part 21

14 6 6
                                    

" Adik.."

" Ye umi ? Umi dah siap masak ke ? " soal Qaizi tertanya-tanya, bila umi dia terpacak dekat sebelah dia ? Ataupun umi dia Dr. Strange ?

" Baru je. Dah. Kamu pergi tolong panggilkan abang kamu tu. Cakap future daughter-in-law umi dah sampai. "

Auliya ternganga dan kembali ke muka asalnya apabila umi Qairil menoleh ke arahnya. D-daughter-in-law ? Future daughter-in-law ? Wow..

" Kamu lapar Auliya sayang ? Umi ada masak sikit tu, jomlah makan sama-sama. Kami tak makan lagi. Jom. " pelawa Puan Sarah tanpa melepaskan senyuman dari bibirnya.

" Kenapa u-umi tak makan lagi ? " soal Auliya ingin tau tapi dah tau.

" Tadi abah bergaduh sikit dengan anak perempuannya, Qairina.. " jawab Puan Sarah sedikit rasa sedih dengan keadaan sekarang.

" Oh. Baiklah ak- saya faham umi. Hmm jom makan. Saya pun tak makan lagi ni. " Auliya terpaksa menipu padahal dia dah makan dekat restoran 5 bintang tadi.

Puan Sarah tersenyum kembali melihat Auliya. " Terima kasih sayang. Terima kasih sebab faham. Umi- "

" Siapa tu umi ? "

Auliya dan Puan Sarah automatik pandang ke belakang serentak. Ingatkan Qairil. Sekali abahnya laa.

" Ini kawan Qairil. Nama dia Auliya. Auliya, ini abah Qairil nama dia Qamarul. " Puan Sarah memperkenalkan Auliya dekat Encik Qamarul dan turut juga memperkenalkan suaminya dekat Auliya.

Auliya menundukkan sedikit kepalanya dan tersenyum kecil.

" Wow ! Abang ada awek ! Awat abah dok tau  pasal ni ? Abang dah pandai merahsia-rahsia dengan abah eh...? " soal Encik Qamarul sinis sengaja nak bagi anak sulung dia gelabah.

" Eh bukanlah abah. Abang dengan Auliya baru kenal. Takkanlah nak bercinta pulak. " jawab Qairil sengaja taknak keruhkan keadaan. Ya dia ada perasaan dekat Auliya tapi dia tau dia akan kena reject nanti. Erhh tiber.

" Jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia diambil orang. " Puan Sarah sengaja nyanyi lagu tu sebab nak kenakan anak sulungnya yang tengah shy shy beruk.

" Ish umi ! Takyah laaaaaaaaaaa ! " Qairil berlari ke uminya lalu bahu uminya dijadikan tempat untuk menepuk-nepuk.

Gediks !

" Sudah-sudah. Auliya. " panggil Encik Qamarul.

" Ye saya? " jawab Auliya terlepas daripada termenung tadi.

" Mari sini kejap. " Encik Qamarul menepuk bahagian kosong di sebelahnya.

Auliya mengakur.          

Encik Qamarul berdehem kecil sebelum memulakan ayatnya. " Kamu sekarang tinggal dengan siapa? " Encik Qamarul soal Auliya sambil merenung anak mata Auliya tajam.

" Ahh..kenapa abah tanya? " soal Auliya curious. Kenapa abah Qairil tanya dia soalan macam tu ?

" Saja. Abah dah lama tak jumpa kamu Auliya. Aliya ada lagi ke? " soal Encik Qamarul lagi. Selagi tak dapat jawapan, dia takkan tumbang punya.

Auliya masih lagi diam membisu dan semakin pelik dengan Encik Qamarul. Dia kenal Auliya ke? Siapa pakcik ni?

" A..ada lagi abah. Abah kenal dia ke? " soal Auliya ingin tahu perkara sebenar. Dia sendiri pun tak ingat pakcik ni, tiba-tiba pakcik ni tau pasal hidup dia. Qairil sendiri pun taktau.

