- 30 -

15 5 83
                                    

"Sayang. Malam ni saya balik lambat, awak tak payah masak la balik kerja nanti. Makan luar ke alang-alang ada kat luar." Aria melihat Sunghoon yang sedikit kelam kabut kerana terlewat untuk ke pejabat. Dia mengangguk dan mengoles gincu pada bibirnya.

Sunghoon yang melihat perbuatan Aria itu menghampiri Aria. Dia mengambil tisu basah dan mengelap bibir Aria.

"Pakai warna lain. Warna tu terang sangat. Nanti orang lain tengok bibir awak." Aria mengeluh perlahan.

'Takde sesiapa nak tengok saya, Sunghoon.'

"Jangan melawan. Awak tu cantik, saya taknak sesiapa pun mengagumi awak selain saya." Sunghoon membuang tisu basah itu ke dalam tong sampah.

Aria mengambil gincu lain dan mengoles gincu tersebut pada bibirnya. Dia melihat wajahnya yang sedikit pucat akibat warna gincu yang cerah.

"Ok. Nak saya hantar awak?" Aria menggeleng.

'Awak pergilah pejabat. Saya boleh pergi sendiri.'

"Nanti nak lunch sama-sama tak?"

'Saya sibuk harini. Banyak yang tempah bunga.'

"Ok, see you tonight sayang."

'Awak tak sarapan dulu ke?'

"Dah lambat. Saya pergi dulu." Sunghoon mencium pipi dan bibir Aria sebelum berlalu pergi. Aria membiarkan sahaja perbuatan suaminya.

'Takpelah. Aku bawa makanan tu bagi dekat Mayra lah.'

Aria menuju ke dapur dan membungkus makanan yang telah dia masak. Setelah selesai membungkus, Aria mengambil begnya dan keluar dari rumah. Dia masuk ke dalam kereta dan terus memandu ke kedai bunga.

"Morning Aria." sapa Jake sebaik sahaja Aria tiba di kedai. Aria senyum dan memberi makanan tersebut pada Jake.

'Saya bawa Spaghetti Carbonara. Korang makanlah nanti.'

"Ehh susah-susah je Aria. Carbonara eh? Jihyun sukalah ni. Favorite dia." Aria tersenyum apabila mengetahui makanan yang dibawanya merupakan kegemaran Jihyun. Dia sudah dapat membayangkan bahawa Jihyun pasti akan makan dengan banyak nanti.

'Mana Mayra?'

"Mayra on the way. Harini dia yang hantar Jihyun pergi tadika. Awak dah makan ke Aria? Makanlah dulu."

'Takpe. Saya tak lapar lagi. Saya mula buat kerja dulu.'

"Ok. Nanti saya menyusul. Saya nak sediakan kabus dulu." Aria menggangguk dan memulakan kerjanya.

Dia melihat senarai tempahan dan mengumpulkan bunga mengikut tempahan. Dia melihat bunga mawar merah yang berada ditangannya lalu tersenyum tipis.

Dia baru perasan yang sudah lama Sunghoon tidak memberi mawar merah padanya. Dulu setiap hari pasti Sunghoon akan memberi sekuntum warna merah untuknya.

'Dia makin sibuk sekarang..'

Aria melihat cincin kahwinnya yang tersarung pada jari manisnya. Dia menarik nafasnya sebelum menyambung pekerjaannya.

***

"Sim's Florist?" Mayra yang sedang menggubah bunga itu memandang figura yang masuk ke dalam kedainya.

"Ya, puan nak bunga? Boleh pilih dulu."

"Nope, I datang sini sebab nak cakap tentang pekerja you." Mayra mengerutkan dahinya.

"Pekerja saya? Kenapa dengan dia?" Mayra melihat figura tersebut menanggalkan cermin mata hitamnya dan memandang tepat ke arah dirinya.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now