"Mama. Mama tak tahu ke siapa ibu kandung Aria?" pertanyaan Asha membuatkan Jiyeon mengerutkan keningnya.
"Kenapa tiba-tiba Asha tanya?"
"Asha curious. Kalau yang lain ada data tentang ibu atau ayah kandung tapi Aria tak ada. Kalau yang senasib dengan dia, mesti saudara mereka akan tuntut balik mereka." Jiyeon senyum tipis.
"Tak ada Asha. Aria ditinggalkan begitu sahaja di luar panti asuhan."
"Bukan ke kat pagar tu ada CCTV?" Jiyeon terdiam sebelum menambah makanan di dalam pinggan Asha.
"Mana Aria? Mama tak nampak dia pun." Jiyeon melilau untuk mencari Aria. Setelah tamat sekolah, Asha dan Aria duduk serumah. Biarlah mereka berdua belajar hidup berdikari.
"Ohh dia pergi cari kerja." jawab Asha sambil mengunyah.
"Asha tak pergi cari?" Asha menayangkan wajah yang cemberut.
"Ishh of course Asha cari. Ni semua kena reject. Alasan baru habis sekolah, tak ada pengalaman. Kerja kedai makan pun nak pengalaman juga ke?" bebel Asha. Jiyeon menggelengkan kepalanya.
"Kenapa tak kerja dengan Aunty Yura? Mesti dia terima Asha." Asha segera menggelengkan kepalanya.
"Taknaklah! Hidup tak berkat guna cable." Jiyeon tertawa apabila mendengar jawapan anaknya.
"Pandai sayang mama ni. Bagus, hidup kenalah usaha sendiri. Tak apa nanti mesti Asha dapat kerja. Kalau tak dapat pun tak apa. Nanti terus sambung belajar."
"Nak kerja juga. Nanti adalah duit poket semasa belajar." bantah Asha.
"Yela Asha. Lauk-lauk tu semua mama dah letak dalam peti sejuk. Nanti defrost dan hangatkan balik je." Asha menganggukkan kepala.
"Thanks mama." Jiyeon mengusap kepala Asha.
"Sama-sama sayang mama. Mama pergi dulu ya. Nanti mama ada meeting."
"Ok mama. Bye!"
"Bye sayang." Jiyeon mengambil beg tangannya dan berjalan keluar dari rumah itu. Dia segera masuk ke dalam kereta dan memulakan pemanduannya.
"Ibu kandung Aria.." Jiyeon teringat semula pertanyaan anaknya tadi. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberitahu anaknya soal ibu kandung Aria.
"Harap dia tak tanya lagilah nanti."
***
Aria perlahan-lahan menapak masuk ke dalam cafe. Kelmarin Yeonjun menghantar pesanan padanya, menyuruh dia ke cafe.
Sejujurnya dia tidak enak pada Yeonjun tapi disebabkan lelaki itu semakin memaksanya untuk ke mari ke situ, Aria tiada pilihan lain.
"Ya cik? Nak pesan apa?" tanya seorang pelayan apabila menyedari dia masuk ke dalam. Aria menggelengkan kepalanya.
"Ohh cik tunggu orang dulu ya. Silakan, nanti nak buat pesanan cik boleh panggil saya semula." Aria senyum sambil mengangguk ke arah pelayan itu.
Dia duduk di meja yang kosong sementara menunggu Yeonjun tiba. Dia menunduk dan bermain dengan jarinya. Bayangan Yeonjun melamarnya untuk menjadi kekasihnya di tengah taman sekolah membuatkan dirinya berasa serba salah.
Sejujurnya dia mahu menerima Yeonjun namun dia teringat yang Asha pernah menyukai Yeonjun beberapa tahun lalu. Biarpun hanya sekejap kerana Asha bercinta dengan Beomgyu tidak lama selepas itu, tetap membuatkan Aria berasa tidak enak untuk menerima Yeonjun. Dia bimbang jika Asha masih menaruh hati pada Yeonjun.
YOU ARE READING
MELANCHOLY [PSH]
General Fictionthanks for those sweet pain. start: 7 march 2024 end: