HAYFA duduk di atas bangku yang disediakan di tepi kolam itu. Dia merenung air kolam itu dengan perasaan serta fikiran yang kosong. Sekosong jiwanya. Tangan kirinya mengusap telapak tangan kanannya lembut. Berulang-ulang kali.
Perlahan-lahan tubir matanya memanas. Air mata itu sudah mula hendak mengalir pantas diseka dengan belakang tapak tangannya. Bukannya caranya hendak nampak kuat melalui tangisan. Caranya adalah menahan air mata daripada kelihatan dan muhasabah diri. Itu caranya.
Dia tidak tahu apa salahnya sampaikan ibu mentuanya tidak dapat menerima kehadiran dirinya sebagai menantu dalam rumah ini. Dia memang tak tahu. Dia juga tak tahu sampai bila yang dia boleh bertahan untuk hidup dengan mengadap semua benda ini. Kekuatannya dan kesabarannya makin hari makin tercabar. Apa yang dia yakin kini pasti Allah sedang menghantar sesuatu yang lebih baik untuknya. Itu yang paling dia yakin. Renungannya diganggu apabila suara sindiran itu kedengaran. Hayfa melihat sekilas sebelum memandang ke hadapan semula.
"Kau memang jenis yang tadah je ke apa orang buat dekat kau tanpa langsung melawan?Sampai bila kau nak tadah je apa yang orang buat dekat kau especially mak mentua kau sendiri."
Perempuan itu masih lagi tidak berpuas hati lantas menyambung kata-katanya semula. Sangat menyakitkan bagi orang yang mudah sangat hilang sabar. Bagi Hayfa biarlah perempuan itu hendak mengatakan apapun yang dia tahu Allah ada bersama dan mendengar setiap luahannya.
"Macam ni ke bila jadi menantu bukan pilihan. Kalau aku dekat tempat kau aku tak akan terima je apa yang aunty buat. Aku akan balas balik. Aku bukan perempuan lemah macam kau. Kau ni terlalu lembutlah sehinggakan orang lain mudah sangat pijak kepala kau." Dia bergerak berdiri seiring dengan perempuan yang sedang berduduk di atas kerusi dengan wajah yang tenang itu.
Bagaimanalah perempuan ini masih beriak setenang ini walhal dirinya dilakukan seperti itu. Tangan disilangkan ke dada. Matanya tunak melihat wajah itu. Dia ingin membuat Hayfa panas namun dirinya pula yang panas dengan kebisuan tersebut.
"See. Nak balas kata-kata aku pun tak mampu. Patutlah kau terseksa macam ni."
"Apa yang awak akan buat jika perasaan kasih dan sayang awak sangat tinggi terhadap orang yang awak sayang terutamanya wanita yang awak anggap sebagai ibu awak?" dengan pertanyaan tersebut sudah membuatkan Amira terbungkam. Itu baru sahaja pertanyaan. Sudah terkunci mulut itu.
Setiap orang yang bercakap dengannya pasti akan mengatakan dirinya ini tidak tahu membalas. Dia diam bukan bermakna tidak ada kemampuan dalam berhujah namun dia sedang berfikir untuk berhujah dengan cara yang paling lembut dan tidak menyakitkan hati orang lain.
"Sayangkan. Awak mesti sanggup hadap semua benda ini untuk mendapatkan kasih sayang daripada seorang ibu mentua jika awak sudah kehilangan kedua-duanya sekali. Begitu juga saya. Saya cuma harapkan secebis kasih daripada kedua-dua mentua saya sahaja. Hanya itu yang saya ada sekarang."luah Hayfa kepada Amira. Dia ingin gadis itu dengar apa yang dia ingin sampaikan supaya gadis itu faham dan lebih menghargai apa yang dia ada kini.