" Kenal sangat Auliya. Hari tu Dato' Kyle ada hantar anak-anak buah dia ke rumah kamu kan? " soal Encik Qamarul. Ok kali ni muka pakcik ni dah tegang.

" Ha'ah ada tapi dah lama dah. Abah tau? " Auliya semakin pelik.

" Abah tahu. Okey lah jom makan. Kamu dah makan kan tadi? Takpe makan sikit lagi. Boleh? " soal Encik Qamarul tersenyum kembali.

" B-baik. " Semakin mencurigakan ye pakcik ni.

Ada apa-apa rahsia lagi ke yang Auliya taktau ?

" Jom. "

Mereka berlalu dari ruang tamu dan terus ke meja makan. Banyak juga ye makanan. Sedap-sedap belaka semuanyahh.

" Lamanya abah sembang dengan akak Auliya. Sembang pasal kahwin ke ? " soal Qaizi mengenyitkan sebelah matanya dekat Qairil. Qairil menendang kaki adiknya yang duduk berhadapan dengannya.

" Aip! Apa main-main dekat bawah meja tu. Nak kena potong ke kaki tu? " bidas Puan Sarah tegas.

" Maaf umi.. " mereka berdua tunduk kepala serentak.

" Good boy. " Puan Sarah senyum kemenangan. Macam biase, perempuan always win! Nyehehehh.

" Adik kamu yang mulut macam princess tu mana abang ? Dah taknak turun makan dah? Ke nak bentang karpet merah depan pintu tu baru nak keluar ? " bidas Encik Qamarul pula. Pasangan suami isteri yang sangat sepadan ya.

Encik Qamarul menarik kerusi di sebelah Qairil untuk Auliya.

" Huh? " soal Auliya pelik. Duduk sini ke?

" Duduk puan. " bisik Encik Qamarul perlahan di telinga Auliya.

" B-baik. " Puan ? Apa benda semua ni ? Asal aku taktau apa-apa?

" Duduklah Auliya. Nanti aku tarik kau duduk atas aku kang baru tau. " Qairil memandang wajah Auliya yang masih lagi berdiri.

" Oh okey. Maaf. " Auliya duduk di sebelah Qairil. Qairil merenung wajah Auliya lama.

" Kalau dah tak sabar, abah boleh tolong kamu Qairil. Nak ? " usik Encik Qamarul tersenyum sinis.

" Eh apa ni abah. Ish. Malu abang.. " bisik Qairil dekat abahnya.

" Sudah-sudah jom makan. " celah Puan Sarah selepas melihat adegan tak berbayar dari suami dan anak sulungnya.

" Kakak mana umi? " soal Qaizi pelik melihat kerusi di sebelahnya tiada penghuni.

" Biarlah dia dik. Nanti dia turunlah tu- "

" Takpe biar Auliya pergi pujuk. " celah Auliya sebelum bangun dari duduknya dan terus menuju ke bilik Qairina.

" Baiknya lah bakal menantu umi tu. Qairil. Cepatlah masuk minang dia. " tersenyum Puan Sarah ingin memujuk anak dia.

" Ish umi- "

" Adik pun minat dia. " celah Qaizi pula.

" Engkau kan dik- "

" Abah pun dah lama nak dia jadi menantu. "

Hah sudah...





































BAH !!
























𝑂𝑘𝑒𝑦 𝑏𝑎𝑏𝑎𝑖𝑖 𝑚𝑎𝑘ℎ𝑙𝑢𝑘 𝑠𝑒𝑘𝑎𝑙𝑖𝑎𝑛 𝑎𝑙𝑎𝑚.

𝑀𝑢𝑎ℎℎ !!






















𝑡𝑖𝑏𝑒𝑟.
























𝐇𝐄𝐑 : 𝒑𝒆𝒓𝒔𝒐𝒏𝒂𝒍 𝒂𝒔𝒔𝒊𝒔𝒕𝒂𝒏𝒕 (𝙾𝙶) Where stories live. Discover now