"Aria takde keluar." Sunghoon merenung Asha yang memandangnya sambil berpeluk tubuh.
"Tapi dia tak bagitahu pun yang dia keluar."
"Kau siapa? Setakat boyfriend dia je. Bukan suami dia pun." bidas Asha.
"Kau sembunyikan Aria bukan? Aria ada kat dalam kan?"
"Tolonglah Sunghoon. Aku taknak rosakkan mood aku tau. Ni masih awal pagi tahu? Aria takda! Aku rasa kau tak pekak!" Sunghoon menghela nafasnya. Dia harus menahan amarahnya.
"Lagipun apa yang kau sibuk sangat dengan Aria? Tak cukup mak kau tu hina-hina dia kelmarin? Kau pun, bukannya ada pun dengan dia semalam. Menghilang terus, tau-tau muncul tanpa segan silunya."
"Hey Asha. Kau jangan buat-buat tahu semua benda ya. Aku pertahankan Aria semalam, sampaikan aku dengan mummy aku gaduh."
"Ohh.. Terharunya." Asha menggulingkan biji matanya. Sunghoon mengetap bibir.
"Kalau rasa mak kau tu tak boleh terima Aria. Baik kau blah jela. Aria berhak untuk bahagia. Aku tak nampak kebahagiaan Aria bila dengan kau. Kalau mama aku tahu pasal ni, mesti dia pun tak bagi Aria ada hubungan dengan kau."
"Kau jangan nak masuk campur Asha. Kau dengan Aria pun tak ada apa-apa. Aria dan keluarga kau hanyalah orang luar. Jangan nak buat macam kau ni berhak sangat dengan Aria tu."
"Lagipun aku akan pastikan mummy aku akan dapat terima Aria. Kau ingat keluarga aku ini apa? Jangan berlagak suci sangat Asha. Entah-entah kau sekeluarga mempergunakan Aria sahaja."
"Eh kau—"
"Aku tetap akan memiliki Aria. Kau tak layak untuk masuk campur dalam urusan kami sebab kau tu orang luar dan tak penting pun dalam hidup Aria." Sunghoon segera melangkah ke keretanya dan memandu pergi dari situ.
"Eh, sial betul mulutnya!" Asha sempat mengutip batu di jalan dan melemparkan batu itu pada kereta Sunghoon.
"Cis, tak kena pula!" Asha menarik nafasnya dalam-dalam untuk menenangkan dirinya. Dia kembali masuk ke dalam rumah dan mengambil telefonnya yang dia tinggalkan di atas sofa.
"Siapa yang datang adik?"
Asha melihat wajah risau Heeseung disebalik layar telefonnya. Dia mengeluh perlahan sebelum menjawab soalan abangnya.
"Tah orang gila mana tah. Sakit hati aku."
"Siapa? Bagitahu aku. Meh aku pukul dia sebab buat adik aku ni sakit hati."
"Tak payah abang. Tak payah sentuh bakteria tu. Nanti kotor abang."
"Ish adik ni. Oh ya kita borak apa tadi?"
"Pasal abang. Bila nak balik? Dah setahun kat sana, takkan tanak balikkk!" Asha merengek kecil.
"Ohh kau. Tahu pun rindu aku eh. Ingat tak rindu."
"Woi! Kau je satu-satunya abang aku tahu! Ni first time kita berjauhan."
"Nantilah saya balik ya tuan puteri Lee Asha."
"Balik tu jangan lupa la ole-ole. Nak coklat paling mahal kat sana."
"Ahh takde. Coklat sepuluh sen satu je aku kasi kat kau nanti."
"Eh bodohlah kau ni bang. Dah la. Aku nak makan. Bye!" Asha terus mematikan panggilan tanpa menunggu Heeseung menyudahkan ayatnya.
"Ada ke nak bagi aku coklat sepuluh sen satu je. Heh! Kedekut punya abang!" bebel Asha sambil tangannya lincah mencari makanan di aplikasi memesan makanan.
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
Ficción Generalthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: