Aria melangkah masuk ke dalam rumah dengan berhati-hati. Dia tahu yang Sunghoon sudah ada dirumah. Dia cuba menyedapkan hatinya sebelum naik ke atas.
Aria membuka pintu bilik, dia menapak masuk dengan perasaan pelik kerana tidak melihat kelibat Sunghoon di dalam bilik.
'Kat mana pula dia? Kat bawah pun tak ada.' tanyanya di dalam hati.
Aria tersentak apabila melihat Sunghoon berdiri sambil berpeluk tubuh dan memerhati dirinya apabila dia berpaling ke belakang.
'Sunghoon..'
Sunghoon mendekati Aria dan memandang Aria dengan pandangan yang tajam.
"Apa yang Mayra ajar awak sampai awak dah mula berani ingkar dengan saya?" Aria mengerutkan dahinya. Sejak bila dia memberitahu nama Mayra pada Sunghoon.
'Tak, dia tak ajar apa-apa. Hal tadi tu memang betul kita buat perjanjian kan?'
"Masalahnya awak ingkar! Awak dengar cakap Mayra tadi!" Aria terkaku apabila Sunghoon menengking dirinya. Buat pertama kali dia melihat Sunghoon marah sebegini rupa.
'Saya minta maaf.'
"Maaf, maaf, maaf. Itu jela memanjang. Kalau awak melawan saya lagi, saya tak akan bagi awak kerja lagi."
'Apa salah saya? Kenapa awak buat saya macam ni?'
"Awak isteri saya Aria. Kerja ni bukan tugas awak. Itu tugas saya. Tugas awak duduk di rumah dan melayani saya."
'Dan saya buat itu selama empat tahun tapi apa yang saya dapat? Hak kebebasan saya semakin hilang sampai keluarga sendiri pun saya tak boleh nak jumpa.'
Sunghoon tercengang apabila Aria memarahi dirinya.
"Sejak bila kau pandai melawan?!"
'Kau...?' bisik hati Aria. Dia amat terkejut kerana ini pertama kali Sunghoon berbahasa aku-kau bersamanya.
"Aria Park. Kau kepunyaan aku, selamanya kepunyaan aku. Kau tahu tak kat luar sana ramai nak pisahkan kita? Apa kau buta?" Aria terdiam.
Sunghoon merengus. Dia merampas telefon Aria sebelum keluar dari bilik. Dia mengunci Aria dari luar. Aria mengetuk pintu supaya Sunghoon membukakan pintu untuknya. Namun ketukannya dihiraukan oleh Sunghoon.
'Sunghoon. Sumpah tiada siapa yang ajar saya. Ini semua kehendak saya untuk luahkan apa yang saya rasa. Kenapa awak makin berubah Sunghoon?' rintih Aria di dalam hati. Dia menyandarkan tubuhnya pada pintu.
'Sunghoon.. Bukalah pintu ni.' Ketukan Aria semakin perlahan apabila Sunghoon tetap mengendahnya. Airmatanya mulai mengalir.
'Apa dia bencikan aku? Semua sebab aku tak mengandung ke? Dia sudah bosan dengan perkahwinan ini?' Aria melihat cincin kahwinnya yang tersarung di jari manisnya. Dia mengesat airmatanya sebelum bangun dan duduk di katil.
Sunghoon yang hanya berdiri sambil mendengarkan sahaja ketukan Aria itu menayangkan sebuah senyuman yang sinis. Dia membuka telefon Aria dan mengirim pesanan pada seseorang.
***
"Eh. Awak nak ke mana?" Jake yang sedang menyuap Jihyun makan itu bertanya apabila melihat Mayra bersiap untuk keluar.
"Aria chat saya. Dia minta tolong saya pergi rumah dia kejap."
"Aik? Suami dia mana?"
"Katanya suami dia tak balik-balik." Jake mengangguk.
"Saya temankan awak ok?"
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
General Fictionthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: