Kini sudah lima bulan Aria dan Sunghoon berkahwin dan lima bulan juga Aria menetap di rumah keluarga Sunghoon.
Kini Sunmi sudah jarang pergi ke pejabat kerana menjaga anak jiera yang telah lahir. Jiera telahpun selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang sihat dan comel 4 bulan yang lalu.
"ARIA!!!" Aria yang sedang memotong buah di dapur tersentak apabila Sunmi tiba-tiba menjerit memanggil namanya.
Aria segera menuju ke arah Sunmi dan melihat ibu mertuanya sedang berpeluk tubuh sambil menunggunya.
"Ha, susu Reina tumpah. Lap cepat." arah Sunmi. Baru sahaja Aria hendak pergi mengambil mop, Sunmi menghalangnya.
"Lambat, lap je guna tisu. Bukan kotor pun. Susu budak je." Sunmi mencampak beberapa helai tisu ke lantai.
Aria membongkokkan dirinya sebelum mengelap susu yang tumpah itu.
"Jangan lupa masak. Nanti aku nak makan." Aria menggangguk sambil mengelap lantai.
Sejujurnya dia berasa amat penat kerana melakukan segala kerja keseorangan. Tambahan pula, ada saja kerja yang timbul.
"Eh Reina nangis ke? Kejap grandma datang." Sunmi sengaja memijak tangan Aria dan masuk ke dalam bilik cucunya.
Aria mengerutkan dahinya apabila tangannya rasa sakit akibat dipijak oleh Sunmi. Dia segera menggosok tangannya sebelum bangun dan menyambung kerja di dapur.
'Mummy masih tak terima aku ke? Apa salah aku?'
Aria membasuh tangannya. Dia mengeluh perlahan. Sudah dia buntu untuk mengambil hati ibu mertuanya. Semua yang disuruh ibu mertuanya sudah dia lakukan.
'Mungkin mummy perlukan masa.'
"Wah wah termenung apa ni? Makanan dah siap?" Aria melihat ibu mertuanya masuk ke dapur sambil matanya melilau mencari makanan.
'Dah mummy. Semua ada kat meja.'
"Aku tak faham apa yang kau cakaplah. Tak payah nak cakap guna bahasa cacat kau tu. Dah siap ke belum makanannya?" Aria perlahan-lahan mengangguk.
"Kan bagus kalau angguk dari tadi. Takdelah aku nak kena hadap muka buruk kau tu." kata Sunmi sambil berjalan ke arah meja makan.
Dia melihat masakan Aria sebelum menjeling menantunya yang berdiri tidak jauh dari situ.
"Cuba kesini kejap." Aria berdiri di sebelah Sunmi.
"Apa jadah kau masak ni?! Kau nak bagi aku makan ke nak bagi kambing makan ni?! Langsung tak menyelerakan! Apa je yang kau reti hah?!" Sunmi menolak pinggan yang berisi lauk itu jauh darinya.
"Aku tak kira. Aku nak kau habiskan semua ni!" Aria membulatkan matanya.
Habiskan semua? Ianya mustahil kerana ibu mertuanya menyuruhnya masak untuk semua orang di dalam rumah itu. Mana mungkin dia boleh habiskan hidangan untuk 6 orang keseorangan.
"Apa kau termenung? Makanlah." Sunmi menggulingkan biji matanya apabila melihat Aria tidak berganjak.
"Kau ni memang menyusahkan!"
Sunmi mengambil lauk-lauk itu dan menyumbatkan lauk itu ke dalam mulut Aria secara paksa. Aria terkejut akan perbuatan ibu mertuanya.
Dia ingin mempertahankan dirinya namun ibu mertuanya semakin menyeksa dirinya. Tekaknya berasa amat perit kerana terus menerus disumbat oleh makanan sehingga mulutnya tidak mampu menampung makanan lagi.
Sunmi melihat wajah menantunya yang comot akibat ulahnya. Dia senyum sinis apabila melihat menantunya menangis.
"Telan, kalau kau keluarkan balik. Aku tak teragak-agak nak sumbat makanan yang panas dalam mulut kau. Kalau aku turun balik, aku tengok makanan ni semua masih ada kat sini. Siap kau!"
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
General Fictionthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: