"Maaflah lambat. Lama ke kau tunggu dik?" Sunghoon melihat adiknya, Jiera yang sedang berpeluk tubuh memandang dirinya.
"Hmmm setengah jam juga." balasnya sambil mengelus perutnya.
"Aku ingat Niki ada sekali." Jiera mengeluh sebelum meneguk minuman yang dipesannya tadi.
"Kau tekad ke dik? Kau tanak try jumpa mummy? Mana tahu mummy dah tak marah." tanya Sunghoon setelah tidak mendapat jawapan dari soalan yang diajunya tadi.
"Dia dah buang aku. Siap haramkan aku guna Park Jiera. Tch."
"Tapi daddy tak cakap gitu pun. Nama keluarga dari daddy, bukan mummy. " Mata Sunghoon turun di perut adiknya. Perut adiknya sudah kelihatan.
"Dah berapa bulan tu?"
"Lima.."
"Jadi dah lebih lima bulan kau tak menegur mummy."
"Malah aku lebih bahagia. Takde sesiapa boleh aturkan hidup aku lagi."
Sunghoon memandang adiknya sebelum berdecit. Dia amat terkejut setelah mendengar khabar yang adiknya kahwin lari dengan teman lelakinya kerana tidak mendapat restu dari mummy mereka.
Setibanya dia Seoul, terus dia mencari adiknya. Dengan niat ingin membaiki hubungan antara mummy dan adiknya. Malah sukar kerana kedua-duanya degil dan ego.
"Kau yakin? Niki tu tak senang. Kau ok ke hidup susah? Nanti anak kau lahir, boleh ke jaga?" Jiera menghentak meja cafe tersebut sebelum memandang tajam ke arah abangnya.
"Apa kau menghina suami aku Park Sunghoon?!"
"Aku tak menghina Park Jiera! Aku risaukan keadaan kau dan anak kau. Aku tahulah Niki tu cuma kerja di kedai serbaneka je, dan kos membiayai anak tinggi."
"Setakat ni, kami cukup lagi nak makan, nak berbelanja. Tak perlu mewah asalkan bahagia." bidas Jiera, masih mempertahankan suami kesayangannya.
"Setakat ni kami tak memohon belas ihsan dari orang lain. Lagipun lepas aku berpantang, aku akan berkhidmat untuk syarikat daddy." Mata Sunghoon membulat.
"Niki suruh kau kerja?!"
"Tak, daddy yang minta. Dia mahu kita sama-sama meneruskan syarikat dia." Sunghoon mengangguk tanda faham.
"Baiklah, aku harap kau fikirkan semula fasal mummy. Niat aku cepat-cepat balik ke Seoul pun sebab nak pulihkan hubungan keluarga kita."
"Tengoklah. Nanti aku fikirkan semula." Jiera kembali meneguk minumannya.
Sunghoon hanya merenung sepi adiknya. Secara tiba-tiba wajah perempuan yang bertembung dengannya tadi kembali menghiasi fikirannya.
Dia seperti mahu cari tahu tentang perempuan itu.
***
"Woahh aku pun dapat kerja tadi!" kata Asha dengan girang. Aria turut senyum apabila mendengar khabar gembira itu.
'Kan aku dah cakap. Kita mesti akan dapat kerja. Aturan tuhan itu sentiasa ada untuk kita.'
"Tapi hmmm sedihlah."
'Kenapa?'
"Sebab tak kerja sekali dengan kau." Asha merengek kecil. Aria menahan ketawa.
'Eh kau ni. Nanti kita masih boleh pergi dengan balik kerja sama-sama.'
"Yes! Aku akan drive muehehe." Asha kegirangan.
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
General Fictionthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: