfikir apa berlari menuju ke pintu kecemasan sebaik sahaja tiba setelah mendapat berita tentang keadaan abangnya yang cedera parah semasa dalam operasi.
Semua mata-mata yang berada di situ memandangnya dengan penuh kasihan termasuk lelaki itu namun dipedulikan oleh dirinya.
Dalam kepala otaknya hanya ada abangnya sahaja.
Aifa dan Husna juga turut berlari mengekori Hayfa dari belakang. Merekalah yang membawa Hayfa ke sini sesudah suami mereka memaklumkan perkara tersebut.
Amsyar dan Ilham terus mendapatkan isteri mereka yang kelihatan termengah-mengah itu.
Sesampai sahaja di hadapan pintu kecemasan tersebut dia lantas ingin menerpa masuk namun ditahan oleh seseorang.
"Tepi."
"Tepilah."
"Lepaslah saya nak masuk!!!"
Hayfa cuba untuk meloloskan diri daripada rangkulan kemas tersebut namun tidak berjaya.
Dia meronta-ronta sekuat hatinya sambil menjerit-jerit.
Dia takut. Dia sangat takut jika alongnya meninggalkan dirinya seperti kedua ibubapanya.
Ya Allah.
Peliharalah alongku ya Allah.
"Kau tak boleh macam ni nanti abang kau lagi sedih tengok keadaan kau. Kau kena kuat." Ghazi berbisik lembut ditelinga Hayfa yang berlapik tudung sebelum perlahan-lahan rontaan itu melemah. Tubuh Ghazi dipeluk erat oleh Hayfa.
"Sa..saya. Saya takut."mengonggoi Hayfa dalam pelukan tersebut.
"Allah ada. Aku yakin abang kau kuat."
"Tapi..."
"Kau dengar kata aku.Kau percaya aku. Sekarang kau tenangkan diri dulu. Duduk sini." Ghazi mendudukkan gadis itu di kerusi tempat dia duduki tadi. Pandangan para sahabatnya dihiraukan.
Mereka semua juga turut mengalami kecederaan tetapi tidak terlalu teruk seperti Haider.
Mereka berlima sangat risau akan keadaan sahabatnya yang tidak sedarkan diri itu ketika sampai di sini.
Dua jam sudah berlalu,namun masih belum ada tanda-tanda perkhabaran daripada doktor yang merawat Haider. Mereka tetap menanti dengan penuh debaran yang kuat selagi mana keadaan sahabat mereka tidak diketahui.
Dalam hati masing-masing sentiasa melafazkan doa kepada sang pencipta untuk sahabat perjuangan mereka yang sedang bertarung nyawa.
Hayfa sedari tadi dilanda kegelisahan yang melampau serta perasaan tidak enak menerpa lalu dibuang jauh-jauh.
Giginya menggigit jari telunjuk untuk mengurangkan rasa resah.
Tidak lama kemudian seorang doktor wanita yang sangat dikenali mereka keluar daripada bilik pembedahan tersebut. Semua yang berada di situ menerpa ke arah tersebut.
"Haiza. Macam mana dengan Haider?"
Persoalan yang ditanya oleh Ilham dibiarkan sepi oleh kerana wajah yang dicarinya tidak kelihatan.
Nafas dihela perlahan. Berita yang hendak disampaikan tidaklah baik untjk didengari oleh setiap waris mahupun orang terdekat.
"Alhamdulillah. Encik Haider baru saja melepasi tahap kritikal dan dia selamat."
Mengucap syukur yang tidak terhinggendemgar perkhabaran itu walaupun hanya sekadar selamat.
"Peluru hampir mengena jantung dan ususnya. Kalau tidak saya tak tahu macam mana nak cakapkan. Tapi berkemungkinan besar dia akan mengalami koma yang panjang mengikut daya kekuatannya."
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Literatura FaktuAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...