"Tapi aku tak bagitahu kau lagi pasal ni." Mayra mengerutkan dahinya apabila membaca surat dari mahkamah atas tuntutan ke atas Jihyun. Dia terkejut apabila dirinya sudah diwakilkan oleh Heeseung.
"Ya, selepas aku tahu, aku terus buat keputusan untuk jadi peguam kau. Aku tahu kau pun takkan membantah." Heeseung melihat wajah kusut Mayra. Pasti wanita di hadapan ini sudah banyak hari menangis.
"Jangan risau Mayra. Aku buat ini dengan sukarela. Asalkan kau dapat Jihyun balik."
"Aku bimbang mereka main kotor."
"Kau jangan bimbang. Aku akan pastikan yang pihak kita akan menang." Heeseung berkata dengan yakin.
Jake yang berada di sebelah Mayra memandang Heeseung.
"Terima kasih sebab sudi bantu kami."
"Small matter. Walaupun apa yang terjadi, aku tetap di pihak korang dan Aria."
"Cakap pasal Aria, dia ok ke? Yela, kau lawan pihak dia."
"Sebenarnya Aria sendiri yang chat aku. Dia minta aku jadi peguam korang." Mayra yang mendengar penyataan dari Heeseung segera memandang lelaki itu.
"Aria yang suruh?"
"Ya, dia cakap dia tak sanggup nak pisahkan kau dengan Jihyun. Jihyun pun banyak menangis sebab rindukan kau dengan Jake. Tapi Aria minta untuk rahsiakan hal ini demi keselamatan dia."
Mayra mengeluh perlahan. Sudah pasti Sunmi pasti akan cederakan Aria jika tahu tentang hal sebenar.
"Bila pembicaraan berlangsung?"
"Minggu depan. Kau kena bersedia dengan bukti yang kukuh."
"Bukti tu ada je. Perkahwinan dia dengan Aria pun boleh jadi bukti kukuh yang dia tinggalkan aku." Heeseung mengangguk.
"Aku pergi dulu ya. Sekejap lagi ada meeting." Jake bangun dan bersalaman dengan Heeseung sebelum menghantar Heeseung ke keretanya.
Mayra memicit kepalanya. Dia benar-benar rindukan Jihyun. Sudah banyak kali dia cuba bertemu dengan Jihyun namun tetap tidak boleh. Semakin dia mencuba, semakin banyak halangannya.
"Aku harap mereka tak apa-apakan Jihyun." Mayra meraup wajahnya sebelum berjalan dengan lemah menuju ke biliknya.
Semenjak Jihyun diambil oleh Sunghoon, semangatnya mulai luntur. Namun dia tidak boleh kekal begini, dia harus bangkit untuk menuntut haknya.
+++
Aria terjaga dari lenanya apabila berasa dirinya lencun akibat disiram air. Dia membuka matanya dan melihat Sunmi bercekak pinggang memandang dirinya.
"Amboi seronok kau tidur. Kerja rumah siapa nak buat? Aku lapar, pergi masak sekarang!" Aria cuba untuk bangun namun badannya terasa pegal.
"Kau jangan nak buat muka kesian kat sini. Sikit pun aku tak kesian, aku bahagia adalah. Pergi cepat!" Sunmi menarik Aria bangun sehingga Aria jatuh tersembam di lantai.
"Cepatlah perempuan sebelum yang lain balik!" Sunmi menyepak Aria sehingga Aria bangun. Aria perlahan-lahan bangun dan menuju ke dapur.
Dia berdesis apabila badannya sakit apabila melakukan kerja. Dia mengerling ke arah jam. Lagi dua jam sebelum yang lain akan pulang. Dia harus segera menyiapkan kerja.
"Kau termenung apa?! Nak aku rendam muka kau dalam minyak panas tu?" Aria segera menggelengkan kepalanya dan segera memasak.
"Haish apa lagilah budak tu." Sunmi mengeluh apabila terdengar bunyi pintu diketuk. Dia melihat Jihyun cuba untuk membuka pintu.
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
General Fictionthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: