"Apa yang kamu cakap ni, Sunghoon?" Jiyeon mengerutkan dahinya.
Secara tiba-tiba, pemuda ini mahu bertemu dengannya untuk berbicara tentang Aria. Dia bersetuju dan mengajak pemuda tersebut untuk berbual di dalam pejabatnya.
Malah dia terperanjat apabila pemuda itu menyatakan hasratnya untuk menikahi Aria. Setahunya Aria tidak mempunyai teman lelaki, tapi kenapa tiba-tiba ada yang mahu menyuntingnya?
"Aunty, saya betul-betul nak jaga Aria. Sebelum saya teruskan ke langkah seterusnya, saya nak minta izin aunty dulu. Saya tahu aunty ni mak angkat dia." tutur Sunghoon dengan tenang.
Jiyeon menayangkan ekspresi wajah yang tidak percaya. Sungguh, dia tidak percaya dengan apa yang dia dengar ketika ini.
"Sunghoon, kamu jangan main-main. Aria tu muda lagi. Baru habis sekolah. Aunty pun kenal kawan-kawan dia. Tak pernah aunty tengok kamu berkawan dengan dia."
Sunghoon senyum tipis apabila mendengar Jiyeon meragui niatnya. Dia menarik nafas sedalamnya sebelum meneruskan bicaranya.
"Kami baru beberapa minggu berkenalan. Boleh dikatakan cinta pandang pertama? Semenjak bertemu dengan Aria, keinginan saya untuk menjaganya semakin kuat, dan... Saya nak jaga dia dengan menggunakan satu ikatan yang sah. Itu lebih baik bukan?" Sunghoon cuba untuk menyakinkan Jiyeon.
Jiyeon menghela nafasnya perlahan. Otaknya bagaikan tidak dapat berfikir apa-apa setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Sunghoon.
"Aunty tak tahu. Ni melibatkan perasaan antara kamu dan Aria. Ya, memang bagus kalau ada ikatan yang sah tapi bukan ke ni terlalu cepat? Aunty rasa korang pun tak kenal diri masing-masing dengan baik lagi."
"Aunty bukan nak menghalang atau membantah, tapi aunty rasa kamu berdua seeloknya kenal hati budi masing-masing dulu. Lagi satu, Aria yang layak untuk beri kata putus. Dia yang akan berkahwin dengan kamu, bukan aunty."
Sunghoon menggigit bibir bawahnya perlahan. Dia menayangkan sebuah senyuman sebelum menganggukkan kepalanya.
"Terima kasih atas nasihat aunty."
"Sama-sama. Terima kasih sebab sudi nak jaga Aria, sudi terima Aria sepenuhnya. Apa-apa keputusan, aunty akan ikut keputusan Aria. Dia yang paling berhak nak pilih siapa teman hidupnya."
"Baiklah aunty, saya minta diri dulu." Sunghoon bangun dan memberi tunduk hormat sebelum keluar dari pejabat Jiyeon.
Jiyeon menyandarkan tubuhnya di kerusi. Dia benar-benar tidak menyangka bahawa pemuda itu tekad untuk berjumpa dengannya semata-mata demi Aria.
Hatinya senang namun risau pada masa yang sama. Dia benar-benar mahu yang terbaik untuk Aria. Aria itu seorang yang baik.
Jiyeon mencapai telefon pintarnya yang berada di atas meja dan menghantar pesanan pada Asha.
'Asha. Kalau free baliklah rumah mama. Bawa Aria sekali.'
Jiyeon merenung telefonnya sejenak setelah menghantar pesanan.
"Aria. Mama harap Aria dapat buat keputusan yang tepat."
***
Aria mengelap meja yang kotor di cafe sambil memikirkan tentang Sunghoon.
Benarkah perasaan cinta itu dapat wujud dalam masa secepat itu?
Pertemuan antara dia dan Sunghoon baru sahaja hendak masuk sebulan. Tipu jika dia tidak rasa perasaan suka pada Sunghoon. Tapi dia juga bimbang jika Sunghoon sekadar ingin mempermainkan dirinya.
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
General Fictionthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: