part 8

19 6 22
                                    


" Hai Auliya ! " tegur Adriel sebaik sahaja Auliya tiba di pintu utama Universiti.

" Kau nak apa ? " tanya Auliya dingin.

" Saya nak awak boleh ? " jawab Adriel.

Auliya hanya memandang Adriel atas bawah dan terus mengangkat kaki beredar dari situ.

" Oh come on Auliya. Can you stop ignore me ? My family tak cukup kaya ke ? atau saya tak cukup menawan di hati awak ? Auliya please accept me. " pinta Adriel.

" Sorry aku taknak. " jawab Auliya tanpa menatap muka Adriel.

" Why Auliya ? Tell me why ? " tanya Adriel cuba untuk memegang tangan Auliya.

" Selangkah lagi. "

Adriel terkaku di tempatnya.

" huh ? " tanya Adriel pelik.

" Selangkah lagi kaki kau tu ke depan. Aku tak teragak-agak untuk buat sesuatu dengan kaki kau tu. " jawab Auliya dingin.

Adriel ketawa mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Auliya.

" Apa yang awak mampu buat ? Tendang ? Tumbuk ? Tikam ? Potong ? " cabar Adriel.

" Aku mampu buat semua yang kau cakap tu dalam masa 1 minit. Kau nak tengok ? " jawab Auliya dengan riak wajah kosongnya.

" Jangan lupa siapa ayah saya sayang. Okeylah saya naik kelas dulu tau. Bye. " ujar Adriel sebelum berlalu dari situ.

Auliya hanya melihat pemergian susuk tubuh lelaki yang mengganggunya pergi dan berbisik...

" Jangan lupa aku mampu lenyapkan ayah kau bila-bila masa sahaja. Aku suka daging segar. "

Kepada siapa yang lupa siapa Adriel, boleh scroll balik ke part 1.
____________________________________________

8:35 a.m.

Di dewan kuliah

" Qairil mana Rafiz ? " tanya Siti.

" Dia dekat taman depan sana. Kenapa dengan kau ni Siti ? Asyik tanya pasal Qairil saja. Tiada lelaki lain ke dekat Universiti ni ? " soal Razif pelik.

" Ishh awak ni janganlah nak mengusik saya macam tu. Malulah saya. " jawab Siti mengada.

" Dah lama hidup ke ? " soal Mahera selamba.

" Excuse me Mahera ? How dare you say like that to me ? Raziff ! Tengok Mahera ni. "

" Aku tak cakap dekat kau lah Siti. Asal ? Terasa ? " soal Mahera sengaja mengeruhkan keadaan.

" Stop gaduh macam budak kecil please ? Kertas kerja yang aku suruh buat tu kau dah siapkan belum Siti ? " soal Auliya dingin.

" Tak. Tak siap lagi. Saya taknak siapkan kalau Qairil tak datang. " jawab Siti merajuk campur sedikit nada mengada dia itu.

" Okey student ! " ucap Profesor Malik kuat.

" Selamat pagi Profesor. " laung semua pelajar.

" Okey kamu semua boleh duduk. " arah Profesor Malik.

" Now ! Saya mahu setiap kumpulan lantik seorang ketua kumpulan untuk membuat presentation di hadapan. Dan lagi satu, mana Qairil ? " soal Profesor Malik hairan tidak nampak susuk tubuh pelajar baru itu.

𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (𝙾𝙶) Where stories live. Discover now