- 3 -

25 5 11
                                    

Aria menundukkan kepalanya setelah mendengar khabar yang disampaikan oleh Jiyeon.

"Aria. Mama harap Aria setuju."

Aria menarik nafasnya dalam-dalam. Tinggal bersama keluarga Lee? Dia tidak mahu menyusahkan Jiyeon dan sesiapapun dari keluarga Lee lagi. Cukuplah hidup dia sudah ditanggung sepenuhnya oleh keluarga Lee selama 19 tahun ini.

"Aria? Mama bukan halau Aria dari pusat asuhan tapi ni peraturan di mana-mana pusat asuhan." Jiyeon mulai rasa bersalah.

'Saya tahu mama. Saya tak anggap mama halau saya pun.' Aria memandang Jiyeon sambil memberikan sebuah senyuman yang manis.

'Saya taknak susahkan mama lagi. Saya boleh berdikari.'

"No Aria. Aria masih anak kecil bagi mama. Kat luar tu bahaya bagi Aria." Jiyeon membantah permintaan Aria dengan sekerasnya.

'Mama.. Percayakan saya ok?'

"Aria nak pergi ke mana? Aria ada tempat untuk dituju?"

Aria terdiam. Benar kata Jiyeon. Dia tiada tempat untuk dituju. Jika dia keluar dari sini, dia tidak tahu apa yang dia perlu buat.

"Mama bagi Aria masih untuk fikir. Mama harap sangat Aria tak tolak cadangan mama." Jiyeon memegang tangan Aria dan mengusap tangan Aria dengan penuh sayang.

Aria terkaku dan memandang Jiyeon. Di sudut hatinya, dia amat terharu dengan kasih sayang yang diberi oleh Jiyeon. Jiyeon benar-benar malaikat baginya. Selama dia di pusat asuhan ini, dia tidak pernah nampak Jiyeon merungut atau memarahi anak-anak disini. Semua dilayani sama rata olehnya.

'Baiklah mama. Nanti saya fikirkan semula.'

Jiyeon tersenyum sebelum memeluk Aria dengan erat.

"Mama sayangkan Aria tau. Mama anggap Aria ni macam anak kandung mama. Mama risaukan Aria sangat-sangat. Mama taknak Aria hidup susah diluar sana." Jiyeon melepaskan pelukan sebelum menatap Aria dengan pandangan penuh dengan sayang.

"Mama nak Aria gembira sepanjang hidup Aria."

Aria menahan airmatanya dari mengalir. Hidup bahagia. Dia mahukan itu. Setiap insan layak untuk hidup bahagia, termasuk dia.

'Terima kasih mama.'

"No need to thank me sayang. Jangan risau ok? Mama bagi Aria masa untuk fikirkan semula." Aria hanya mengangguk sebelum meminta diri untuk pulang ke biliknya.

Sejurus tiba di biliknya, Aria menguncikan pintu biliknya. Aria mendapat bilik peribadi kerana hanya dia sahaja yang berusia lebih 15 tahun disitu. Jadi Jiyeon memberinya bilik peribadi.

Dia memikirkan semula apa yang dikatakan oleh Jiyeon sebentar tadi. Mungkin dia boleh menerimanya. Tapi.. Dia harus mencari kerja.

Ya, dia harus mencari kerja untuk membayar kos dirinya saat ini. Dia bukannya kecil lagi, dia sudah dewasa. Sudah tiba saatnya untuk dia berdikari.

Aria mencapai telefon pintarnya miliknya, yang dihadiahi pihak sekolah seperti keputusan cemerlang yang diperolehinya. Dia mencari nama Asha untuk mengirim pesanan pada rakan baiknya itu.

My Other Half ❤️

Asha
Kau sibuk ke?

Eh Aria.
Kenapa?
Aku baru lepas mandi ni.

Kau tahu ke pasal mama nak offer aku tinggal dengan keluarga kau?

Tahuuu!!
Wehh terimalah pleaseeeeeee~
Aku nak kau duduk dengan aku!
Pleaseeeee~
Pleaseeee bestieeee~
Hoi! Janganlah seen!

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now