- 47 -

15 6 114
                                    

"KE TEPI!!" Mayra menolak pembantu yang menghalangnya masuk ke dalam rumah agam milik keluarga Sunghoon. Dia mengatur langkah ke dalam rumah agam itu sambil matanya melilau mencari Jihyun.

"Jihyun!" Mayra segera memeluk Jihyun apabila melihat anaknya sedang duduk di tepi kolam renang bersama dua orang budak perempuan yang kelihatan sebaya dengan anaknya.

"Mama! Kenapa mama lambat ambil Jiji? Jiji dah lapar." Mayra segera mendukung Jihyun.

"Kita balik ya."

"Kau nak bawa cucu aku pergi ke mana?" langkah Mayra terhenti apabila terdengar seseorang mendekatinya. Dia berpaling dan melihat wajah Sunmi yang terkejut apabila melihat mukanya.

"Kau?! Kau mak kepada cucu aku?"

"Siapa cucu kau? Anak aku bukan cucu kau." Mayra segera melangkah keluar dari rumah itu.

"Tunggu!" Sunmi dengan pantas menghalang Mayra dari pergi. Dia merenung Mayra dengan pandangan yang amat sinis.

Mayra memeluk anaknya dengan erat. Sungguh, dia tidak mahu sesiapa pun memisahkan dirinya dengan anaknya.

"Kau ada rancang nak berbaik dengan anak aku? Aku bolehlah pertimbangkan kau untuk jadi menantu aku-"

"Mati hidup balik pun aku tak akan balik pada anak kau. Kau ni perempuan yang tak tahu malu huh? Jangan buat macam anak kau tu hebat sangat."

"Kalau anak aku tak hebat, kau takkan serahkan diri kau pada dia dulu." Sunmi senyum sinis ke arah Mayra. Dia berpeluk tubuh memandang Jihyun yang kelihatan bingung di dalam pangkuan Mayra.

"Bagi budak tu pada aku. Aku boleh jaga budak tu lebih baik dari kau jaga." tutur Sunmi dengan angkuh dengan langsung tiada perasaan bersalah.

"Sim Jihyun adalah anak aku. Sampai aku mati pun, aku takkan biarkan Jihyun duduk dengan keluarga jahanam ni!"

"SIM MAYRA!" Sunghoon segera menampar Mayra apabila dia mendengar Mayra berkasar dengan ibunya.

"Apa kau buat ni bodoh?! Jangan sentuh anak akulah!!" Sunghoon mencampakkan beberapa helai kertas pada Mayra sebelum merampas Jihyun dari Mayra.

"Mulai saat ini, aku akan tuntut Jihyun. Park Jihyun. Aku akan dakwa kau dan aku akan pastikan aku akan dapat Jihyun." Sunmi menolak Mayra yang mahu mengambil Jihyun dari Sunghoon.

"Dan aku juga akan jadi saksi dan penyokong terkuat Sunghoon. Berani kau larikan pewaris keluarga Park. Bawa perempuan ni keluar dari sini!" arah Sunmi pada dua orang pengawal keselamatan yang tiba bersama Sunghoon sebentar tadi.

"JIHYUN!! JIHYUN!! LEPASKAN AKULAH!!" raung Mayra apabila dirinya diheret keluar oleh pengawal keselamatan tersebut. Hatinya remuk apabila melihat Jihyun menangis sambil memanggilnya.

"JIHYUN!! MAMA JANJI MAMA AKAN AMBIL JIHYUN NANTI!" Mayra menghentak pagar dengan kuat namun jeritannya tidak dipedulikan oleh Sunghoon dan Sunmi.

Mayra terduduk di hadapan pagar apabila dadanya mulai sakit. Ya, panic attack telah menyerangnya. Dia menarik nafas dalam-dalam dan cuba untuk bertenang.

"Cik, apa cik buat kat sini?" Mayra mendongak apabila seseorang menyapa dirinya. Dia melihat seorang lelaki memandangnya dengan pandangan yang pelik.

Mayra hanya berdiam diri sebelum masuk ke dalam keretanya.

"Siapa tu awak?" Jiera memeluk lengan Niki.

"Tak tahu, saya tanya kenapa duduk sini, terus dia pergi. Mungkin salah rumah."

"Maybe. Jomlah masuk, saya rindu anak-anak." Jiera dan Niki beriringan masuk ke dalam rumah. Mereka mengerutkan dahi apabila melihat seorang budak perempuan sedang menangis teresak-esak.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now