part 25

20 4 0
                                    


" JIM !! KELUAR SEKARANG ! " jerit Auliya diikuti enam orang kuatnya di belakang. Dua orang dari mereka memapah Zefri dan seorang lagi membawa masuk anak Zefri, Nur Zuhairi.

Jim berlari ke bawah dan berdiri berhadapan dengan Auliya menunduk kepala hormat dan perlahan-lahan mendongak ke atas menatap wajah dingin Auliya.

" Kenapa kau tak jaga keluarga Zefri elok-elok ? Kau memang sengaja cabar kesabaran aku kan? " mengambil beberapa langkah mendekati Jim.

" Maaf puan. S-saya tak perasaan. Saya ingatkan Zefri ada dekat mansion kami. " jawab Jim menunduk kepala. Takut. Takut dengan wajah Auliya yang semakin dingin dan boleh nampak amarah yang dah membara di matanya.

" Mansion korang ? Korang yang beli ke ? " soal Auliya sedikit sinis.

" Maaf puan saya salah. Itu Mansion puan. Kami menumpang je. Maafkan saya. " Jim masih tidak mendongak.

" Look at me Jim.. " pistol dikeluarkan dari belakang badan Auliya dan perlahan-lahan dagu Jim diangkat menggunakan muzzle pistol Auliya.

Jim menggigil hebat dan menatap wajah Auliya yang banyak kesan calar. Jim kembali menatap wajah Auliya dan terus melihat mata Auliya yang tidak berperasaan.

" Perjanjian kau sebagai orang-orang aku apa Jim? Cer bagitau aku sikit. " Auliya semakin mendekati Jim dan berdiri tegak betul-betul di hadapan muka Jim.

" N-nyawa kami berada d-di tangan puan. Tiada siapa y-yang boleh bunuh k-kami melainkan puan. " Jim sedikit gagap sebab dia sedar dirinya berada dalam bahaya sekarang jika dia salah jawab.

" Good if you still remember. "  pistol terus diacukan pada bahu Jim dan terus menembak bahu Jim 2 kali. Tembus habis.

Jim mengerang kesakitan dan terus jatuh ke atas lantai. Percikkan darah Jim terkena karpet mahal Auliya dan Auliya hanya menarik nafas sedalam yang mampu.

" Karpet aku.. " Auliya mengetap rahangnya dan terus memandang wajah Jim yang sudah hampir pucat.

" Pergi hantar dia kat bilik rawatan. Bawak naik Zefri dengan anak dia naik atas. Now. " arah Auliya tegas dalam nada dingin tapi sebenarnya letih. Hari ni sahaja dah macam-macam jadi. Sekali terlirik ke arah jam, mampos! Dah pukul 5:45. Memang bagus betul jadi Auliya ni kan.

Auliya melepaskan keluhan yang agak berat dan terus menuju ke bilik tidurnya.

" Penatlah. " Auliya terus menghamburkan kata-kata yang lama dia pendam sebelum menghempas badannya di atas katil.

" Kau nak pergi Uni jugak ke? Takyah lah. At least kalau kau tak pergi Uni, kau boleh rehat 3/4 jam. Think about it Auliya. " taktau dari mana munculnya Aliya, terus dia menghempas badannya di sebelah Auliya.

" Engkau lagi. Cukuplah. Aku letih sangat-sangat kau tau tak? " balas Auliya sedikit tertekan. Kepala dikusutkan sedikit dan mata dipejam erat.

Aliya memandang wajah Auliya dan tergelak sedikit.

" Apa kau? Eh siyal berambuslah! Aku penat ni. " marah Auliya. Uuuu garang.

" Alahh sayang relaks laa. Biar aku take control okey? " Aliya menghadiahkan satu senyuman manis dan Auliya hanya mengangguk bersetuju. Kesian kau Auliya. Bongok.

" But before kau take control, janji dengan aku kau takkan bunuh orang. "  Auliya membuat satu perjanjian dengan Aliya. Harap dia tak musnahkan kepercayaan Auliya.

" I will. " Aliya tersenyum dan menoleh ke belakang dan menarik satu senyuman sinis.
____________________________________________

"Terima kasih. " aku mengukir satu senyuman di bibirku sebagai ucapan terima kasih kepada doktor peribadi Auliya.

" Sama-sama. Kamu..Jim ya? " soalnya padaku.

" Iye saya. Doktor kenal saya? " soalku melihat wajahnya. Dia tersenyum menatap wajahku dan tidak tahu mengapa, dia semakin menghampiri ku.

