- 6 -

26 6 40
                                    

"Bye Aria!" Aria melambaikan tangannya ke arah Asha sebelum kereta Asha meluncur laju ke jalan raya, meninggalkan dirinya di luar cafe.

Aria masuk ke dalam cafe dan memakai apron. Mulai hari ini, tugasnya akan lebih pada dessert. Dengan berkat tunjuk ajar dari Seungkwan, dia sudah cekap di bahagian ini.

"Seronoknya aku ada peneman sekarang." seloroh Seungkwan. Aria senyum sambil menguli doh pastri.

"Aria. Aku kan perasan sangat. Selama seminggu kau kerja kat sini, seminggu juga anak bos tu terperap dekat sini. Apa dia tak bosan ke duduk sini je sampai balik?"

Aria memperlahankan tangannya sebelum melirik ke arah tingkap yang menghubungkan dapur dan kaunter. Dia melihat Yeonjun sudah pun ada di meja hadapan kaunter.

"Tengok tu. Aku rasa dia nak usyar kau la Aria." Aria menggelengkan kepalanya untuk menyangkal pernyataan dari Seungkwan.

"Kenapa geleng? Aku rasa betul." Aria menggeleng sekali lagi.

"Yela. Aku nak buat tart dulu." Aria membiarkan Seungkwan membuat adunan untuk tart. Dia kembali menguli adunan sambil berfikir tentang hal yang dikatakan oleh Seungkwan.

'Apa yang Seungkwan kata tu... Macam betul. Cara layanan dia berbeza. Tatapannya sangat lain ketika dia lihat aku.' Aria menghela nafasnya perlahan.

Dia mulai tidak selesa apabila terlihat Yeonjun melihat ke arahnya. Dia mengambil pisau pastri sebelum memotong doh untuk donut dan menukar posisi dengan Seungkwan.

Untung sahaja lelaki itu bersetuju tanpa menyoalnya. Dia menyambung kerja yang dilakukan oleh Seungkwan sambil cuba untuk membuang perasaan yang tidak enak.

Dia tidak mahu diterima kerja disini atas perasaan cinta atau sayang. Dia mahu dia digajikan atas sebab yang profesional.

"Aria." Aria menoleh ke belakang apabila melihat salah satu pelayan menghampirinya.

"Maaf ganggu kerja kau. Tapi aku sakit perut ni. Boleh tak hantar order kat meja nombor 4 nanti? Aku emergency ni." Aria mengangguk sebelum tergelak apabila melihat figura tersebut berlari ke tandas.

Ada-ada sahaja ragam mereka. Aria menanggalkan sarung tangan dan topinya sebelum melangkah ke kaunter. Dia mengambil pesanan untuk meja nombor 4 dan membawa pesanan tersebut ke sana.

Dia sempat menunduk hormat sebelum meletakkan Iced Americano  dan sepotong Tiramisu di atas meja tersebut.

"Wait-" langkah Aria terhenti apabila pelanggan tersebut memegang tangannya. Dia melihat mata pelanggan tersebut berbinar melihat dirinya sebelum menayangkan sebuah senyuman yang manis.


[ SUNGHOON P.O.V ]

Matanya fokus pada laptop yang menyala dihadapannya. Tangannya lincah menaip proposal yang perlu dihantarnya pada lusa. Dia mengeluh perlahan sebelum meraup wajahnya.

Dia menurunkan tangannya apabila terdengar bunyi seseorang meletakkan sesuatu dimejanya. Rupanya pesanan yang telah dia pesan sebentar tadi sudah sampai.

Dia mendongak untuk berterima kasih namun jantungnya tiba-tiba berdebar apabila melihat gadis yang dicarinya itu berada di hadapannya. Dia dengan pantas menahan gadis itu dari pergi.

"Wait-" Dia memegang tangan gadis itu dengan erat. Tanpa sedari, dia tersenyum sebaik sahaja pandangan mereka bertaut.

"Awak yang saya terlanggar haritu kan?" Dia kembali tersenyum apabila melihat gadis itu cuba mengingatinya.

"Jangan risau. Saya tak marah awak. Cuma saya bersyukur kita dapat bertemu kembali." Namun Sunghoon mulai pelik apabila gadis ini tidak bercakap dengannya. Gadis itu hanya senyum.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now