- 15 -

24 5 183
                                    

Aria memandang sepi ke arah gambar Yeonjun yang terpampang di pada pintu peti penyimpanan abu. Sungguh, dia amat terkejut dengan berita ini.

Dia melihat Yura yang menangis teresak-esak setelah bertemu dengan Jiyeon. Asha hanya menunduk dan memejamkan matanya.

"Anak aku Jiyeon.. Anak aku." Yura tidak dapat menahan sebak. Jiyeon mengusap bahu Yura dengan lembut dan menenangkan Yura.

"Sabar.. Jangan nangis macamni Yura. Aku tahu ni sangat sulit bagi kau." Jiyeon tidak putus asa untuk menenangkan Yura.

Aria menggigit bibirnya sambil mengenggam hujung bajunya.

'Yeonjun.. Kenapa awak pergi terlalu cepat. Kenapa awak pergi disaat kita baru mula nak rapat?'

"Aria." Aria memandang Seungkwan yang sedang melihatnya.

"Kau dah jumpa Yeonjun buat kali terakhir tadi?" Aria menganggukkan kepalanya.

'Aku jumpa dia. Aku tak sangka Seungkwan, dia pergi selepas seharian kami luangkan masa.'

Airmata Aria mulai mengalir lagi. Dia masih lagi menganggap bahawa ini semua mimpi sehinggalah dia sempat melihat mayat Yeonjun sebelum proses pemakaman bermula pagi tadi.

"Dia macam tahu-tahu je yang dia akan pergi sampai dia suruh aku tunaikan janji dia." Seungkwan menahan airmatanya.

'Janji apa?'

Seungkwan mengeluarkan beberapa keping polaroid. Aria melihat gambarnya bersama Yeonjun semalam.

'Nanti saya buat gambar ni jadi polaroid. Saya bagi kat awak esok. Boleh?'

Aria terduduk menggelengkan kepalanya. Dia tidak dapat menahan sebak kalini sehinggakan dia mulai menangis teresak-esak.

Yeonjun selalu menepati janjinya.. Tidak pernah dia mungkiri. Aria terkenang janji yang dibuat Yeonjun dulu.

'Aria, esok saya belikan awak roti kegemaran awak.'

'Aria, esok saya nak cuba masaklah. Nanti kalau menjadi saya bawak.'

'Aria. Ingatkan saya tau yang lusa birthday awak. Saya taknak terlepas hari istimewa awak.'

'Aria saya berjanji yang awak je perempuan yang saya suka.'

Seungkwan duduk disebelah Aria dan memandang mendongak untuk melihat rumah baru Yeonjun.

"Aria, tak elok tau kau nangis kat sini. Kesian Yeonjun nampak nanti. Kau pun tahu kan yang dia sayang kau. Kalau dia tahu kau nangis macam ni, mesti dia sedih sebab-" Seungkwan menarik nafasnya dalam-dalam sebelum meneruskan bicaranya.

"Sebab perempuan yang sangat dia cintai menangis kerana dia. Dia pernah cakap dekat aku yang dia takkan maafkan diri dia kalau kau nangis sebab dia." Airmata Seungkwan mulai menitik. Perit. Perit untuk kekal tenang manakala di dalam hatinya. Hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa perit dan sakitnya kehilangan seorang sahabat yang baik.

Seungkwan sekali lagi menghulurkan polaroid tersebut kepada Aria. Kali ini Aria perlahan-lahan mengambil polaroid tersebut dan merenungnya.

"Yeonjun ada cakap apa-apa masa kali terakhir dia jumpa kau?" Aria menggelengkan kepalanya.

"Aku–"

"Sayang." Aria merasakan seseorang memeluknya dari belakang. Dia sempat menyimpan polaroid tersebut sebelum berpaling. Dia melihat Sunghoon sedang merenung dirinya.

'Macam mana awak boleh ada dekat sini?'

"Mak Yeonjun ni rupanya kenalan mummy. Jadi saya teman mummy untuk menziarah."

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now