[ YEONJUN P.O.V ]
Yeonjun memerhati Sunghoon yang sedang melutut sambil meminta maaf bagi pihak Aria. Dia mengerling ke arah Aria berdiri kaku di sebelah Sunghoon.
Dia dapat rasakan bagai ada sesuatu yang tidak kena. Dia kenal Aria. Aria bukan seorang yang cemerkap.
Dia menepuk bahu Sunghoon untuk mengarahkan Sunghoon untuk bangun. Dia memandang Sunmi sebelum sekali lagi menunduk.
"Saya minta maaf bagi pihak pekerja saya. Saya sedia memberi pampasan jika puan mahu."
"No need !" Yeonjun memerhati wanita itu berlalu pergi dengan perasaan yang marah. Dia sempat melihat wanita itu menjeling tajam ke arah Aria.
"Aria, saya minta maaf sebab tertinggikan suara tadi." Yeonjun menunduk sebagai tanda meminta maaf.
Dia senyum tipis apabila melihat Aria memberi isyarat sebagai tanda dia tidak apa-apa. Dia berlalu pergi ke bilik kerjanya setelah melihat Sunghoon mulai bercakap dengan Aria.
Dia membuka laptopnya dan melihat rakaman CCTV. Matanya membulat apabila melihat kejadian yang sebenar.
Tidak salah sangkaannya, memang betul ada sesuatu yang tidak kena. Aria tidak membuat apa-apa kesalahan melainkan wanita itu sendiri yang menuangkan kopi panas itu pada dirinya sendiri.
"Psikonya perempuan tu. Apa motif dia?" Yeonjun mengeluh.
"Jap.. Perempuan tu mak Sunghoon. Motif dia sebab dia tak suka Aria ke.."
"Aku rasa aku kena cari tahu." Yeonjun menyimpan rakaman CCTV tersebut dan keluar dari biliknya. Dia ingin menyapa Sunghoon namun hanya Aria sahaja kelihatan.
Dia menghampiri Aria yang sedang membersihkan meja tadi.
"Aria, Sunghoon mana?"
'Sunghoon dah balik.'
"Sunghoon dah balik?" Aria menganggukkan kepalanya.
Yeonjun terdiam seketika sebelum bertanya lagi.
"Malam ni Sunghoon ke ambil awak?"
'Tak, dia cakap dia ada urusan jadi Asha yang ambil atau saya balik naik bas.'
Yeonjun membaca tulisan di nota Aria.
'Mesti nak selesaikan dengan mak dia tu.' desis hatinya.
"Ohh takpelah kalau macamtu. Kalau Asha sibuk, saya hantarkan pun boleh."
'Takpe Yeonjun. Saya taknak susahkan awak.'
Yeonjun melihat Aria yang kelihatan segan dengannya. Pasti dia masih janggal disebabkan insiden baru-baru ini.
"Ok, apa-apa bagitahu je saya. Saya boleh tolong."
Yeonjun meninggalkan Aria bersendirian. Dia memerhati Aria melakukan kerjanya.
Sedang dia termenung, seseorang menepuk bahunya. Ternyata ianya Seungkwan.
"Ha kau kenapa?"
"Apa makcik gila tu buat tadi? Dia tu memang gila betul la." Seungkwan menayangkan wajah yang tidak puas hati.
"Aik, kau kenal ke?" Yeonjun mengerutkan dahinya sambil memandang Seungkwan.
"Ni kita kita je tau! Aku kenal makcik gila tu. Kau kenal Lee Kihwan?"
"Lee Kihwan?"
"Milionaire tu, yang terhormati tu." Yeonjun perlahan-lahan mengangguk kepalanya.
"Makcik tu anak dialah. Lee Sunmi. Lepastu dia kahwin pulak dengan Park Chanyeol. Kiranya dorang tu chaebol la. Kaya gila." Yeonjun mengerutkan dahinya.
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
General Fictionthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: