- 20 -

14 6 127
                                    

Aria perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat Sunghoon yang masih tidur disebelahnya sebelum mengalih tangan Sunghoon yang memeluknya.

Belum sempat dia bangun, dia tersedar suara suaminya menegur dirinya.

"Sayang? Awalnya awak bangun." Aria berpaling untuk melihat Sunghoon.

'Saya kena buat breakfast untuk family awak.'

"Tak payahlah. Maid ada tu." Sunghoon menarik Aria baring kembali sebelum memeluk isterinya dengan erat.

"Dengar cakap saya sayang. Jangan degil." kata Sunghoon apabila melihat Aria berdegil untuk bangun. Aria mengeluh dan membiarkan sahaja Sunghoon memeluknya.

"Semalam sebelum tidur awak dah makan ubat?" Aria menganggukkan kepalanya.

"Buat masa sekarang, tiap kali selepas kita berhubungan, awak makan dulu pil tu boleh? Saya rasa awal lagi la kalau kita nak ada anak." Aria segera melihat Sunghoon yang kembali memejamkan matanya.

Dia menepuk perlahan dada Sunghoon untuk membuatkan suaminya melihatnya.

'Jadi pil tu, pil perancang?' Sunghoon mengangguk.

"Saya harap awak faham sayang. Saya buat semua ni demi awak tau." Sunghoon mengelus rambut Aria dengan lembut.

Aria terdiam. Kenapa suaminya tidak berbincang terlalu dahulu? Bukankah perkara seperti ini harus dibincang dan disepakat bersama?

"Kenapa diam? Tak setuju ke?" Sunghoon merenung Aria.

'Kenapa awak tak bincang dulu? Saya rasa kita-'

"Awak nak anak? Awak dah ready ke? Awak mampu?" sampuk Sunghoon sebelum Aria menyudahkan ayatnya.

"Jangan salah faham sayang. Saya bermaksud yang awak dah mampu ke nak hadap semua fasa tu? Mengandung bukan senang. Lepas melahirkan anak lagilah susah. Saya pun masih sibuk sekarang." jelas Sunghoon setelah melihat riak wajah Aria berubah.

Aria masih mendiamkan dirinya. Pandangannya beralih pada wajah suaminya apabila suaminya memegang kedua belah pipinya dan menatapnya dengan lembut.

"Saya taknak susahkan awak sayang. Awak berharga bagi saya. Saya taknak awak susah disebabkan saya." Sunghoon sempat mengucup lembut bibir Aria sebelum menyambung ayatnya.

"Saya nak awak nikmati hidup awak dulu. Saya nak kita hidup berdua dulu. Saya takut awak letih, tertekan nanti."

Aria perlahan-lahan menganggukkan kepalanya. Sunghoon menguntumkan senyuman apabila melihat Aria kelihatan bersetuju dengan cadangannya.

"Thanks sayang. Sebab faham saya." Sunghoon memeluk Aria dengan erat sebelum menyium leher Aria.

Aria membulatkan matanya sebelum menolak lembut suaminya.

'Awak, janganlah.'

"Kenapa? Tak boleh?" Sunghoon memegang tangan Aria dan menyambung kembali perbuatannya.

***

"Ha? Nanti makcik Yu nak berhenti? Bila mummy?"  Jiera mengerutkan dahinya apabila tiba-tiba sahaja orang gaji keluarganya mahu berhenti.

"Katanya nak balik kampung." balas Sunmi sambil menghirup teh panas.

"Habistu mummy buat kerja sorang-sorang lah nanti?"

"Alah kalau tak larat, kakak ipar adik kan ada."

"Ish apa pula dia kena mummy." Sunmi memerhati wajah anak perempuannya yang kelihatan tidak puas hati.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now