Bab 37 ✓

22 6 0
                                    


Hadrah mencucuk tangan Firash sambil memandang ke arah Harith dan Qaiffa yang sedang mengambil gambar. Seronok betul suaminya dapat melihat Harith berkahwin. Firash menoleh ke arah isterinya dengan tanda tanya. Dia turut memandang ke arah yang sama di mana mata Hadrah tertuju. Tersenyum dia apabila mengetahui apa yang diinginkan oleh isterinya. Firash mendekati Harith yang sedang bergambar dengan Qaiffa dan Qairyn.

"Harith!" Terus jejaka itu menghentikan sesi fotografi. Dia mendekati Firash sambil melihat ke arah Hadrah yang seperti malu-malu kucing. Kenapa ni?

"Kenapa?"

"Pinjam pelamin. Isteri aku mengidam nak tangkap gambar dekat pelamin. Boleh tak?" Tanya Firash. Qairyn dapat mendengar percakapan jejaka itu. Hatinya bagai dihancurkan berkeping-keping. Isteri? Jadi, jejaka itu telah dimiliki dan bakal mempunyai cahaya mata juga.

'Ya Allah....apa aku buat ni? Jatuh cinta pada suami orang...' Detik hatinya. Dia meninggalkan pelamin tadi dan menuju ke biliknya. Air matanya mengalir tanpa disedari sesiapa. Qairyn tidak mahu melihat adegan fotografi itu.

"Boleh-boleh. Mehlah." Harith menggenggam tangan Qaiffa untuk pergi ke tepi supaya dapat memberi peluang kepada Firash dan Hadrah untuk bergambar. Qadriz mendekati mereka berdua.

"Tahniah dik. Kau dah kahwin dah pun. Nasib baik majlis hari ni tak batal. Baju macam pengantin tahi cicak pulak. HAHHAHA! " Gurau Qadriz. Qaiffa memukul abangnya menggunakan jambangan bunga yang ada di tangannya. Memang kelihatan begitu kerana Harith memakai baju melayu warna hitam manakala Qaiffa memakai baju pengantin warna putih. Dia menoleh ke arah Harith yang tersenyum sahaja melihatnya.

" Bro, aku harap kau jaga adik aku baik-baik. Jangan pernah naik tangan dekat dia walaupun nak menegur. Kalau kau buat, aku sendiri akan bunuh kau nanti." Amaran diberikan. Namun, Harith kekal tenang dan senyum. Takkanlah dia nak pukul isteri sendiri. Dia bukan lelaki dayus dan masih ada kewarasan. Qaiffa mendekatkan dirinya dengan Qadriz. Dia memeluk erat abangnya. Dia membisikkan sesuatu kepada Qadriz.

"If you ready, then bring 'them' to come here." Pesan Qaiffa. Dia hanya tersenyum nipis mendengar pesanan adiknya. Satu hari nanti pasti dia akan bawa 'mereka' ke sini untuk diperkenalkan kepada kedua orang tuanya. Bahu Harith ditepuk sebelum dia beredar untuk melayani tetamu.

"Terima kasih...." Harith memandang isterinya. Qaiffa menyatukan tangan mereka berdua. Dia memandang wajah suaminya dengan perasaan sebak.

"Sebab jadikan impian saya selama ini satu kenyataan sekarang." Sejurus itu dia memeluk erat tubuh Harith. Fahamlah Harith bahawa dia tidak bertepuk sebelah tangan selama ini. Diam-diam hati mereka saling mencintai. Dia juga membalas pelukan Qaiffa.

Perkara itu disaksikan oleh kedua orang tua mereka. Dato' Qaisar merasakan itu adalah keputusan yang tepat dia lakukan hari ini. Puan Leana terharu kerana dapat melihat kebahagiaan yang terpancar jelas di wajahnya anak perempuannya. Tak sangka juga dapat berbesan dengan antara hartawan terkaya di Jepun. Mereka menoleh ke arah Puan Akira yang sedang tersenyum memandang anak lelakinya.

"Ermmm...hai besan?" Tegur Puan Leana. Dato' Qaisar menepuk dahinya. Apalah isterinya ini. Puan Akira tertawa sedikit sebelum mengangguk.

"Hai juga, besan express!" Pecah tawa mereka ketika itu. Para tetamu telah beransur ke bawah khemah untuk menjamu selera. Mereka hanya melayani sahaja beberapa tetamu yang masih lagi ada di dalam rumah. Dato' Razali dan isterinya telah pulang bersama rombongan mereka tadi. Pasti mereka malu dengan tindak Raef yang seakan menconteng arang ke wajah mereka.

***

Raef melangkah keluar dari pejabat agama dengan lemah. Dia berasa sedikit sedih kerana tidak dapat berkahwin dengan Qaiffa dan mengecewakan ibubapanya. Tak tahulah kenapa dia diuji dengan perkara berat ini. Kalaulah dia dapat putarkan balik waktu, Raef pasti akan menolak ajakan makan malam bersama syarikatnya.

"Awak." Panggil seorang wanita disampingnya. Dia hendak menyalahkan wanita ini pun tidak boleh kerana mereka masing-masing diperangkap. Raef tersenyum nipis sahaja memandang wanita itu. Kalau dia tahu angkara siapa dalang disebalik kejadian yang melandanya ini, dia akan pastikan dalang itu menderita.

"Maafkan saya tau. Kalaulah saya tak ikut kawan saya, mesti ini semua tak jadi...." Tangan diangkat untuk menghentikan wanita itu daripada terus berbicara. Dia dah ambil sesuatu yang berharga daripada wanita itu, takkanlah dia hendak menjadi lelaki tak guna yang tidak bertanggungjawab pula? Walaupun Raef tidak melakukannya dalam keadaan sedar, tetapi itu tidak akan mengubah fakta kesalahannya.

"Tak apa. Ini semua ujian. Lagipun kau pun tak sedar. Aku terima je semua ketentuan Allah SWT. Dia yang lebih mengetahui segalanya. Jangan risau. Aku akan bertanggungjawab dengan apa yang aku dah buat." Kata Raef. Dia memimpin tangan wanita itu untuk pergi ke keretanya dan pulang ke rumahnya terlebih dahulu.

Setelah keadaan sedikit reda, baru dia akan membawa wanita itu berjumpa dengan kedua ibubapanya. Memang tidak ditakdirkan dia berkahwin hari ini. Mungkin dia memang tidak berjodoh dengan tunangnya itu. Tersenyum wanita itu melihat perlakuan Raef. Tak sangka dia dipertemukan dengan lelaki yang baik.

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now