BAB:39

382 13 3
                                    


HAYFA dan Haura sedang berbual di tepi kolam belakang. Haura memilih untuk berada di situ kerana ingin menjauhi pandangan sinis Puan Sri Hanum dan Rose terhadap kakak iparnya.Haiza pula meminta diri untuk berjumpa dengan kawannya yang dijemput hadir.

"Kaklong. Bila nak balik sini lagi. Hayfa rindu masakan kaklong." Matanya melihat kea rah wajah bersih wanita itu.Tempat duduk yang berada di situ berhampiran dengan kolam itu diduduki mereka berdua.

"In syaa Allah Haura. Ada masa kaklong balik sini."Hayfa sendiri tidak berani hendak membuka mulut hal ini. Suaminya tidak bagi berbicara pasal hal ini lagi.

"Baiklah kaklong."

"Kaklong. Along ada cerita apa-apa tak dengan kaklong tentang hari tu. Kenapa dia tak nak balik sini." Haura mula hendak membuka cerita tentang kejadian itu.

"Tak adalah pula. Along tu nak buka mulut memang payahlah Haura.Kenapa Haura?"Hairan juga Hayfa dengan pertanyaan itu.

"Haritu nasib baiklah kaklong tak datang sekali. Along dengan mama bergaduh.Mama marah along sebab pindah rumah tanpa berbincang dengan dia dulu. Mama kata macam-macam sampaikan along hilang sabar dan tertengking mama disebabkan mama hina kaklong."

"Ya Allah Haura. Kenapa sampai ke tahap tu. Kaklong rasa kaklong punca pergaduhan tu.Kaklong rasa bersalah."terkejut Hayfa dengan apa yang didengarinya. Kenapa sampai ke tahap itu sekali. Tangannya naik menekup mulut.Hati Hayfa tiba-tiba dihurung rasa gusar.

"Kaklong tak ada salah langsung. Mama tulah yang tak puas hati dengan kaklong. Haura sendiri tak tahu kenapa. Along pula dia bukan jenis yang suka melawan cakap mama.Tapi haritu memang Haura terkejut sangat. Along macam bukan.."

"Eh kaklong. Ada budak jatuh kolam tu."jerit Haura lantas berlari mendekati kolam tersebut dan tanpa membuang masa dia terjun ke dalam tersebut tanpa memikirkan diri sendiri. Nyawa budak itu lebih penting.

Haura mendekati budak perempuan tersebut yang sedang terkapai-kapai mencari nafas itu. Tangannya pantas memeluk tubuh tersebut. Baru sahaja dia ingin berenang ke tepi kolam itu kakinya terasa kejang.Dia turut terkapai-kapai seraya meninggikan tubuh budak tersebut.Jika ini perjuangannya dia terima.

Perlahan-lahan tubuh itu mulai tenggelam. Hayfa yang melihat menjerit meminta pertolongan. Namun dia sudah kesuntukan masa kerana kawasan yang didukinya agak jauh daripada pandangan orang. Baru sahaja wanita itu hendak terjun ke dalam kolam tersebut kedengaran bunyi percikan datang dari arah tepi kolam. Matanya melirik ke arah tersebut.

"Ya Allah. Abang Aryan. Abang Afiq. Cepat." jeritnya apabila wajah yang dikenalinya sudah berada di dalam kolam tersebut. Dua lelaki itu berenang pantas mendekati tubuh adik iparnya serta seorang budak perempuan itu.

Afiq mengambil budak tersebut daripada tangan perempuan itu manakala Aryan menarik tubuh kecil itu pula ke dalam pelukannya. Mereka berdua pantas naik ke atas seusai sampai di tepi kolam.

"Aryan kau buat cpr cepat. Aku tak berani."arah Afiq.

"Kau gila ke? Nanti orang salah faham dengan aku pula."zaman sekarang zaman viral. Pantang ada silap sikit mulalah nak sebarkan berita yang tak betul.

"Habistu takkan kau nak biarkan perempuan ni mati dekat sini." Afiq berasa gelisah.Nyawa gadis itu sudah berada di hujung-hujung tanduk.

"Abang Aryan. Buat saja kalau boleh selamatkan Haura. Tolong abang Aryan." Aryan yang mendengar suara tersedu-sedan itu merayu terus melakukan cpr. Mulutnya didekatkan ke mulut pucat milik gadis itu. Dia menyalurkan udara ke mulut tersebut. Diulang beberapa kali sebelum air keluar dari mulut itu. Aryan lantas mengangkat tubuh itu untuk bersandar dengan tubuhnya.

Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅Where stories live. Discover now