- 19 -

16 6 123
                                    

"Masuklah, jangan malu." Chanyeol membantu Aria mengangkat bagasi menantunya.

"Niki, tolong daddy." Niki menganggukkan kepalanya dan mengangkat beg yang lain.

Aria melihat rumah agam milik keluarga Park itu. Dia tergamam apabila melihat bertapa besar dah gahnya rumah itu. Demi tuhan, dia tidak tahu Sunghoon ini anak orang kaya. Dia ingat Sunghoon hanya sederhana sahaja.

"Kak Aria. Masuklah, kenapa duduk situ?" Jiera memimpin Aria masuk ke dalam rumah. Aria hanya mengikut sahaja Jiera.

"Sedihlah. Abang ni lepas majlis terus kena pergi office. Mummy pun sama je. Bukan nak halang, dia pergi ikut sekali." rungut Jiera sambil mengusap perutnya.

Aria mengeluarkan telefonnya dan menaip untuk berkomunikasi dengan Jiera.

'It's okay. Lagipun abang Jiera tu dah cakap yang minggu ni tiba-tiba dia banyak kerja.' Jiera membaca sambil mengusap perutnya.

"Alah, sekali sekala passlah kerja tu kat partner. Harini dia kahwin kot, patutnya dia berada kat sisi kak Aria tau sekarang."

'Takpela Jiera. Saya ok je. Jiera dah berapa bulan ni?'

"Dah nak masuk 8 bulan. Akak Aria suka budak ke?" Aria menganggukkan kepalanya.

"Kalau macamtu, cepat-cepatlah dapat baby. Nanti boleh anak kita berkawan." Jiera tersengih. Aria menunduk malu.

Anak? Mungkin belum tiba saatnya lagi. Tapi dia tidak menolak jika mempunyai kesempatan untuk memiliki anak buat masa yang terdekat.

"Elelele malu-malu pulak." usik Jiera.

"Eh cinta kenapa ni?" tegur Niki setelah selesai meletakkan barang-barang Aria di dalam bilik Sunghoon.

"Saya minta baby dekat kak Aria." Niki mengelengkan kepalanya.

"Dia baru kahwin tak sampai sehari, dah minta baby. Biarlah dorang honeymoon dulu. Nikmati dulu hidup berdua."

"Kita elok je sweet lagi." lawan Jiera. Akhirnya Niki menggigit perlahan pipi Jiera kerana geram akan omelan Jiera.

Aria mengusap lehernya dengan perlahan sebelum menaip di telefonnya.

'Maaf bertanya. Dapur dengan mana ya? Saya rasa saya perlu masak.'

"Eh tak payahlah kak Aria. Kat sini ada maid nanti dia masakkan." Aria menggelengkan kepalanya.

'Mana boleh. Saya menumpang je kat sini. Takkan nak goyang kaki je?'

"Ishh kak Aria ni. Cinta cuba marah kak Aria kita ni."

"Eh apa lak saya?" Niki mengecilkan matanya sambil memandang Jiera.

"Apa kecoh-kecoh ni?" tegur Chanyeol sambil menuruni tangga.

"Daddy, tengok kak Aria ni! Dia nak masak daddy. Adik dah cakap nanti maid buat semua. Dia nak juga, dia cakap dia menumpang." adu Jiera. Chanyeol duduk disebelah Aria dan melihat Aria dengan pandangan yang lembut.

"Jangan macamtu Aria. Betul apa Jiera cakap tu. Kamu tak perlu susah-susah. Lagipun kamu tak menumpang, kamu ni menantu dalam keluarga kami. Takde istilah menumpang. Tugas seorang menantu bukan untuk melayani seisi keluarga, malah lebih kepada melayani keperluan suami dan anak-anak." tegur Chanyeol dengan lembut.

"Menantu bukan orang gaji. Jangan cakap yang kamu menumpang lagi ya, Aria. Niki pun sama. Daddy taknak dengar sesiapa kat sini sebut istilah menumpang." Niki dan Aria mengangguk kepala mereka.

"Niki, tolong daddy tunjukkan bilik abang Sunghoon kamu dekat Aria boleh?"

"Boleh daddy. Jom Aria."

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now