Tangannya ligat melakar wajah seseorang yang di hadapannya sekarang. Dia tersenyum nipis melihat lukisannya itu. Lakaran seseorang yang disukai dalam diam. Gadis itu bangun dan beredar dari kelasnya. Kekanda Harith memandang pemergian gadis pujaannya itu."Harith." Terus ditutup buku lukisannya. Firash disisinya cuba untuk melihat apa yang dilukisnya.
"Apa ?"
" Kau lukis apa? Dari tadi khusyuk betul melukis." Kata Firash.
" Rahsia." Kaca matanya dibetulkan. Dia tidak mempunyai kawan lain selain Firash. Nerd. Itulah panggilan yang diberikan kepadanya. Tiada sesiapa yang sudi berkawan dengan dirinya.
" Haish! Kerja matematik semalam kau dah siap?"
"Dah. Nah, kau nak pinjam kan?"
Tersengih-sengih Firash sambil mengambil buku latihan matematik tersebut. Dia mulai sibuk menyiapkan latihan yang tidak sempat dibuat semalam. Melihat rakannya yang sedang leka, dia meneruskan lukisannya. Dari dulu sampai sekarang, Harith tidak pernah melupakan Qaiffa.
Mereka pernah menjadi teman sekelas semasa di sekolah rendah. Namun, gadis itu berpindah ke sekolah lain sebelum sempat dia meluahkan perasaan. Kecil-kecil lagi nak confess! Masa itu dia belum matang lagi. Belum faham apa itu erti cinta.
Setelah meningkat ke usia remaja, baru dia tahu bahawa cinta yang sesungguhnya itu hanyalah kepada Allah SWT. Mencintai makhluk itu merupakan seni yang halus untuk menyakiti diri sendiri. Walaupun begitu, Harith tidak pernah mampu menghapuskan perasaan yang secara tidak sengaja dipupuk untuk Qaiffa.
Dia memilih untuk mencintai secara diam sahaja. Itu lebih baik kerana dia tidak akan ditolak. Tanpa disangka saat dia berpindah ke sebuah sekolah semasa di tingkatan 2, Harith dipertemukan lagi dengan Qaiffa. Namun, gadis itu tidak mengenalinya. Padanya, lebih baik begini.
Tangannya berhenti melakar apabila lakarannya itu telah siap. 2 tahun. Waktu yang cukup lama dihabiskan hanya untuk memandang gadis itu dari kejauhan sahaja. Harith menoleh ke luar tingkap dan melihat dua ekor burung yang bertenggek di atas dahan pokok itu.
' Andai sahaja aku seperti burung-burung itu, mampu mendekatinya tanpa ada rasa takut di hati. ' Bermonolog dia di dalam hati. Firash menepuk bahunya dan menyedarkan dia dari lamunan. Kelihatan guru bahasa Inggerisnya masuk ke dalam kelas dan memulakan pengajaran.
****
Harith duduk di perpustakaan dan menyiapkan kerja yang diberikan gurunya sebelum waktu rehat. Dia tidak boleh melakukan kerja sekolah itu selepas tamat persekolahan kerana dia perlu pergi bekerja pula. Tinggal sendirian tanpa orang tua. Hidup sebatang kara. Itulah realiti hidup yang perlu dilaluinya sekarang. Dia terpaksa belajar sambil bekerja.
Tiba-tiba kerusi di hadapannya ditarik. Harith ingat itu adalah Firash, namun disebaliknya.
Adinda Qaiffa? Terpaku dia melihat gadis itu duduk di situ. Ada buku ditangan gadis itu. Mungkin dia ingin mengulang kaji. Tapi kenapa di mejanya! Qaiffa memandang ke arah Harith apabila merasakan dirinya diperhatikan. Harith kembali memandang semula bukunya.
' Jangan pandang Harith ! ' katanya dalam hati. Dia meneruskan kerja sehingga selesai. Dia bingkas bangun dan meninggalkan Qaiffa di situ. Berlari-lari dia menuruni tangga. Tangannya memegang bahagian dadanya. Berdegup kencang jantungnya ketika itu.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...