- 50 -

18 5 252
                                    

Aria memegang pipinya yang terasa perih akibat lempangan dari Sunghoon.

"Apa kau buat ni hah?! Cerai? Apa yang kau karutkan?!" Sunghoon sekali lagi melempang Aria.

'Saya tak kenal awak Sunghoon. Awak bukan Sunghoon yang saya kenal lagi.' bidas Aria.

Sunghoon tergelak kecil sebelum memandang Aria dengan tajam.

"Apa kau betul-betul kenal aku ke?" Aria terdiam apabila mendengar soalan dari Sunghoon.

"Tak bukan? Kalau kau betul-betul kenal aku pasti kau tahu aku dah ada kekasih sebelum ni."

'Sebab awak yang yakinkan saya-'

"Dan kau percaya. Bingo bagi aku sayang."

Aria mengetap bibirnya dan memandang Sunghoon dengan tajam.

"Aku takkan ceraikan kau. Kau patut bersyukur aku kahwin dengan kau. Patut bersyukur ada yang terima kau."

'Kalau saya tak terima awak, saya ada Yeonjun.'

"Mana? Jantan tu dah lama mampus la Aria. Berani lagi dengan muka tak malu kau sebut nama jantan tu. Sedangkan kau sendiri punca jantan tu mampus."

'Apa yang awak merepek ni?'

"Jantan tu kan mati bunuh diri. Dia kecewa kau tolak cintanya."

"Sedarlah kau tiada sesiapa pun sekarang melainkan aku Aria. Kau ada suami je, iaitu aku."

'Saya ada keluarga.'

"Keluarga angkat yang bila-bila masa boleh buang kau. Kau ingat dorang tu nak sangat ke hadap kau lama-lama?"

'Keluarga mama bukan macam tu lah!'

"Itu kata kau. Isi hati dia kau tahu?" Sunghoon senyum sinis dan menepuk bahu Aria.

"Terimalah hakikat sayang. Kau tu anak terbuang kat rumah anak yatim, membesar pun atas belas ihsan orang sebab kau cacat. Kau tu dah la tak tahu asal usul kau."

Aria mengigit bibirnya dan mengenggam hujung bajunya dengan erat. Dia menahan airmatanya setelah mendengar hinaan dari Sunghoon.

"Ingat eh. Simpan dalam kepala otak kau. Kau tu anak yang tah mana asal usul. Tah-tah anak haram itu yang kau cacat. Kau hidup pun atas ihsan orang!" Sunghoon menunjal-nunjal kepala Aria. Dia mengabaikan isterinya yang mulai menangis.

"Kenapa menangis? Baru sedar diri ke?" Sunghoon menolak Aria jatuh ke lantai.

"Lah lemah pulak. Tadi bukan main nak melawan. Apa sebab kau lupa diri tadi? Itu yang seronok melawan."

'Sudah Sunghoon.. Saya sedar diri saya.'

"Baguslah kalau sedar. Ingatlah eh kau ada aku je Aria. Aku je yang sudi kahwin dengan perempuan tak tahu asal usul dan mandul macam kau ni."

Aria mendongak dan menampar Sunghoon dengan sekuat hati.

'Saya tahu awak sakit hati sebab saya filekan cerai. Tapi jangan nak hina saya sesuka hati awak Park Sunghoon!'

"Kau tampar suami kau Aria Park? Kurang ajar!" Sunghoon mulai memukul Aria apabila isterinya itu menunjukkan tanda-tanda mahu melawan.

"Aku ni sayang kau tau Aria, tapi kau ni makin melampau! Makin aku beri muka, makin kau berani nak melawan!"

'Lepaskan saya Sunghoon! Lepaskan!!'

"Aku takkan lepaskan kau. Kau selamanya akan jadi isteri akulah!" Sunghoon mengambil batang mop yang berdekatan dan memukul Aria menggunakan batang mop tersebut.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now