- 40 -

19 6 131
                                    

Sunghoon dan Mayra jalan beriringan keluar dari balai ketibaan setelah tiba di Seoul. Sunghoon mengerling wajah kekasihnya yang dari tadi cemberut. Dia memeluk pinggang Mayra dengan erat sambil berjalan menuju kereta miliknya.

"Baby, you still marah I ke?" tanya Sunghoon sebaik sahaja masuk ke dalam kereta.

"I penat. Nak tidur." Mayra merendahkan seat dan memejamkan matanya. Sunghoon hanya membiarkan sahaja Mayra. Tangannya tidak lepas dari mengusap peha kekasihnya sambil memandu.

"Kita terus balik ke rumah I. I ada rumah sendiri kat sini."

"Ikut you lah."

Setelah beberapa belas minit perjalanan, mereka akhirnya sampai di destinasi. Mayra membuka pintu kereta dan keluar dari kereta. Dia melihat kawasan sekeliling.

"Masuklah." Sunghoon membawa Mayra masuk ke dalam rumah sambil membawa bagasi mereka.

"Besar juga rumah you." Sunghoon tertawa kecil sebelum merangkul pinggang Mayra.

"Of course, ni la rumah kita bila kita kahwin nanti. You like it baby?" Mayra mengangguk.

"You stay je sini. Tak payah balik ke rumah keluarga you dah. Kita hidup berdua dekat sini lepas kita kahwin. Biarkan je keluarga you dekat kampung tu. They don't deserve you baby." Sunghoon menyelitkan rambut Mayra ke belakang telinga gadis itu sambil memberikan senyuman yang manis pada gadis itu.

Mayra mengeluh perlahan. Dia menolak perlahan badan Sunghoon sebelum duduk diatas sofa.

"Jangan buat mood I hilang, Sunghoon. I taknak dengar pasal mereka."

"Opss! I'm sorry baby. Dah you rehat dulu. Mesti penat." Sunghoon menarik Mayra masuk ke dalam bilik dan menidurkan kekasihnya itu.

Sunghoon bingkas bangun apabila menyedari Mayra telah tidur. Dia mengambil telefon pintarnya dan mencuba untuk menelefon Jiera.

"Haish tak angkatlah pulak." Sunghoon cuba menelefon sekali lagi dan akhirnya panggilannya diangkat.

"Hello?" Sunghoon mengangkat keningnya apabila mendengar suara lelaki di panggilan. Dia yakin bahawa itu ialah Niki, suami adiknya.

"Niki huh?"

"Ya saya."

"Aku Sunghoon. Abang Jiera. Can we meet?"



***

Niki melihat Sunghoon yang menatapnya dengan pandangan yang tajam. Dia memandang ke arah lain kerana tidak selesa dipandang sebegitu rupa.

"Tengok dari uniform kerja kau, kau kerja kedai serbaneka je. Setahu aku gaji kedai serbaneka sangat rendah." Niki turut memandang uniform kerjanya.

"Betul kata hyung. Tapi setakat ni tiada isu yang timbul soal kewangan."

"Ya cukup-cukup makan je kan? Simpanan langsung takde bukan?" Niki terdiam.

"Aku tak faham, apa yang kau fikirkan. Sanggup kau bawa Jiera lari. Lepastu kahwin membelakangkan keluarga. Kau tak malu ke?" Sunghoon menempelak Niki. Niki menarik nafas sebelum berbicara.

"Maafkan saya hyung. Saya tahu ini semua salah saya. Saya tak patut ikut setuju dalam rancangan Jiera."

"Kau tahu ke Jiera tu siapa?"

"Maksud hyung?" Sunghoon menjeling Niki sebelum meneruskan katanya.

"Jiera tu anak kepada Park Chanyeol dan Lee Sunmi. CHS Holding yang merupakan konglomerat terbesar di Korea sehingga mempunyai cawangan di negara Asia lain itu syarikat ayah dia." Niki menunduk.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now