- 4 -

26 5 14
                                    

"Ish! Kenapa ramai yang tak terima kita nak kerja ni? Asyik nak pengalaman je. Kita kan baru habis sekolah!" rungut Asha dengan penuh frustasi.

Aria mengeluh sebelum duduk di bangku yang berhampiran. Sudah seharian mereka mencari kerja namun masih tidak diterima di mana-mana tempat. Dia juga sepertinya sudah berputus asa.

"Selek betul dorang ni hmph!" Aria tertawa sebelum mengusap rambut Asha.

"Eh kenapa kau gelak?" Asha memuncungkan bibirnya tanda tidak berpuas hati.

'Aku tengok kau ni comel. Takpe kalau tak dapat harini, manatau dapat esok.' Asha memandang Aria sambil memuncungkan bibirnya lagi.

"Kalau tak dapat juga macam mana?"

'Percayalah. Dengan izin tuhan, kita akan dapat.'

"Yela Aria. Jom makan dulu lepastu baru balik." Aria mengangguk tanda setuju.

'Jom! Aku belanja kau.'

"Ishh aku belanja kau."

'Aku nak belanja kau. Jangan nak mengelat.' Aria memandang ke sekeliling sebelum menarik Asha pergi ke kedai makan yang menjual makanan kegemaran mereka, Chicken Katsu Curry.

Asha hanya mengikuti Aria. Hendak melawan pun dia tidak boleh. Perangai Aria itu sama sahaja dengannya. Kalau dah kata itu, itulah.

Tapi alangkah bagusnya kalau Aria bersikap begini juga pada yang lain. Ini tak, terima je kalau dicemuh.

Walaupun bukan dirinya dicemuh, tapi dia tidak dapat menerima hal itu berlaku. Aria tidak patut dicemuh. Dia tidak melakukan apa-apa kesalahan pun. Kekurangan yang Aria ada bukanlah satu jenayah.

Aria berpaling ke sisi dan melihat sahabatnya termenung. Dia taknak makan disini ke? Aria menepuk bahu Asha perlahan.

'Kau nak makan dekat lain ke?' Asha menggeleng.

"Kat sinilah, ada makanan favorite kita."

'Kau ok ke tak ni? Ke kau masih sedih sebab kita tak dapat kerja?'

'Asha?'

Aria mulai risau apabila sahabatnya menayangkan wajah yang sugul. Dia mendengar keluhan dari Asha dan tangannya secara automatik mengusap lembut kepala sahabatnya itu.

"Aku ok, cuma risaukan kau. Aria.. " Asha memandang tepat pada muka Aria sebelum meneruskan bicaranya.

"Janji yang kau takkan tinggalkan aku? Kau boleh tinggalkan aku kalau kau kahwin je. Tu pun kau kena keep contact dengan aku juga."

Aria tertawa sebelum menggelengkan kepalanya.

'Apa kau fikir macam ni? Lambat lagi aku nak kahwin. Kalau aku kahwin pun, kau masih kawan baik aku Asha. Jangan sedih macam ni.'

"Aku tak sedih, aku cuma risaukan kau lahhh."

'Jangan risau. Aku ok. Lagipun aku dah besar. Aku kena cuba berdiri di atas kaki sendiri mulai sekarang.'

'Dah, tak perlu nak bahas tentang hal ni. Jom kita makan. Kau orderlah.'

Asha mengangguk dan memesan makanan buat mereka.



***

Dahi Aria berkerut apabila melihat banyak panggilan yang tidak berjawab di telefonnya. Siapa pula yang menelefonnya? Nombor-nombor yang penting semua dia dah save.

Dia merenung telefonnya sehinggalah dia melihat satu notifikasi dari pesanan ringkas muncul. Ternyata chat dari nombor yang tadi. Aria membuka chat tersebut dengan perasaan curiga.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now