"Mana Aria? Kenapa saya tak pernah nampak dia datang sini?" Jiera memandang sahaja Mayra yang sedang menyuap Jihyun makan.
Akhirnya anak kecil itu sedar setelah seminggu tidak sedarkan diri. Jiera buntu untuk memberikan jawapan. Dia sendiri sudah tidak nampak kelibat kakak iparnya setelah pembicaraan minggu lepas berlangsung.
"Urm.. Saya pun tak tahu la Mayra. Saya tak nampak-nampak dia selepas kes mahkamah haritu."
Mayra menyudahkan suapan sebelum menidurkan Jihyun. Dia menghampiri Jiera yang duduk di sofa dan duduk bersebelahan dengan gadis itu.
"Sepanjang Aria menjadi sebahagian dari keluarga awak, ada hal yang pelik berlaku tak?" Jiera mengeluh perlahan.
"Saya tak rasa saya patut bagitahu hal ini tapi.. Entah kenapa hati saya menyuruh saya untuk beritahu ini semua pada awak, Mayra."
"Beritahu saja pada saya Jiera. Saya nak akhiri penderitaan Aria."
"Sebenarnya, anak-anak saya kerap bercerita dengan saya yang mummy saya selalu marah-marah Kak Aria. Pada mulanya saya tak percaya, sampailah satu hari tu, saya balik ke rumah diam-diam dan saya sendiri nampak mummy saya pukul Kak Aria."
"Kenapa awak tak bagitau awal-awal?!"
"Bukan saya taknak bagitau tapi saya dengar, kalau sesiapa tahu pasal hal ni. Dia akan libatkan keluarga angkat Kak Aria sekali. Ya, saya tahu saya salah tapi saya juga takut Mayra." adu Jiera.
Mayra mengeluh perlahan. Dia berfikir sejenak sebelum kembali memandang Jiera.
"Boleh tolong saya tengokkan Jihyun? Ada hal yang perlu saya selesaikan." Jiera mengangguk.
"Boleh Mayra. Jangan risau, saya akan tengokkan Jihyun sampai awak balik ke sini semula."
"Terima kasih Jiera." Mayra senyum dan sempat mencium dahi Jihyun sebelum keluar dari wad anaknya. Dia mengambil telefon pintarnya dan menghubungi seseorang.
"Hello Heeseung. Stand by dekat rumah Sunghoon. Aku nak serbu rumah dia. Firasat aku mengatakan ada hal yang tidak baik berlaku pada Aria." Belum sempat Heeseung berkata apa-apa, Mayra terlebih dahulu memutuskan panggilan dan segera memandu ke rumah Sunghoon.
Setibanya dia di rumah Sunghoon, dia tersenyum apabila melihat kereta milik Sunghoon terparking di garaj.
"Terpaksa lah panjat macam ni." Mayra mengusap perlahan perutnya dan memanjat pagar rumah Sunghoon. Dia membuka kunci pagar yang tidak bermangga, agar mudah untuk Heeseung masuk nanti.
Mayra perlahan-lahan membuka pintu rumah. Nasib menyebelahi dirinya apabila pintu tidak terkunci. Dia menapak masuk ke dalam rumah tersebut dan mendengar bunyi hentakkan yang kuat dari tingkat atas.
'As expected, dia pukul Aria.'
Mayra mengeluarkan telefon pintar sambil menaiki tangga dengan perlahan dan dia merakam Sunghoon yang memukul dan memaki Aria tapi belas kasihan. Dia menahan sebaknya apabila melihat Aria lemah akibat daripada deraan yang diberikan oleh Sunghoon.
"Kau memang degilkan?! Tak reti-reti lagi ke nak berbaik dengan aku?! Kalau kau patuh dengan aku, ini semua tak jadilah Aria!!" Sunghoon menumbuk pipi Aria.
Mayra menghentikan rakaman dan menyimpan telefonnya. Dia sempat menghantar rakaman itu pada Heeseung, bimbang jika telefonnya dirampas.
"PARK SUNGHOON!!" Mayra menolak Sunghoon dengan kuat. Sunghoon membulatkan matanya apabila melihat kemunculan Mayra.
"Kau–"
"Apa yang gila sangat kau ni ha?! Tak cukup anak aku kau cederakan, kau nak bunuh isteri kau pula ke setan?!"
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
General Fictionthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: