FLASHBACK
"Iza dapat tahu semua itu semasa along ada operasi. Iza setiap kali ada peluang pasti akan balik ke sini untuk menjenguk kaklong kerana Iza seperti ada tarikan yang membuatkan Iza mahu dekat dengan kaklong. Setiap malam Iza akan setkan jam untuk bangun tahajud. Setiap kali itulah Iza akan melalui bilik along untuk melihat apa yang dibuat kaklong."
"Sebelum ini,pintu bilik along sentiasa terkunci jadi Iza hanya dengar saja bibit-bibit doa pada penghujung doa. Tidak pernah sekalipun Iza dengar doa tersebut dari mula sampai habis. Pada suatu hari, bilik along tak berkunci jadi Iza dengan senang hati memulas pintu bilik tersebut. Tetapi, apa yang Iza dengar ketika itu rintihan yang menyedihkan bagi Iza. Terkaku Iza di muka pintu itu sehinggalah selesai kaklong mengaminkan doanya. Tidak cukup dengan berserah diri kepada Allah, kaklong mula pula dengan membaca Al-Quran." Haiza menahan sebaknya sambil bercerita. Ghazi pula tiada langsung ingin menyampuk.
"Kaklong yang perasan Iza berdiri di situ segera menjemput Iza dengan senyuman.Dia mengajak Iza membaca Al-Quran bersama-sama.Jadi, Iza sentiasa mencari waktu lapang untuk bersama kaklong. Pada pagi itu, dia memberi pesanan kepada Iza supaya Iza dekatkanlah diri kita dengan Allah. Luahkanlah semua yang kita rasa pada malam ini. Jadikanlah dia amalan kita. Dengan meluahkan sepenuhnya kepada DIA, hati kita akan berasa tenang. Jangan cari manusia Iza kelak binasa kita. Allah maha mendengar dan akan menjawab semua pertanyaan kita tepat pada masanya. Sehebat manapun kita di dunia ini jangan sesekali lupakan Sang Pencipta kerana dia lagi hebat daripada kita. Kejar Akhirat in syaa Allah kita dapat dunia. Sesukar manapun ujian dalam hidup kita, carilah DIA sebab DIA segala-galanya. Ingat Iza. Kaklong hanya mampu menasihati selebihnya Iza yang perlu usahakan."
"Jagalah dia,sayangilah dia,cintailah dia denga sepenuh nyawa along. Jika suatu hari nanti along bakal kehilangan dia,Iza yakin along pasti akan berada dalam kekesalan yang tiada penghujungnya. Dengan kesempatan yang Allah beri ini, hargailah dia kerana Iza dapat rasakan kaklong sudah berada di tahap yang terlalu penat sehinggakan dia hanya berserah dengan keadaan sahaja. Jatuhnya kaklong Iza yakin sangat sukar untuknya bangun kembali dan terus berada di sisi along."
ENDFLASHBACK
Kata-kata adiknya bagaikan belati tajam yang menikam hatinya tanpa dapat dilihat oleh mata kasar. Kata yang memberi peringatan kepadanya supaya dia tidak silap percaturan dalam hidup. Sungguh beruntung dirinya memiliki wanita yang sehebat ini.
Kata-katanya juga penuh dengan nasihat serta pesanan yang membuatkan dirinya tidak lalai dalam mencari Allah.
Pintu bilik air yang terbuka itu membuatkan pandangannya berubah arah kepada susuk tubuh itu. Dia ingin memerhati apa yang ingin dilakukan oleh wanita itu lagi. Dia ingin mendengar semuanya apa yang ingin diluahkan oleh isterinya walaupun tanpa langsung kepadanya itu sudah memadai.
Wanita itu sudah sampai ke katilnya dan mengambil sesuatu di dalam beg tersebut. Telekung itu dipakainya dengan susah payah sebelum dia duduk di atas katil itu. Dengan keadaan tangannya yang masih lagi mempunyai wayar menyukarkan dirinya untuk melakukan solat seperti biasa.
Jadi, dengan cara berduduklah dia melakukan solat tersebut. Islam tidak menyukarkan seseorang itu untuk melakukannya. Jika kita tidak boleh melakukan seperti biasa, dirikanlah solat dengan cara duduk. Jika tidak mampu lagi baringlah. Dengan cara macam itu Allah nak sampaikan bahawa solat itu wajib dilakukan walau macam mana keadaan kita sekalipun.
Hayfa memulakan solat tahajudnya bersama air mata yang bercucuran jatuh. Dengan cara inilah dia mampu untuk membuangkan rasa beban yang ditanggung olehnya. Selesai sahaja dia mengangkat tangan lalu berdoa. Setiap bibit doa itu diteliti oleh Ghazi supaya dia dapat menghadam kata-kata itu sehinggalah kata-kata itu ditujukan kepada seseorang yang amat bermakna dalam diri Ghazi.
YOU ARE READING
Cinta Yang Ku Harapkan (C)✅
Non-FictionAjal. Maut. Jodoh. Pertemuan. Itu adalah takdir dari sang pencipta-Nya. Begitu jugalah pertemuan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan dalam keadaan yang menyayatkan hati. Namun,mereka disatukan atas permintaan seorang abang yang sangat...