- 22 -

19 5 153
                                    

Aria memerhati ibu mertuanya yang berpeluk tubuh sambil memandang tajam ke arahnya.

"Apa yang kau cakap kat anak aku sampai dia nak pindah?" Aria menggeleng kepalanya.

"Tipu. Kau cakap ke apa yang aku buat semalam?" sekali lagi Aria menggelengkan kepalanya.

Sunmi bangun dan terus menampar Aria dengan kuat. Dia menarik rambut Aria dengan kasar sebelum menatap wajah perempuan yang dia benci itu.

"Kau mesti burukkan aku kat anak aku kan?! Kau lupa apa yang aku cakap? Sekali kau mengadu, aku akan jauhkan diri kau dengan anak aku." Airmata Aria bergenang apabila ibu mertuanya mulai mengugutnya lagi.

'Sumpah saya tak cakap–"

"Aku dah cakap aku tak bahasa cacat kau tu!" tengking Sunmi.

Aria segera mengambil telefonnya setelah Sunmi melepaskan rambutnya. Dia menaip untuk membela dirinya.

'Saya tak bagitau apa-apa pun kat Sunghoon mummy. Sumpah.'

"Habistu. Sampai nak pindah ni kenapa?" Aria meneguk liurnya.

Dia tidak menyangka bahawa Sunghoon akan memberitahu tentang pindah rumah secepat ini pada mummy.

"Aku nak kau cancel untuk pindah, atau aku akan mula pisahkan kau dengan anak aku."

"Faham tak?!" Sunmi menunjal-nunjal kepala Aria dengan geram. Tangisan Reina menghentikan tindakan Sunmi.

"Ingat, aku belum habis dengan kau perempuan cacat!" Sunmi menjeling Aria sebelum mendapatkan cucunya.

Aria mengesat airmatanya. Dia segera masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik.

'Apakah aku berdosa hanya kerana jatuh cinta pada Sunghoon? Aku tak layak jadi isteri dia?'

'Kenapa mummy susah sangat untuk terima aku? Tidak cukup baik kah aku untuk dia?'

Aria memeluk lututnya. Dia melihat notifikasi di skrin telefonnya.

Husband❤️

Awak jumpalah Asha nanti.

Saya izinkan.

Nak saya hantarkan ke?

Terima kasih.

No need, saya pergi sendiri.

Aria segera bangun dan bersiap-siap untuk bertemu Asha. Dia menyembunyikan wajah sembapnya dengan make up. Dia perlahan-lahan keluar dari rumah dan berlari ke bus stop yang berhampiran.

'Untung mummy tak sedar.'

Dia menaiki bas yang kebetulan berhenti dan bercadang untuk pergi ke rumah Jiyeon.


***

"Mama rindu Aria tau. Aria sihat sayang?" Jiyeon memeluk Aria dengan erat.

'Aria sihat je mama. Mama sihat?'

"Mama ok je? Aria sure ke ok? Mama tengok Aria macam tak ok je."

'Aria ok mama. Jangan risau.'

Jiyeon menghela nafasnya perlahan. Dia merenung ke arah Aria.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now