Aria menarik nafas lega apabila dirinya sudah sah bercerai dengan Sunghoon. Dia sempat melihat Sunghoon yang memandangnya dengan tajam.
"Tak payah pedulikan dia weh. Padan muka dia." Asha memeluk erat lengan Aria.
"Kak Aria.." Jiera memeluk Aria dengan erat. Airmata Aria bergenang setelah dipeluk oleh Jiera.
"Jiera harap hubungan kita masih seperti dulu. Jiera masih anggap Aria sebab Kak Aria, kakak kesayangan Jiera." Aria senyum lalu menganggukkan kepalanya.
"Kalau Aria nak datang rumah kami, mari je ok? Reiko dan Reina pun selalu tanya mana aunty cantik dia." Aria menganggukkan kepalanya.
"Aria cakap terima kasih sebab sentiasa layan dia dengan baik. Dia sampaikan salam untuk Niki dan anak-anak." Asha membantu menyampaikan apa yang dikatakan oleh Aria. Jiera senyum tipis.
"Baiklah. Kirim salam dekat Mayra juga. Nanti datanglah lepak rumah aku."
"Ok beres. Mayra pun kirim salam kat kau."
"Aku pergi dulu."
"Dah jom balik." Asha membawa Aria masuk ke dalam kereta. Aria hanya mengikuti sahaja dan sekali lagi menarik nafas lega.
Akhirnya setelah enam bulan turun naik mahkamah, Sunghoon melepaskannya juga. Kata Sunoo, dia bernasib baik kerana mempunyai bukti yang Sunghoon mencederakan dirinya. Jika tidak, mungkin akan mengambil lebih banyak masa untuk selesaikan penceraian ini.
Dalam masa enam bulan ini juga, dia banyak habiskan masa untuk menjadi kuat dan memulihkan kembali semangat hidupnya yang hilang. Dia sangat bersyukur akan perceraian ini. Dia sudah mahu mulakan hidup baru.
+++
"Nana? Mana papa?" Jiera melihat sekeliling untuk mencari kelibat Niki.
"Papa keluar mama. Tapi papa bawa bag besar. Bila Nana tanya, papa cakap papa pergi work." Jiera segera berlari masuk ke dalam biliknya. Tepat sangkaannya, barang-barang Niki sudah tiada di situ.
Jiera mengambil telefon pintarnya dan menghubungi Niki. Namun semua panggilannya tidak berjawab.
"Niki, tolonglah jangan macam ni. Kenapa awak macam ni." keluh Jiera dengan perasaan kesal. Tidak lama kemudian, deringan telefonnya berbunyi dan dia terus menjawab panggilan itu.
"Ni—"
"Jiera, ni abang. Jiera free ke?"
"Maaf, tak free."
"Abang tengok Jiera takde pun kat office ni. Mesti Jiera cuti harini kan?"
"Kalau Jiera cuti pun, tak semestinya Jiera free."
"Abang dah ada kat luar rumah Jiera."
"Hah??"
"UNCLE TAEYONG!!" Jiera segera turun ke ruang tamu setelah mendengar anak-anaknya memanggil nama Taeyong.
"Apa abang buat kat sini?" tanya Jiera dengan perasaan yang kurang senang. Pasti mummy yang memberitahu rumahnya pada Taeyong.
"Salah ke abang nak layan Jiera? Adik sepupu abang juga." Taeyong mendukung Reiko dan mengusap rambut Reiko.
"Comel anak-anak Jiera. Ikut kecantikan ibu dia."
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
General Fictionthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: