- 14 -

20 6 197
                                    

Asha berpeluk tubuh apabila melihat Sunghoon tercongok di hadapan rumah.

"Aria ada?"

"Aria cuti tapi tadi dia keluar. Ada urusan. Dah balik sana." Asha hendak menutup pintu namun dihalang oleh Sunghoon.

"Kau tipu. Aria mana pernah tak bagitahu aku kalau dia keluar. Mesti dia bagitahu."

Asha menjeling Sunghoon sebelum memberi Sunghoon sebuah senyuman yang sinis.

"Apa dia isteri kau? Nak kena minta kebenaran kau setiap kali keluar rumah? Dia dah besar. Aku ni lebih kenal dia dari kau tau. Kau tu baru berapa bulan kenal dia."

Sunghoon hanya senyum ketika mendengar apa yang dikatakan oleh Asha. Benar, dirinya masih belum mengenali Aria sepenuhnya.

"Aku cuma risau. Aku tak dapat maafkan diri aku kalau apa-apa jadi pada dia."

"Drama betul kau ni. Takdenya. Dia keluar dengan kawan kerja dia. By the way, aku nak cakap sikit dengan kau. Pasal mak kau."

Sunghoon terus menatap wajah Asha dengan perasaan ingin tahu.

"Kau tahu ke?"

"Ya, aku tahu. Kalau mak kau tak ok dengan dia, aku cadangkan kau berhentilah kejar Aria. Terkejut tau aku dengar apa yang berlaku semalam. Sampai melutut? Such a lame! Benda kecik je sampai macamtu sekali?!" Sunghoon menarik nafasnya. Dia hanya berdiam diri.

"Aku tahu yang kau tahu Aria tu istimewa. Bukan semua orang dapat terima kekurangan dia. Kalau family kau tak dapat terima, aku takkan serahkan Aria pada kau. Serious, Aria deserved better."

"Asha, aku rasa kau tak payah nak masuk campur sampai macam ni. Aku tahu apa yang aku buat. Kau ingat aku tak pertahankan Aria ke? Melutut tu? Tubuh Aria tak cecah pun lantai tu semalam. Aku yang melutut untuk dia. For your information, aku gaduh dengan mummy aku semata-mata untuk pertahankan dia."

"Belum apa-apa dah gaduh-"

"Enough Asha. Jangan buat aku ni teruk sangat untuk Aria. Aku akan pastikan keluarga aku terima Aria sepenuhnya dan Aria akan jadi milik aku." Sunghoon menghela nafasnya sebelum berlalu pergi dari situ.

Dia mengepal penumbuknya untuk menahan amarahnya dari meluak keluar. Dia sempat menjeling Aria sebelum memandu pergi dari situ.


***

"Terima kasih sebab sudi keluar dengan saya Aria." Yeonjun memandang Aria sambil tersenyum manis. Aria menganggukkan kepalanya.

Yeonjun melihat permandangan pantai dari kedai makan yang terletak tidak jauh dari kawasan pantai. Sungguh menenangkan.

"Terima kasih kerana bagi saya satu peluang untuk meluangkan masa saya dengan awak. Saya hargai sangat-sangat."

Aria melihat Yeonjun yang keriangan. Dia mulai rasa bersalah sekali lagi. Dia sedar, selama ini dia terlalu mengelak dengan Yeonjun. Aria menepuk bahu Yeonjun.

"Kenapa Aria?"

'Saya minta maaf sebab berikan layanan yang agak buruk. Saya bukan berniat nak mengelak, tapi saya taknak beri awak harapan.'

"Takpe Aria. Saya faham. Harini awak luangkan masa dengan saya sebagai tanda minta maaf. Boleh?" Aria mengangguk tanda setuju.

"Terima kasih Aria." Aria membalas senyuman Yeonjun. Dia menghirup teh jasmine yang dipesannya tadi.

Yeonjun merenung Aria sambil tersenyum. Sungguh, dia amat sayangkan Aria. Aria satu-satunya wanita yang meluluhkan hatinya. Mungkin dia akan mengambil waktu untuk melupakan Aria, atau mungkin dia akan mencintai Aria buat selamanya.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now