- 56 -

19 4 25
                                    

- 1 week later -

"Jihyun tolong tengok adik kejap. Papa nak buatkan susu." Jihyun mengangguk dan baring disebelah Minhyun yang terbaring di atas toto.

"Ish adik ni asyik nangis je. Macam mana nak jadi strong boy?" Jihyun menepuk perlahan paha Minhyun untuk menghentikan adiknya dari terus menangis.

"Papa datang—"

"Jake." langkah Jake terhenti apabila mendengar suara persis seperti seseorang. Dia segera melihat ke arah muka pintu.

"IBU ARIA!!" Jihyun segera bangun dan memeluk kaki Aria.

"Jihyun sayang." Jihyun tersengih.

"Kau dah discharged? Dah sembuh ke? Eh masuklah tengok Minhyun." Jake segera berlari anak ke arah Minhyun dan menyuap Minhyun susu.

Aria duduk di sebelah Jihyun dan melihat Minhyun yang sedang disusukan.

"Muka dia mirip kau, Jake. Tapi bibir dia iras dengan adik."

"Kau nampak lain."

"Ya, aku nak sambung apa yang telah adik aku lakukan sampai dia kehilangan nyawa. Aku tak dapat terima benda ni. Lebih-lebih lagi tahu yang Mayra adalah adik kembar aku setelah kematian dia." tatapan Aria berubah jadi tajam.

"Aku cuba berharap kau lebih berhati-hati. Kau pun ibu kepada Jihyun dan Minhyun. Aku taknak budak-budak ni kehilangan kau pula."

"Jangan risau, aku akan tuntut keadilan untuk Mayra dan juga Yeonjun."

- flashback -

"Aria. Can we talk?" tanya Jake setelah Aria selesai memberi penghormatan terakhir kepada Mayra.

"Mayra suruh beri diari ni dekat kau kalau apa-apa jadi pada dia." kata Jake sambil menghulurkan sebuah diari. Aria mengambil diari itu dengan perasaan ragu-ragu.

"Memang dia amanahkan aku untuk beri pada kau dan pastikan kau baca. Aku faham kalau kau taknak baca sekarang. Boleh ambil masa kau."

'Baiklah Jake. Terima kasih.' Aria membiarkan Jake kembali ke pusara Mayra. Dia melihat diari yang berada di tangannya. Perasaan ingin tahu akan kandungan diari tersebut semakin menebal.

Setelah tiba di rumah, Aria membuka diari tersebut dan membaca setiap helaian diari itu.

Aria menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Tidak mungkin. Mayra adalah adik kandungnya. Baru sahaja dia hendak menutup diari itu, dia terlihat satu memori kad yang diselitkan di bahagian poket diari tersebut.

'Kalau kakak jumpa memori kad ini. Tolong simpan dengan baik kerana ini adalah bukti untuk beberapa lagi kebenaran yang tidak terungkap.'

Aria mengerutkan dahinya. Dia mengambil memori kad tersebut dan meletakkan kad itu pada peranti di laptop miliknya.

Mata Aria terbuntang apabila melihat rakaman CCTV beberapa puluh tahun yang lalu.

"Ini ibu kandung kita kakak. Lee Sunmi. Adik baru tahu dan adik masih tak ada kekuatan untuk beritahu sesiapa mengenai hal ini. Sunghoon... Abang kita. Adik sendiri buntu dengan hal ini."

Aria menekup mulutnya, tanda tidak percaya. Selama hampir 6 tahun ini, dia berkahwin dengan abangnya sendiri? Selama hampir 6 tahun ini juga dia dibenci dan didera oleh ibu kandungnya sendiri..

Mata Aria tertumpu pada laptop semula setelah melihat video itu beralih rakaman lain. Namun kali ini rakaman dashboard kereta.

Aria sekali terkejut apabila mengetahui Yeonjun terkorban bukanlah disebabkan kemalangan, namun dibunuh oleh Sunghoon.

MELANCHOLY [PSH]Where stories live. Discover now