- 35 -

13 5 57
                                    

Aria duduk keseorangan di tepi kolam sambil melihat langit malam. Langit pada malam ini sangat kelam. Tiada satu pun bintang yang bercahaya. Dia mengeluh perlahan. Sampai sekarang Asha mengelak darinya. Ya dia mengakui kesalahannya. Tapi dia juga tersepit antara Sunghoon dan keluarganya.

"Aik sorang jeke Aria? Tak borak dengan Asha?" teguran dari Heeseung membuatkan Aria tersentak dari lamunannya.

'Asha dah masuk bilik. Dia penat kot.'

"Penat apa kalau harini cuti." Heeseung duduk di sebelah Aria. Dia turut mencelupkan kakinya ke dalam kolam.

Aria tersenyum canggung. Dia kembali melihat permandangan di langit. Heeseung yang menyedari tingkah laku Aria turut berbuat hal yang sama.

"Gelap. Macam sekejap lagi akan ribut je. Aria lama ke kat sini?"

'Tak, esok Aria balik.'

"Tak boleh lama sikit? Kesian mama masih rindu tu."

'Esok suami Aria dah balik.' Heeseung mengangkat keningnya.

"Suami Aria meeting dekat mana?"

'Tak silap Aria, dia cakap kat Incheon.' Heeseung gelak sinis. Aria segera memandang Heeseung apabila mendengar lelaki itu gelak.

"Incheon dengan Seoul bukannya jauh mana." katanya dengan perlahan. Dia melihat Aria yang sedang melihat dirinya.

"Ohh maaf. Tiba-tiba teringat benda yang kelakar." Aria mengangguk.

"Aria kerja ke esok?" Aria sekali lagi mengangguk.

"Kalau macam tu abang hantarkan Aria ke tempat kerja esok, boleh?"

'Eh takpe, Aria taknak susahkan abang.'

"Tak susah pun, alang-alang nak pergi kerja juga. Tak salah pun kan?" Heeseung mengusap kepala Aria apabila melihat gadis itu menunduk.

"Kalau rasa diri tu bersalah, cuma untuk memperbaiki. Sebuah perkahwinan bukan semata-mata berlandaskan keputusan seorang suami. Isteri turut ada hak untuk membuat keputusan dan bersuara. Suami tak semestinya selalu betul." Aria melihat Heeseung yang merenung dirinya. Heeseung tersenyum.

"Melawan keputusan yang salah itu bukan satu jenayah, bukan salah kesalahan. Tak kiralah orang yang berbuat kesalahan itu suami ke ibu ke bapa ke. Salah tetap salah. Tidak ada seorang manusia pun yang sentiasa betul." Heeseung mengeluarkan kakinya dari kolam dan bangun.

"Jangan tidur lewat ok? Esok tak cukup tidur pulak. Abang minta diri dulu." Heeseung berjalan meninggalkan Aria untuk masuk ke dalam biliknya.

Dia segera mengambil telefon pintarnya apabila masuk ke dalam bilik. Dia membuka galeri gambar dan melihat gambar-gambar Sunghoon bersama seorang wanita di sebuah galeri seni.

"Aria .. Tolonglah sedar. Suami kau hanya manipulasi kau demi kepentingan dia. Meeting konon." Heeseung mengetap bibirnya. Sungguh dia tidak percaya dengan apa yang dia lihat.

Malah bila mendengar alasan Sunghoon dari mulut Aria membuatkan hatinya bertambah sakit. Tidak salah firasatnya selama ini. Aria benar-benar berada di dalam masalah.

Dia sengaja tidak menunjukkan gambar itu pada Aria. Dia mahu mengumpul semua bukti kukuh dahulu. Dia juga risau jika Aria tidak mempercayainya dan Sunghoon akan membawa Aria lebih jauh dari keluarganya.

"Menipulah selagi kau boleh Park Sunghoon. Lama kelamaan penipuan kau akan memakan diri kau juga."

Heeseung melihat Aria dari tingkap biliknya. Aria masih duduk disitu sambil merenung langit.

Aria perlahan-lahan bangun dan masuk ke dalam bilik. Dia melihat ke arah telefonnya. Masih tiada khabar dari Sunghoon.

Dia mengambil telefonnya dan mengirimkan pesanan ringkas pada suaminya.


MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now