"Ini semua ujian daripada Allah,Amira. Allah nak uji saya dengan datangkan ibu mentua yang seperti ini. Awak ingat saya diam selama ini dan terima saja apa yang orang buat dekat saya walaupun sebenarnya itu sikap saya. Diam saya hanya kepada Allah saya mengadu. Saya tidak suka membalas perbuatan orang terhadap saya sebab saya yakin setiap orang yang sabar Allah akan hadirkan ganjaran yang besar buat dirinya. Jadi, saya cuma perlu sabar dan mendoakan kebaikan untuk orang tersebut. Saya bukan Allah nak hukum seseorang itu. Saya hanya manusia biasa yang kerdil dan masih lagi mengharapkan pertolongan Allah sahaja." Hayfa berhenti seketika sebelum menyambungnya semula. Nafas ditarik dan dihembus perlahan.
"Macam awak. Awak datang kepada saya dekat sini sebenarnya bukan niat awak nak sakitkan saya. Awak cuma nak beri saya semangat tetapi cara awak yang kasar. Saya terima semua kata-kata awak. Walaupun awak sendiri pernah tampar saya pada hari itu,saya sentiasa mendoakan awak berubah ke arah yang lebih baik.Dan Alhamdulillah. Awak datang kepada saya harini dengan berkata sedemikian."
Sungguh Amira terkedu dan terdiam seribu bahasa. Dia tidak mampu memabalasnya. Apa yang disampaikan oleh perempuan di hadapannya ini membuatkan dirinya terkedu. Dia tak menyangka yang perempuan ini masih mendoakannya walaupun pada hari itu dia disakiti. Sungguh murni hati wanita ini.
Tidak pernah dia jumpa dalam hidupnya seorang seperti ini. Menerima dan mendoakan kebaikan untuk orang lain yang menyakitkan hatinya.
"Setelah sebulan lebih saya menjadi isteri kepada lelaki yang awak inginkan,saya sentiasa menunggu kehadiran awak untuk bertemu dengan saya. Pada hari ini juga Allah makbulkan apa yang saya nantikan iaitu untuk bertemu dengan awak,Amira. Penantian saya Allah balas dengan kehadiran awak." Wajah gadis yang berdiri di sebelahnya dilihat. Jelas sekali riak yang ditayangkan sudah dapat dikawal lagi. Banyak kejutan yang dia terima pada hari ini.
"Saya teringin sangat nak jumpa dengan awak. Saya ingin bertanya kepada awak, adakah awak betul-betul ikhlas dan tulus mencintai suami saya."pertanyaan yang tidak pernah Amira fikirkan akan keluar daripada mulut isteri kepada lelaki yang dia inginkan.
Tidak pernah terdetik di hati kecil Amira setelah dia diberi amaran oleh Ghazi berkenaan dengan isu malam tersebut. Dia tidak memunculkan dirinya di rumah ini lagi kerana takutkan akan amaran lelaki tersebut. Kebetulan hari ini dia diminta oleh ibu saudaranya untuk datang ke mari. Namun kejadiaan itu pula disaksikan oleh dirinya. Betapa kejamnya ibu saudaranya ketika itu.
"Saya nakkan kepastian sahaja sebab saya perlukan jaminan awak untuk saya serahkan suamisaya dengan rela hati kepada awak jika suatu hari nanti saya pergi tinggalkandia. Sekurang-kurangnya awak betul-betul ikhlas cinta dan kasihkan Quds membuatkan saya yakin dengan keputusan saya nanti. Setiap manusia diberikan kesabaran. Setiap kesabaran itu ada hadnya. Saya takut pada saat nanti kesabaran saya sudah berada di tahap yang sudah habis limitnya dan emosi saya sudah tidak dapat dikawal lagi,awak ada untuk dia Amira. Saya sendiri tidak yakin yang saya akan mampu bertahan jika hari-hari kesabaran saya diuji dan mental yang seringkali dijatuhkan. Saya bertahan hadap semua benda ini sebab dekat sini saya hanya ada suami dan abang saya sahaja. Saya sudah tiada sesiapa lagi dalam hidup. Kasih dan cinta saya terhadap suami saya begitu tulus sehinggakan saya sanggup menerima apa saja yang puan sri buat dekat saya. Saya terima dengan hati yang ikhlas. Saya terima semua benda ini demi suami saya Muhammad Ghazi Al-Quds."
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...