- end flashback -
- 2024 -
"YEONJUN!!" Jake terus meluru ke arah isterinya dan menenangkan isterinya. Setelah isterinya menceritakan semua yang terjadi, isterinya itu menangis sehingga tertidur.
Dia tidak menyangka begitu besar rahsia yang disimpan isterinya. Dia mengusap belakang Mayra dengan lembut sebelum menghulur segelas air kosong kepada isterinya itu.
Namun hulurannya tidak disambut, malah tubuhnya dipeluk erat oleh Mayra. Jake meletakkan gelas berisi air di meja sebelum membalas pelukan Mayra.
"Saya ada kat sini sayang. Jangan takut ok?" Jake masih lagi menenangkan Mayra.
"Saya berdosa Jake. Saya yang salah. Kalaulah saya dari awal tak terima Sunghoon, pasti Yeonjun masih hidup. Ataupun saya dengar cakap saya semasa dia memberi saya amaran, pasti dia–" Jake memegang kedua belah pipi Mayra dan menatap isterinya dengan pandangan yang lembut.
"Benda dah jadi sayang. Kalau awak ungkit, salahkan diri awak setiap hari pun, masa lalu tak akan berubah." mata Mayra bergetar kerana menahan tangisnya. Dia mengeluh perlahan.
"Saya akan gunakan semua bukti yang ada sebagai senjata utama." Mayra mengeluarkan sebuah kotak kecil yang berisi 2 keping SD Card.
"Apatu sayang?"
"SD Card telefon milik Yeonjun dan SD Card dashboard kereta Yeonjun. Saya akan teruskan permainan ini. Saya akan umpan mereka sehinggalah mereka terjerat dan... semua bukti ini saya akan serahkan pada pihak berkuasa." Jake melihat wajah serius Mayra. Dia hanya mengangguk.
"Jake."
"Ya sayang?"
Mayra merenung Jake sebelum meneruskan bicaranya. Jake mengerutkan dahinya.
+++
Aria menggigit jarinya dengan perlahan. Sudah semalaman dia berkurung di dalam bilik. Panggilan dari Sunghoon tidak dia endahkan.
Dia bermonolog di dalam hatinya dan tidak habis dari berfikir tentang hal semalam.
Mayra.. Gadis itu baik-baik sahaja dengannya. Sentiasa memberinya sokongan. Dia tidak ingin mempercayai hal ini namun gambar-gambar di Incheon itu. Suaminya dan Mayra kelihatan amat mesra.
Tapi dia sempat mendengar apa yang Mayra katakan semalam. Sunghoon mempunyai banyak perempuan lain..
Aria menunduk. Tidak mustahil hal itu dapat terjadi. Aria mengusap perutnya. Dia masih tidak mengandung. Mungkin Sunghoon sudah bosan dengannya.
Aria mengambil telefonnya yang berada di atas katil. Dia melihat banyak panggilan yang tidak terjawab dari Mayra.
Dia di dalam dilema. Siapa yang harus dia percaya. Suami yang dia kenal hampir 6 tahun atau seorang wanita yang dia kenal dalam sebulan.
'Kenapa aku rasa lain bila bersama Mayra? Aku tidak pernah berasa begitu selesa dengan sesiapa pun.' bisik hatinya.
Aria mengeluh sebelum memutuskan untuk tidak berfikir mengenai hal ini lagi. Dia mengambil keputusan untuk pergi ke hospital untuk melakukan pemeriksaan.
Aria bersiap-siap dan memesan 'grab' sebelum keluar dari biliknya. Dia melihat keadaan luar, kosong. Bermakna Sunghoon sudah pergi ke pejabat.
Aria mengunci pintu rumah sebelum masuk ke dalam perut kereta. Sepanjang 15 minit perjalanan ke hospital, dia hanya melihat permandangan luar.
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
Fiction généralethanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: