- 26 -

18 5 85
                                    

Aria mengusap rambut Jihyun yang duduk diatas ribanya. Dia tersenyum gembira sambil melayan kerenah anak kecil yang comel itu.

"Aunty, Jiji tahu sikit-sikit bahasa aunty. Aunty tengok ni." Jihyun menggerakkan jarinya dan membuat simbol 'I love you' pada Aria. Aria tertawa sebelum membalas semula ayat Jihyun.

'I love you too Jiji sayang.' Jihyun tersengih apabila melihat Aria membalas.

"Hehehe sukanya aunty sayang Jiji juga."

"Seronok main dengan aunty Aria?" Mayra menghidangkan air pada Aria.

"Seronok! Aunty Aria comel, lepastu cantik macam mama."

"Macam-macamlah budak ni. Aria minumlah." Aria mengangguk sebelum meminum air yang dibuat Mayra.

Sebentar tadi mereka bercadang untuk minum di cafe namun mereka membatalkan niat tersebut setelah Mayra menawar untuk pergi ke kedai bunganya.

Aria melihat kawasan kedai bunga milik Mayra. Dia tersenyum apabila berasa nyaman dengan haruman bunga dan melihat pelbagai bunga yang indah.

"Awak ambil la nak bunga apa. Saya belanja." tegur Mayra setelah melihat Aria seakan-akan tertarik dengan bunga yang ada disitu.

'Eh takpe. Saya boleh beli kalau saya nak.'

"Ambil je saya tak kisah. Tak rugi pun kalau awak ambil. Bukan awak nak borong satu kedai pun. Jihyun sayang, mari sini. Kesian aunty Aria dari tadi ribakan Jihyun." Jihyun memuncungkan bibirnya sebelum berjalan ke arah ibunya.

Mayra berbisik sesuatu pada Jihyun sebelum anak kecil itu berlari ke ruangan bunga. Dia tertawa kecil melihat larian anaknya yang lucu itu.

'Pandainya Jihyun. Baru empat tahun dah aktif, petah bercakap.'

"Dia ikut papa dia tu. Dari kecik lagi papa dia ajar dia bercakap. Explore macam-macam, maaflah ya kalau dia banyak cakap dengan awak."

'Saya ok je, cuma rasa kagum dengan dia. Kecik lagi dah pandai.' Mayra tersenyum.

"Oh ya, tadi awak cakap yang awak nak cari kerja? Kerja yang macam mana awak nak tu?"

'Saya tak kisah asalkan kerja yang halal dan sesuai dengan saya.'

"Awak nak kerja dekat sini? Kebetulan saya dan suami saya perlukan seseorang untuk membantu kami." Aria memandang Mayra sambil berfikir.

Mungkin dia boleh menyelesuaikan dirinya dengan kerja-kerja disini. Namun, dia perlu memujuk Sunghoon terlebih dahulu.

'Saya tanya suami saya dulu.'

"Eh awak dah ada suami?" Aria menganggukkan kepalanya.

"Oh tanyalah dulu. Apa-apa awak boleh inform saya balik." Mayra menyerahkan kad namanya pada Aria.

'Terima kasih Mayra.' Aria melihat Jihyun kembali semula padanya sambil membawa beberapa kuntum bunga. Jihyun tersengih sebelum memberikan bunga tersebut pada Aria.

"Nah bunga untuk aunty cantik." Aria mengambil bunga tersebut dan mencuit hidung Jihyun.

'Terima kasih budak comel.' Jihyun memandang Mayra.

"Aunty cakap terima kasih budak comel."

"Sama-sama aunty cantik!"

'Saya minta diri dulu ya Mayra. Terima kasih lagi sekali.'

"Baiklah. Hati-hati tau." Aria mengangguk dan pergi dari situ.

"Bye aunty!" Jihyun melambaikan tangannya sehingga kelibat Aria tidak kelihatan lagi.



MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now