- 39 -

24 6 123
                                    

"Aria Park. Mr Son nak jumpa." Aria yang sedang membuat ulangkaji itu memandang wajah rakan sekelasnya. Dia sempat mengerling Asha yang tidur berlapikkan buku. Dia menulis nota untuk memberitahu bahawa dia ke bilik guru sebelum melekatkan nota itu diatas meja Asha.

Aria bingkas bangun dan menuju ke bilik guru. Dia melihat Yeonjun turut ada di meja Mr Son. Dia berdiri sebelah Yeonjun sambil menunggu Mr Son.

"Sampai hati awak Aria. Turun tak bagitahu semalam." Yeonjun sempat berbisik untuk menyatakan ketidakpuasan hatinya.

Aria yang mendengar bisikan Yeonjun tidak memberikan apa-apa reaksi. Dia berpura-pura tidak mendengar apa yang dikatakan oleh Yeonjun.

"Aria. Dengar tak ni?" bisik Yeonjun lagi. Aria hanya melihat ke tempat lain.

'Mana pula Mr Son ni..' desis hati Aria. Dia berasa janggal berduaan bersama Yeonjun.

"Aria, Yeonjun." Aria menarik nafas lega setelah Mr Son akhirnya muncul.

"Memandangkan bulan depan peperiksaan akhir korang. Saya cadang nak bawa korang pergi selepas peperiksaan. Lagipun semua tengah sibuk dalam saat-saat akhir bukan?" Mr Son bersilih ganti memandang wajah Aria dan Yeonjun.

"Saya ok je Mr Son. Anggap sebagai reward lepas semua peperiksaan tamat. Lepaskan stres."

"Aria?"

'Kalau saya menolak ajakan ni ok ke?'

"Kenapa? Mrs Yang yang bawa kamu berdua. Bukan saya Aria. Jadi tak perlu segan."

"Lagipun bukan senang nak dapat hadiah ni. Tak semua orang dapat. Ini hadiah atas kejayaan kamu." tambah Mr Son.

Aria mengerling Yeonjun sebelum mengangguk kepalanya. Yeonjun menyembunyikan senyumannya. Dia mulai tidak sabar untuk menunggu saat itu.

"Ok. Nanti saya bagitahu detail. Lagi satu, boleh ke saya nak kalian berdua jadi mentor petang ni? Kalian berdua hebat dalam subjek kimia bukan?"

'Jadi mentor untuk apa?'

"Ajar hoobae (junior) kamu. Kamu dan Yeonjun ya."

"Boleh Mr Son. Boleh sangat." jawab Yeonjun sambil tersengih. Aria menjeling Yeonjun. Sejak bila dia bersetuju ni?

"Ok. Terima kasih. Kalian boleh balik ke kelas semula." Aria dan Yeonjun membongkok untuk memberi tunduk hormat pada Mr Son. Mereka berjalan beriringan keluar dari bilik guru.

"Mesti kita balik lambat nanti. Nanti saya hantar awak balik tau Aria." Aria menggelengkan kepalanya dan masuk ke dalam kelas. Yeonjun mengeluh perlahan.

"Susah juga nak mengorat perempuan ni. Dah bertahun ni mencuba, tak dapat lagi." Yeonjun memeluk tubuhnya sebelum berjalan masuk ke kelasnya yang terletak di sebelah kelas Aria.

"Wahh jalan berdua dengan Yeonjun nampak." tegur Asha sejurus sahaja Aria duduk.

'Apa buat muka macam tu?' Asha tersengih.

"Comellah Yeonjun tu, tak putus asa eh dia. Kau terima jela dia. Sama-sama budak pandai. Kalau date nanti mesti comel." Aria menayangkan wajah yang mendatar.

'Merapu je kau ni. Pergi kat Eunseok sana.' Asha mencebik.

"HUWAAAA ARIAAA." Asha memeluk Aria dengan erat. Aria mengerutkan dahinya apabila tiba-tiba dipeluk oleh Asha.

"Kau tahu tak Eunseok reject aku semalam? Dia kata aku terlalu baik untuk dia. Dia nak aku jadi jahat ke?" luah Asha dengan nada sendu.

'Ehh tak payah. Dia tu saja je guna ayat cliche. Kau kan ada banyak crush.'

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now