Bab 17 ✓

32 13 0
                                    

"Saya tak tahulah nak buat macam mana cikgu Lim.." Adu Puan Nisa. Respon yang diberikan oleh Tiara tidak membantunya malah mengusutkan kepala sahaja. Katanya hendak menyaman sekolah, dirinya dan Harith jika tidak mengaku bahawa Harithlah yang meniru lukisannya.

Cikgu Lim yang mendengar aduan Puan Nisa mengangguk kepalanya berkali-kali. Kehadiran Qaiffa yang datang menghantar kertas latihan membuatkan mereka berdua berhenti berbual.

Telinga Qaiffa dapat menangkap nama Harith disebut semasa berjalan menuju ke meja Cikgu Lim. Dia juga ada mendengar beberapa butir kata yang seperti lukisan, peniruan dan saman?

Pelajar perempuan itu nampak seperti sedang memikirkan sesuatu. Qaiffa juga mendengar nama Tiara disebut. Bukankah itu budak perempuan yang memekak dalam tandas tempoh hari? Dia dapat mengagak apa yang berlaku. Fikirannya merancang sesuatu yang tidak akan dapat ditolak oleh Harith. Senyuman misteri terukir di wajahnya.

"Cikgu, saya ada bukti untuk tolong Harith." Kata Qaiffa secara tiba-tiba. Puan Nisa memandang wajah pelajar perempuan di hadapannya itu dengan penuh harapan. Qaiffa mengeluarkan telefon pintarnya dan memainkan rakaman yang dirakamnya hari itu. Segala perbualan Tiara dan rakan-rakan gadis tersebut menjengah pendengaran kedua orang guru tersebut.

Dia menyerahkan rakaman suara itu kepada Puan Nisa. Qaiffa berdehem seketika untuk melancarkan rancangannya.

"Alang-alang saya dah membantu, apa kata cikgu bantu saya pula? Kita guna sistem barter." Puan Nisa dan Cikgu Lim memandang antara satu sama lain sebelum menoleh ke arah Qaiffa.

"Tolong apa tu?" Qaiffa tersenyum.

***

Kertas latihan diletakkan di atas meja. Qaiffa tersenyum apabila melihat kertas latihan dihadapannya. Namun, senyumannya pudar apabila orang yang memberi kertas latihan matematik tambahan itu duduk berjauhan daripadanya.

"Bukan kau kena ajar aku ke? Kenapa jauh sangat? Kau nak guna mic ke?" Perli Qaiffa. Harith mengeluh perlahan.

"Ini soalan untuk uji sejauh mana kefahaman kau dalam addmath. Jawab dulu. Baru aku tahu macam mana nak tolong kau." Qaiffa menganggukkan kepalanya. Dia mula menjawab soalan-soalan yang diberikan sambil diperhatikan oleh Harith. Tidak ketinggalan juga, Firash di sisi jejaka itu.

"Kau kata tak nak ajar dia. Ini apa kes pula?" Bisik Firash. Harith menceritakan kembali apa yang terjadi pada 4 jam yang lalu.

Flashback

Namanya bergema seluruh sekolah apabila dipanggil ke pejabat pengetua. Dengan langkah yang berat, Harith berjalan perlahan ke pejabat tersebut dan mulutnya tidak henti-henti beristighfar. Dia takut akan dibuang sekolah atas kesalahan yang tidak dia lakukan.

"Hasbunallah wanikmal wakil." Katanya perlahan sebelum melangkah masuk ke dalam pejabat itu. Harith melihat beberapa orang yang dikenali berada di situ, begitu juga Tiara yang sudah sembab wajahnya seperti baru sahaja menangis. Ada apa ni?

"Kekanda Harith?" Panggil seseorang. Kelihatan seorang lelaki yang cukup berkaliber dan berkerjaya memanggilnya. Dia hanya diam membisu kerana tidak tahu untuk memberi respon.

"Saya minta maaf atas kesalahan anak saya yang tidak cukup matang. Harap awak boleh maafkan dia." Rupanya lelaki tersebut merupakan ayah kepada Tiara. Ayahnya nampak seperti orang yang merendah diri, jauh berbeza dengan anaknya.

"Tak apa. Kita manusia biasa, selalu buat kesilapan." Kemudian, dua beranak itu keluar dari pejabat pengetua untuk pulang. Tiara dikenakan hukuman gantung sekolah selama seminggu.

Saat Harith berjalan keluar dari pejabat, Puan Nisa dan Cikgu Lim mendekatinya. Dia terpinga-pinga apabila kedua orang gurunya menanyakan jika dia baik-baik sahaja atau tidak.

"Harith, sebenarnya ada orang yang tolong kamu dalam hal ini." Harith tertanya-tanya siapakah yang sudi menolong dirinya.

"Kamu kenalkan Adinda Qaiffa?" Hm... Dah lain macam ni. Dia hanya menganggukkan kepalanya sahaja.

"Dia yang tolong kamu. Sebagai balasan, apa kata kamu pun tolong dia juga?" Pujuk Cikgu Lim. Tolong? Apa yang dia boleh tolong? Jangan cakap.....

"Kamu jadi guru muda dia, boleh?"

End of Flashback

"Ohhhh macam tu. Patutlah. Tapi terima kasih jugalah dekat dia sebab dah tolong kau." Ya, Harith tahu itu. Tetapi masalahnya sekarang dia boleh mati akibat jantung yang terlebih bekerja. Pilihan yang ada sekarang adalah mengheret Firash bersamanya jika Qaiffa memintanya mengajar atau bertanyakan soalan.

"Dah siap!" Kata Qaiffa sambil tersenyum memandang Harith. Nampak jejaka dihadapannya itu terdiam membuatkan dia berkerut dahi. Dah kenapa pula ni?

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now