- 18 -

16 6 129
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba. Hari dimana Aria dan Sunghoon disatukan. Perkahwinan mereka diadakan tertutup dan dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Jiyeon melihat Aria didandan oleh mak andam. Dia tersenyum apabila melihat Aria kelihatan cantik di dalam gaun pengantinnya.

Jiyeon berlalu pergi untuk memberi ruang Aria untuk bersiap. Dia menghampiri Sunghoon yang berada di taman hotel.

"Busy betul ya kamu. Dah nak kahwin pun sibuk lagi telefon orang." tegurnya seusai Sunghoon mematikan panggilan.

"Ya mama, biasalah kerja tak habis-habis. Hoon pula dalam satu projek R&D, jadi perlu hubungi ramai orang untuk kumpul maklumat." Sunghoon menyimpan telefon pintarnya.

"Kerja tu berpada, jangan overwork." pesan Jiyeon. Sunghoon mengangguk kepala.

"Sunghoon, mama nak cakap sikit." Jiyeon menayangkan wajah yang serius sambil memandang tepat pada muka Sunghoon.

"Ya mama?"

"Mama nak Sunghoon janji yang Sunghoon akan jaga Aria dengan sebaiknya. Dunia rumahtangga ni sangat sulit, jangan biarkan ego menguasai. Kalau ada masalah, terus berbincang dan selesaikan dengan elok-elok." Sunghoon yang melihat riak serius Jiyeon itu mengangguk faham.

"Jangan risau mama. Aria akan selamat dalam jagaan saya."

"Jangan sakiti dia ok? Dia dah banyak disakiti, jangan aniaya dia. Kalau Sunghoon tak perlukan dia lagi satu hari nanti, pulangkan dia pada mama semula. Macam mana kamu ambil dia, macam itulah kamu pulangkan balik jika kamu tidak mahu memilikinya lagi."

"Baik mama, saya janji. Saya takkan siakan Aria. Saya sendiri faham keadaan dia dan saya tak kisah dengan keadaan dia. Saya tetap memilih untuk bersama dengannya walaupun apa yang terjadi."

Jiyeon tersenyum apabila mendengar dari Sunghoon. Dia berharap agar Sunghoon menepati janjinya.

"If anything happen, don't blame me. I know you know what I mean." Jiyeon menepuk perlahan bahu Sunghoon sebelum masuk ke dalam dewan hotel.

Sunghoon tersenyum hambar. Buat pertama kali dalam hidupnya, dia mendapat amaran dari orang luar. Dia melihat Jiyeon yang perlahan-lahan hilang dari pandangan matanya.

"Don't worry, i won't."

Sunghoon mengeluarkan telefonnya sebelum mematikan telefonnya sebagai persediaan pada majlis perkahwinan yang bakal berlangsung nanti.

[ ARIA P.O.V ]

Aria memandang cermin dan melihat dirinya yang sudah siap berdandan. Dia melihat gaun pengantin yang tersarung ditubuhnya.

"Nasib baik Sunghoon belikan kau baju lain. Kalau tak, naye je kau kena pakai baju yang terkoyak tu." Asha memeluk tubuhnya sambil mencebik.

"Macam mana boleh terkoyak eh? Dah la last minute dia hantar baju."

'Mungkin dorang terburu-buru jadi baju tu ada terkena apa-apa.'

"Mana boleh macam tu! Kenalah jaga elok-elok, kan orang beli." rungut Asha. Aria menggelengkan kepalanya.

Dia melihat permandangan di luar tingkap. Dia ternampak Sunghoon yang sedang bercakap telefon dengan serius. Dia memerhati tingkah laku Sunghoon sehinggalah dia melihat Jiyeon menyapa dan berbicara dengan Sunghoon.

"Amboi bakal suami kau. Lagi beberapa minit nak kahwin tetap kerja eh."

'Dia cakap dia banyak kerja kebelakangan ni.'

"Bukan ke dia tu anak CEO ke? Apahal sibuk memanjang?"

'Memang. Tapi ayah dia letak dia sebagai pekerja biasa. Dia nak train Sunghoon untuk bermula dari bawah.'

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now