Bab 33 ✓

27 6 0
                                    

Pisau dimainkan di sekeliling gambar seseorang sebelum dia menikam bahagian tengah gambar tersebut. 'Dia' tidak suka dengan orang yang di dalam gambar tersebut. Dirinya sengsara tetapi orang itu bahagia? Tidak! Itu tidak patut terjadi!

"Harith...." Senyuman sinis menghiasi wajahnya saat dia melihat gambar yang di tampal pada papan itu robek. Andai sahaja dia dapat melakukan hal tersebut kepada Harith, pasti dia akan puas! Dia melihat gambar seorang wanita yang turut ditampal di sebelah gambar Harith.

"Qaiffa....kau suka aku kan? Bukan jantan tak guna ni. Betul tak?" Diusap-usap gambar tersebut sebelum dikoyakkan sendiri. Amarah dalam diri menguasai fikirannya. Dia benci! Benci tak terhingga kepada Harith dan Qaiffa. Disebabkan mereka berdua, dia diperlakukan seperti sampah oleh orang sekelilingnya.

"Ni semua salah kau! Kalau kau tak kenal dengan Qaiffa, mesti dia takkan buat aku macam tu.... Mesti kitorang dah bercinta dan bahagia..." Tiba-tiba sahaja dia menangis. Bergema suara tangisannya di bilik tidurnya. Dia inginkan Qaiffa. Namun, gadis itu telah dimiliki oleh seseorang! Ya! Dia harus menghapuskan lelaki tersebut. Suara tangisan tadi bertukar menjadi gelak ketawanya. Gambar Raef ditampal pada papan tersebut.

Pisau tadi ditikam pada bahagian tengah gambar jejaka itu dengan penuh kemarahan. Dia akan buat apa sahaja untuk pastikan Qaiffa menjadi miliknya. Termasuklah menghancurkan hubungan gadis itu dengan sesiapa sahaja. Mindanya mula merancang sesuatu untuk dilakukan.

"Kalau aku tak dapat kau, jangan harap lelaki lain pun boleh dapatkan kau!!"

***

Raef tersentak saat namanya dipanggil dalam mesyuarat dengan syarikat yang akan bekerjasama dalam pembangunan hotel yang baharu. Dia memohon maaf disebabkan dia tidak fokus semasa mereka sedang mengadakan perbincangan. Nasib pihak yang lagi satu tidak tersinggung atau ingin menghentikan mesyuarat. Selesai sahaja mesyuarat, dia terus beredar masuk ke dalam pejabatnya.

Dia terlalu memikirkan kejadian yang dilihatnya secara tidak sengaja pada majlis di rumah ibubapanya hari itu. Harith dan Qaiffa. Mereka berdua ada hubungan ke? Kalau ada kenapa Harith tidak pernah memberitahunya perihal tersebut? Namun, apa yang dia nampak dengan jelas ialah pandangan Qaiffa yang begitu sarat dengan perasaan. Itu  kali pertama dia melihat Qaiffa menunjukkan perasaan dan bukan di hadapannya. Keluhan dilepaskan.

"Hey, siri. I like my fiance but I feel she likes someone else. Can you play the related song due to my situation." Telefonnya diletakkan di atas meja sambil melelapkan mata.

"Okay." Balas siri, iaitu suara sistem iPhone. Lagu  asal kau bahagia dimainkan. Dia terlalu menghayati lagi itu sehingga tidak sedar Firash telah duduk di hadapannya. Dia hanya sedar apabila jejaka itu turut menyanyikan bahagian yang terkenal lagu tersebut.

"Katakanlah sekarang bahwa kau tak bahagia
Aku punya ragamu tapi tidak hatimu
Kau tak perlu berbohong, kau masih menginginkannya
Ku rela kau dengannya, asalkan kau bahagia
Yang, kurasa sekarang kau masih
Memikirkan tentang dia..."

Terbuka matanya. Dia menghela nafas lega apabila tidak melihat kelibat Harith di sini. Firash mengangkat keningnya sebagai tanda tanya. Lagu ditutup sebelum dia berdehem.

"Kau dah kenapa? Sedih semacam. Qaiffa curang dengan kau ke?" Bukan curang. Tapi nampak tak boleh move on. Raef berfikir dua tiga kali sebelum akhirnya dia membuat keputusan untuk menanyakan perkara yang begitu serabut bersarang di fikirannya kepada Firash.

"Aku nak tanya ni, Ash. Harith dengan Qaiffa ada hubungan apa-apa ke dulu? "

"Kenapa kau tanya?" Dia menarik nafas sebelum menceritakan apa yang dilihatnya hari itu. Firash mengangguk kepalanya.

'Patutlah Harith tergesa-gesa nak balik hari itu.' Katanya di dalam hati. Raef merenung wajah rakannya yang sedang ralit berfikir. Dia pasti Firash tahu tentang sesuatu.

"Tak ada hubungan. Tapi....." Sengaja dia menggantung ayatnya. Raef mendekatkan diri dengan Firash. Mana tahu rakannya itu akan berkata dengan suara perlahan ke nak berbisik ke.

"Aku pun tak tahu sebenarnya." Dahi ditepuk. Dia ingat Firash akan mengatakan sesuatu yang dia ingin tahu namun rupanya jejaka itu tidak mengetahui apa - apa. Dia menyandarkan kembali tubuhnya di kerusi. Firash hanya memandang sahaja Raef yang duduk di kerusi. Dia tidak akan menceritakan perihal Harith menyukai Qaiffa di masa lalu kepada Raef. Dia takut hanya disebabkan seorang wanita, dua orang sahabatnya itu akan bertegang urat.

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now