Berubah ke arah yang lebih baik itu perlu
Namun berubah ke arah yang lebih baik dalam mengejar cinta Allah
adalah sangat perkara yang amat penting bagi seorang mukmin.
PUAN SRI HANUM menantikan kepulangan suaminya dengan penuh rasa sabar di hati selepas suaminya keluar daripada rumah pada malam itu. Masuk hari ini cukup tiga minggu suaminya meninggalkan dirinya. Jadi, hari ini dia akan berikan layanan istimewa kepada suami tercintanya.
Dia sudah menghidangkan makanan malam untuk suaminya. Untuk kali ini dia mengambil balik tugasnya untuk memasak kepada suaminya setelah sekian lama meninggalkan perkara itu disbebkan termakan hasutan perempuan tersebut. Wanita itu juga sudah tidak menghubungi perempuan itu lagi. Dia sudah perlahan-lahan melakukan semula ibadah kepada Allah serta membaca Al-Quran pemberian Haura berikan kepadanya iaitu kepunyaan Hayfa.
Pada petang tadi, dia mendapat pesanan daripada suaminya mengatakan lelaki itu akan balik pada malam ini kerana ada hal yang ingin dibincangkan. Hatinya tak kuat untuk perkara itu. Tetapi dicekalkan juga dengan sebarang kemungkinan yang berlaku. Dia harus terima. Mungkin ini balasan Allah beri kepadanya setelah dia bersikap kejam terhadap menantunya.
Puan Sri Hanum tersentak daripada lamunannya apabila bunyi pinta rumah dibuka.Bergegas dia menadapat tubuh itu lantas tangan itu dikucup dan beg yang berada di tangan suaminya diambil dan tangan suaminya ditarik untuk mengikuti langkahnya.
Tercengang seketika Tan Sri Ghazar dengan tingkah laku isterinya yang seakan pelik itu. Dia hanya menurut hanya langkah kaki wanita itu tanpa mengeluarkan suara. Dalam diam dia memerhati. Wanita itu menarik kerusi lalu didudukan suaminya di situ.
"Saya tak lapar."tiga patah perkataan yang keluar dari dua ulas bibir lelaki itu menghentikan pergerakannya yang mahu mencedok nasi untuk diletakkan ke dalam pingan suaminya. Mangkuk nasi itu diletakkan kembali.
"Saya dah makan dengan perempuan tu dekat luar tadi." Tan Sri Ghazar menyambung kata-katanya tadi sengaja ingin memancing amarah isterinya namun sebaliknya reaksi yang diterima.
"Ouh. Okay. Baiklah kalau macam tu." riak yang kecewa itu disorokkan olehnya sebaik mungkin. Tan Sri Ghazar sekadar menayangkan wajah tenang dengan riak tersebut. Bukan dia tak kenal wanita ini dia cukup kenal. Kalau sudah berkata begitu maknanya wanita itu sedang berjauh hati.
"Saya balik ni sebab nak bincangkan hal kahwin saya. Tinggal lagi beberapa hari saja lagi. Saya cuma nak minta restu awak saja walaupun saya tak kisah dengan benda tu. Cuma saya taknak awak rasa tak adil bagi."
"Memang tak ada peluang untuk saya perbetulkan semula ke. Memang tak ada peluang untuk saya halang abang dari berkahwin lain ke. Kalau semua peluang tu tak ada saya akur dengan keputusan abang. Saya terima." Matanya naik memandang wajah suaminya yang sudah hidup bersamanya selama hampir tiga puluh tahun. Kasih dan sayangnya tak pernah luput tetapi disebabkan khilafnya keluarga musnah.
"Mungkin ini kifarah buat saya setelah banyak melukakan hati abang, anak-anak dan menantu saya. Kalau dengan abang berkahwin lain mampu membahagiakan abang semula teruskanlah abang. Saya takkan halang." Kepala ditundukkan ke bawah. Jari jemarinya di atas meja meramas sesama sendiri. Air mata sudah mula bercucuran jatuh. Ditahan esakan supaya tidak keluar.
Tersentak Puan Sri Hanum tatkala ada satu tangan mengenggam tangannya. Erat. Kuat. Kepala diangkat perlahan-lahan. Dia taknak ini hanya mimpi.
"Abang takkan sesekali menduakan sayang. Kita dah hidup bersama hampir 30 tahun. Abang dah kenal awak tu dah terlalu lama. Abang dah hadam dengan sikap awak sayang. Mungkin apa yang berlaku ini sebagai pengajaran untuk awak.Tak pernah terlintas di fikiran abang untuk berkahwin lain. Sumpah sayang tak pernah."
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...