" Ye saya kenal awak. Oh nama saya Doktor Rohana. Awak boleh panggil saya Hana. " dia menghadiahkan senyuman kembali dan tidak tahu mengapa, aku rasa tak selesa dengannya.

" Oh baik. " aku duduk tepi katil dan terus menyarung bajuku.

" Urmm rawatan tak habis lagi. " dia datang menghampiriku dan menolak badanku dengan kuat ke atas katil. Dia perlahan-lahan naik ke atas ku dan membuka semula bajuku.

" Apa ni doktor ? Saya tak selesa lah. " aku menolak bahu perempuan dihadapanku agar menjauh dariku tapi perempuan ni jadi lagi galak menyentuh badanku. Dia membuka butang bajunya satu persatu. Aku terkejut dan ingin menampar pipi perempuan ini tapi ada yang datang membidas kami.

" Wow. Tak sangka aku dapat tengok show macam ni. Pagi-pagi pula tu. Best ke buat benda macam ni dekat dalam rumah aku? " bidas Auliya laju di muka pintu bilik rawatannya.

Doktor Rohana terus bangun dari atas badanku dan terus membutang kembali bajunya. Malu. Siapa je tak malu lepas buat salah lepas tu kantoi.

" Kau keluar sekarang perempuan. " Auliya menutup matanya dengan rapat dan terus menghamburkan ayatnya dalam satu nafas. Ok Auliya dah marah.

" M-maaf puan. S-saya t-t-tak sengaja puan.." Doktor Rohana bergetar hebat dan terus melutut di hadapan Auliya dan terus memegang kaki Auliya. Tapi mata Auliya masih lagi menatap wajahku seperti..bengang ? Omagad.

" Kau berambus sekarang. "

" P-puan saya.. "

" Berambus!! " jerkah Auliya kuat. Terus tersentakku dari renungannya.

" B-baik. " tertunduk doktor itu dihadapan Auliya dan terus keluar dari bilik.

" And remember this Doktor. "

Doktor Rohana terhenti dan terus memusingkan badannya kembali.

" Jangan bagi aku jumpa kau atau terserempak dengan kau. Get It ? " Auliya terus memusingkan badannya dan menatap wajah Doktor Rohana dingin.

" B-baik p-puan. " Doktor Rohana terus lari keluar dari mansion Auliya dan Auliya terus memusingkan badannya ke arahku. Langkah diambil oleh Auliya dan aku hanya mampu menelan air liur ku.

" Aku ada suruh kau ber romance dengan dia ke? Ke kau memang mintak nyawa kau kena cabut sekarang? " soal Auliya sinis. Dia semakin menghampiri ku dan wajahku dengannya tidak terlalu jauh sekarang.

" M-maaf. Dia yang- "

" Aku tak suruh kau jawab lagi. " Auliya mendekatkan wajahnya denganku dan membisik sesuatu di telingaku. " Jangan sampai aku tak teragak-agak nak bunuh kau. Daging kau mesti segar lagikan? Tapi tu la. Dah kena sentuh dengan perempuan hina tu. Kenapa kau tak tepis ? "

Aku terdiam dan tidak mengeluarkan apa-apa suara. Aku terus menundukkan kepalaku dan terus memohon maaf. " M-maaf puan. S-saya dah tolak tapi dia paksa saya puan. " rayuku supaya tidak dibunuh. Aku kenal Auliya hampir 4 tahun jadi aku tahu, setiap perkataan yang dikeluarkan oleh beliau bukan satu mainan.

" Kau kalau dah teringin sangat, bagitau aku. Aku boleh bagi. " Auliya berbisik padaku. Tapi perasaan ku kuat mengatakan ini bukan Auliya.

Leherku dipeluk rapi oleh Auliya dan matanya menatap tepat ke anak mataku. Wajahnya semakin rapat denganku tapi sayangnya, aku hanya mampu berdiri tegak tanpa melakukan sebarang tidak balas.

" Kau tau aku boleh buat apa je yang aku nak kan? " soalnya semakin rapat mukanya sehingga pipinya singgah ke pipi kananku.

Kebodohanku hanya menutup mata menikmati kelembutan kulit Auliya. Sehingga aku lupa aku bekerja dengan Auliya bukan Aliya. Aku terus menolak badan Auliya kuat sehingga jatuh ke atas lantai dan terus lari keluar dari bilik.

" Jim~ "




































.








𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (𝙾𝙶) Where stories live. Discover now