- 36 -

17 5 49
                                    

"Thanks weh tolong belikan. Aduh baru boleh nak mengorat awek gini." Heeseung menjeling Sunoo yang dari tadi tak habis-habis dengan bunganya.

"Ada ke orang nak kat kau?"

"Hey jamet. Cakap tu elok sikit eh, sekali aku petik jari, ramai tau beratur. Bukan macam kau, sendu." Heeseung menggulingkan biji matanya. Malas hendak melayan kawannya yang sorang itu. Dia duduk di mejanya dan teringat dengan kata-kata Mayra pagi tadi.

'Aku risau kalau dia ada motif yang tersembunyi. Aria ada bagitahu sesuatu ke dekat perempuan tu, sampaikan perempuan tu nak tolong Aria.' Heeseung bermonolog di dalam hati.

Jika diikutkan hatinya, dia seperti berminat dengan tawaran Mayra. Gadis itu sepertinya mengetahui sebuah rahsia yang besar.

"Lee Heeseung, bunga ni cantik macam aku kan." Sunoo menepuk bahu Heeseung sambil menunjuk bunganya.

"Sudahlah bodoh. Memang sampai ke esok ke kau dengan topik bunga kau ni. Ya tuhan." Heeseung mulai frustasi. Bagaimanalah Sunoo boleh lulus dan menjadi peguam? Asyik main-main je.

"Alah kau ni. Patutlah hidup kau suram. Serius memanjang. Rilek la kita kat luar mahkamah kan. Ingat cool la tu asyik serius. Menyampah hmph!" Sunoo meletakkan bunga di dalam pasu yang berisi air dan duduk di tempatnya.

Heeseung hanya diam dan meneliti maklumat-maklumat yang telah dia kumpul.

"Oh ya Heeseung. Aku ada jumpa file yang kau cari haritu."

"File yang mana?"

"Yang rasuah melibatkan keluarga kaya dari Jepun tu. Kau ni pelik betul. Kes 20 tahun lepas kau nak ungkit balik." bebel Sunoo sambil memberi file tersebut. Heeseung terus mengambil file itu dan menyemak seluruh halaman yang ada.

"Kau percaya tak yang banyak kes melibatkan orang yang sama terjadi sebelum ni?" Heeseung memandang Sunoo dengan wajah yang serius.

"Melibatkan siapa?" Sunoo mengerutkan keningnya.

"Keluarga chaebol Lee." Sunoo mengangkat keningnya.

"Hmm boleh jadi. Pernah juga dulu dengar keluarga tu bermasalah." Heeseung menganggukkan kepalanya. Dia mengambil telefonnya dan mengambil gambar-gambar maklumat yang dia perolehi sebagai simpanan digital.

Sunoo hanya membiarkan sahaja Heeseung.

"Orang takde kerja itulah yang happy. Dia bila takde kerja, sibuk cari kerja. Pelik betul makhluk sorang ni." bebel Sunoo dengan perlahan.



***


Aria mengerutkan dahinya apabila melihat suaminya muncul di kedai. Sunghoon mengenggam tangan Aria dan ingin membawa Aria pergi namun niatnya terbantut apabila bertemu dengan Mayra.

"Maaf Aria tengah kerja. Tak boleh keluar sesuka hati." Sunghoon menjeling Mayra.

"Aku suami dia, suka hati akulah."

"Suami tak suami. Peraturan tetap peraturan."

"Pecat jela isteri aku ni. Dia tak layak kerja dekat sini." Aria membulatkan matanya apabila mendengar jawapan Sunghoon. Aria melepaskan tangannya dari Sunghoon.

'Apani awak? Tiba-tiba je macam ni.'

"Saya tak izinkan awak bekerja."

'Tapi kita dah buat perjanjian. Saya tak pernah langgar perjanjian tu.'

"Aria Park!"

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now