- 58 -

20 5 104
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba. Hari dimana FJ Company, syarikat dari Amerika ingin mengadakan kerjasama dengan salah satu syarikat di Korea.

Sunghoon tiba bersama pembantu peribadinya, Harin sedikit awal dengan niat ingin menunjukkan prestasi yang bagus pada syarikat dari Amerika itu. Dia perlu dapatkan tenda dari syarikat itu, jika tidak Lee Company akan dalam bahaya.

"So you're Park Sunghoon? Representative from Lee Company? "

Sunghoon menunduk hormat dan memberikan senyuman yang manis pada Georgia.

"Yes, Miss Georgia. I am Sunghoon. Such an honor to meet you here."

Georgia mulai berborak kecil bersama Sunghoon. Dia meminta diri setelah majlis hendak bermula.

"Harin.."

"Ya tuan?"

"Kau dah buat apa yang aku suruh kan?" Sunghoon mengerling ke arah Harin yang berdiri sebelahnya.

"Saya dah buat apa yang tuan suruh. Jangan risau tuan." Sunghoon mengangguk sebelum pandangannya beralih ke atas pentas.

"Thank you to everyone for coming to the FJ Company party tonight. Thank you also for showing interest in investing and cooperating with FJ Company. After examining all the proposals and companies, we have decided to establish a collaboration with a company that I can see has very high potential." ucap Georgia.

Sunghoon sudahpun tersenyum lebar. Dia semakin yakin bahawa syarikatnya akan terpilih untuk berkerjasama dengan FJ Company.

"Congratulations to Star Gallery for being selected. Invited Aria Park to come on stage to sign a contract with us."

Tepukan gemuruh diberi setelah pengumuman dibuat. Sunghoon yang telah bersedia untuk bangun tadi tercengang. Dia lebih terkejut apabila mendengar satu nama yang sudah biasa didengarinya.

"Aria Park?" Matanya terus tertumpu pada seorang gadis yang bergaun merah wine. Seketika kedengaran bunyi-bunyi pujian dilontarkan kepada gadis itu.

Aria tersenyum gembira sambil naik ke atas pentas. Dia melangkah dengan yakin, derapan kasut tumit tingginya dibiarkan selaras dengan bunyi tepukan. Setelah tiba di atas pentas, dia menunduk hormat sebelum memeluk Georgia dan menandatangan perjanjian antara syarikat mereka.

Sunghoon terus berdiri apabila tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Aria? Aria Park? Sejak bila Aria Park yang dia kenali bergaya elegan seperti ini?

"Thank you to Miss Georgia for giving me the opportunity to work together even though I am beginner to this business world. I will carry out the Star Gallery founder's trust to the best of my ability."

Sunghoon sekali lagi tercengang apabila mendengar Aria bersuara. Dia terus keluar dari dewan majlis itu. Harin yang turut tercengang itu mengikuti Sunghoon. Aria yang menyedari hal itu hanya tersenyum sinis sebelum beramah mesra dengan pemilik syarikat yang lain.

"Tak mungkin!! Aku bermimpi kan?! Macam mana si bisu tu boleh bercakap?!" Sunghoon menumbuk dinding parking lot.

"Tuan."

Sunghoon menjeling Harin sebelum mencekik Harin.

"Ini yang kau kata buat kerja?! Kalau kau buat kerja macam mana syarikat lain boleh dapatkan tenda tu?!" Harin memukul lengan Sunghoon untuk melepaskan dirinya.

"Saya tak tahu kewujudan Star Gallery tuan! Syarikat tu tak ada pun dalam senarai daftar yang saya terima." Sunghoon melepaskan cengkamannya. Dia membiarkan Harin batuk setelah terlepas.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now