- 1 -

74 11 16
                                    

"Wah, pandainya Aria!" budak perempuan yang bernama Aria terus tersenyum apabila mendapat pujian dari gurunya. Dia menggerakkan lagi tangannya untuk berkomunikasi dengan gurunya.

"Bagus! Cepat betul ya Aria belajar bahasa isyarat ni." Aria tersengih.

"Ok cikgu tanya lagi satu soalan. Cuba perkenalkan diri Aria." Aria mengangguk lalu bingkas menggerakkan tangannya.

'Saya Aria Park. Saya berumur 7 tahun dan saya suka pergi sekolah sebab..' Aria menghentikan gerakkannya sebelum menyambung semula.

'Sebab saya dapat berjumpa dengan ramai kawan.' sambung Aria. Gurunya tertawa kecil, geram melihat kecomelan Aria.

"Aria ada kawan?" Aria mengangguk.

"Siapa kawan Aria?"

'Kawan baik Aria.. Lee Asha' Aria tersenyum manis ke arah gurunya. Setelah itu, kelihatan seorang budak perempuan yang berumur lingkungan seperti Aria, berlari ke arah mereka.

"Ha Asha, panjang umur kamu. Baru je Aria sebut nama kamu." Asha melihat ke arah Aria yang memandangnya sambil tersenyum.

"Aria cakap apa cikgu?"

"Aria cakap yang Asha ni kawan baik dia." Asha tersenyumlah lebar sejurus mendengarnya.

"Betul! Aria ni Asha punya. Asha je boleh jadi kawan baik Aria! Yang lain tu semua nak ejek Aria je. Tak baik tau?!" Asha memuncungkan mulutnya.

"Bagusnya Asha ni. Dah ni cikgu bagi coklat satu sorang. Makan elok-elok ya." Guru mereka mengusap kepala mereka dengan penuh kasih sayang sebelum pergi meninggalkan mereka.

"Meh saya bukakan untuk awak." Asha mengambil coklat dari tangan Aria lalu membukakan bungkusan plastik coklat itu sebelum memberi semula coklat itu pada Aria.

'Terima kasih Asha.'

"Sama-sama Aria. Jom kita makan." Mereka bersama-sama menikmati coklat itu sebelum waktu rehat tamat.

Mereka tetap bersama walaupun ramai yang tidak mahu berkawan dengan Aria. Bagi Asha, kekurangan Aria tidak pantas langsung menjadi satu alasan untuk dirinya tidak berkawan dengan Aria. Malah dia juga belajar bahasa isyarat supaya lebih mudah berkomunikasi dengan Aria.

Mereka sudah berkawan sejak mereka bayi lagi. Ibunya, Lee Jiyeon merupakan pemilik kepada pusat asuhan anak-anak yatim yang diduduki oleh Aria. Jadi Asha tidak mempunyai batas waktu untuk berasa di situ. Asha bebas untuk bermain dan berjumpa dengan Aria.

Persahabatan mereka tetap bertahan walaupun kini mereka telah melangkah ke alam sekolah menengah. Kedua-duanya tumbuh dengan baik. Malah kedua-duanya telah menjadi seorang gadis yang sangat cantik dan diminati oleh ramai orang. Bukan sahaja cantik tapi tinggi dengan adab dan akhlak yang baik.

"Ahhh Aria.. Aku takutlah. Macam mana kalau aku fail exam nanti?" Asha menggigit kukunya dengan perasaan yang sangat takut. Aria mengusap bahu Asha dengan perlahan dan lembut, untuk memastikan Asha bertenang.

'Jangan risau Asha. Aku yakin kau boleh.' Asha memuncungkan bibirnya lalu berpeluk tubuh.

"Alah kau pandai Aria. Aku ni bukannya pandai sangat pun."

'Kau pandailah Asha. Jangan risau ok?' Asha menganggukkan kepalanya sebelum memegang tangan Aria.

"Janji yang lepas habis exam ni. Kita takkan berpisah!" Aria mengangguk.

"Yeayyyy, aku sayang kau tau Aria." Asha memeluk Aria dengan erat. Aria membalas pelukan Asha sambil mengusap perlahan belakang Asha, untuk memberi semangat kepada rakan baiknya. Asha meleraikan pelukannya sebelum menggerakkan tangannya.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now