Lelaki mempunyai hak untuk berkahwin lain jika inginkan zuriat
Tetapi setialah dengan isteri yang sentiasa ada susah senang bersama
Kerana wanita itu akan mengalami lebih kesakitan jika suaminya ada zuriat
Bukan daripada rahimnya sendiri.
KERETA dipecut selaju mungkin memandangkan mamanya memberitahu ada perkara penting yang nak dibincangkan waktu ini. Hayfa mengerling sedikit melihat wajah tegang suaminya itu. Dia pula hanya membatu tanpa niat ingin bertanya kerana gusar lelaki itu akan melenting nanti. Kereta tersebut membelok masuk dan diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Mereka berdua keluar daripada kereta. Dipimpin tangan itu.
"Assalamualaikum." Ghazi memberi salam terlebih dahulu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah papanya diikuti oleh Hayfa. Tangan isterinya digenggam erat. Tidak akan dilepaskan sama sekali.
"Ghaz." sebut Puan Sri Hanum. Hatinya turut berasa tidak tenang. Wajahnya sangat resah.
"Ada apa mama panggil Ghaz dan Zinnirah ke sini?" Ghazi bertanyakepada mamanya disebabkan keinginan untuk mengetahui apa yang berlaku di dalam rumah ketika ini memandangkan Ghazi tepandangkan sebuah kereta yang tidak asing baginya. Sangat dikenali.
"Hayfa. Mama harap kamu bersabar ya nak?"
Tangan menantunya dicapai dan diusap perlahan. Wajahnya sudah berubah riak. Dia taknak menantunya disakiti lagi. Cukuplah dengan apa yang berlaku.Mereka beriringan bergerak ke ruang tamu yang sudah diduduki oleh papanya, Haiza,Haura serta tiga orang yang dia dikenali.
Ghazi bersalaman dengan papanya dan lelaki tua itu membalas sambil menepuk tangannya tanpa papanya berkata lantas duduk di sebelah Tan Sri Ghazar. Hayfa mengambil tempat disebelah mama mentuanya serta adik-adik iparnya.
"Ada apa uncle dan aunty datang ke sini?"
Dia betul-betul tidak suka dengan kedatanagn pasangan ini tambahan pula ada susuk tubuh yang paling dibencinya.
"Sebenarnya kami datang ni ada hajat yang besar." Puan Rina memberitahu tentang hajatnya untuk datang ke sini secara kiasan.
"Apa maksud aunty?"
Ghazi tidak faham dengan mesej yang ingin disampaikan oleh wanita itu. Hajat besar? Hajat apa?
"Sebenarnya kami datang ni nak minta kamu kahwin dengan Rose.Jadikan dia isterin kamu."
"Hah!!! No!! A big no!!" jerkah Ghazi dengan permintaan tak masuk akal wanita tersebut. Kepala diraut kasar. Dah kenapa dia pula? Taknak aku. Aku sayang dan cinta gila bini aku tetiba kena kahwin dengan perempuan ni. Memang taklah.
"Tolonglah Ghazi. Aunty merayu sangat dengan kamu untuk kahwin dengan dia? Aunty tengok keadaan dia dah tak terurus. Hari-hari dia sebut nama kamu. Kalau kamu kahwin dengan dia aunty jamin yang dia boleh mengandungkan anak kamu." bersungguh-sungguh Puan Rina inginkan Ghazi untuk berkahwin dengan anaknya itu.
"Kenapa kamu cakap macam tu?" Tuan Reez melihat ke arah isterinya dengan wajah yang begang. Di rumah tadi isterinya sudah berjanji tidak akan sebut langsung pasal zuriat tetapi di sini kenapa boleh keluar pula. Dia terpaksa mengikut wanita itu ke sini kerana wanita itu mengatakan tidak akan mendesak Ghazi namun sebaliknya berlaku.
"Betullah abang. Anak kita boleh lahirkan keturunan nanti. Keturunan yang baik-baik."kata-katanya seakan ingin menyindir Hayfa yang berada di situ.
"Stop it!! Saya tak kisahlah isteri saya boleh mengandung ataupun tak yang aunty nak menyibuk dah kenapa!!" melenting Ghazi. Cukup pantang dirinya apabila isterinya dihina sebegitu walaupun bukan secara terangan. Tetap tak boleh terima.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...