Bab 45 ✓

24 5 0
                                    


Air disiram ke atas kubur yang baru sahaja ditimbus. Ramai orang telah mulai meninggalkan kawasan tanah perkuburan itu, namun tidak dengan dirinya. Dia masih lagi merenung kubur arwah suaminya yang masih basah itu. Berpisah hidup tidak akan sesakit berpisah kerana kematian . Mereka berdua telah dipisahkan dengan alam yang berbeza.

"Iffa..." Panggil Qadriz. Dia dapat melihat bertapa dalamnya cinta seorang Adinda Qaiffa kepada Kekanda Harith. Bagaikan nama mereka yang saling bertaut. Begitu jugalah cinta mereka berdua. Qaiffa tidak menjawab sebaliknya hanya mendiamkan diri.

"Jom balik. Dah dekat asar ni. Tak baik duduk lama-lama dekat sini.." Pujuknya. Ibu bapa mereka telah pulang lebih awal untuk menguruskan majlis tahlil malam ini. Qaiffa terpaksa bangun walaupun hatinya berat untuk meninggalkan kubur itu. Dia mengikuti langkah Qadriz dan meninggalkan tanah perkuburan. Hanya kesunyian sahaja yang memenuhi kereta yang dipandu Qadriz. Dia mengerling ke arah adiknya yang termenung jauh.

Setibanya dia di rumah, Qaiffa terus masuk ke dalam bilik dan menghamburkan tangisannya. Dia tidak kuat untuk menghadapi kehidupannya selepas ini. Kenapa terlalu awal suaminya meninggalkan dirinya di dunia ini. Baru sahaja mereka merasa manisnya alam perkahwinan namun Allah SWT lebih menyayangi Harith. Pintu biliknya yang diketuk oleh seseorang diabaikan sahaja. Qairyn masuk ke dalam bilik kakaknya. Betapa hancurnya hati kakaknya ketika itu.

"Akak... Sabar kak. Ini semua ujian daripada Allah SWT." Pujuk Qairyn. Sejujurnya dia tak kuat juga melihat keadaan Qaiffa yang begini apatah lagi kedua orang tuanya.

"Sakit Ryn. Hati akak sakit sangat...."

"Ya, Ryn tahu. Ditinggalkan orang kita cintai memang perit tetapi kita kena sedar semua ini hanya sekadar pinjaman daripadaNya. Kita semua milik Allah dan bila-bila masa sahaja kita akan pulang." Qaiffa sedar kata-kata adiknya itu benar. Dia terlalu larut dalam kesedihan sehingga lupa bahawa manusia itu tidak akan kekal selamanya.

"Akak kena kuat! Kalau akak tak kuat, macam mana dengan anak-anak akak? Ryn tahu akak  boleh hadapi semua ini. Kalau tidak, tak mungkin akak akan diuji dengan dugaan yang besar macam ni." Katanya. Dia pasti Qaiffa mampu dan tabah untuk menghadapi ujian itu. Cuma masa sahaja yang menentukan.

"Akak berehatlah. Tenangkan diri dan jangan lupa solat. Luahkan segalanya pada Allah." Pesannya sebelum keluar dari bilik Qaiffa. Dia memandang Puan Leana yang menunggu di luar bilik dengan kerisauan. Dia hanya menggelengkan kepala dan menggamit ibunya untuk turun ke bawah. Qaiffa yang merebahkan diri dan akhirnya dia terlelap dengan kesedihan yang turut dibawa bersama.


***

Qaiffa berjalan-jalan disekitar kawasan yang dia tidak tahu dimana lokasinya. Hanya warna putih sahaja di sekelilingnya. Dia ternampak figura seseorang yang cukup dirinduinya. Disebabkan perasaan yang kurang yakin, dia enggan untuk menghampiri orang tersebut. Namun, orang itu memusingkan tubuhnya menghadap Qaiffa, dia terus berlari dan memeluk orang itu.

"Betul ke ni? Atau saya yang bermimpi?" Harith di hadapannya. Dia mengusap -usap pipi jejaka itu. Wajah suaminya begitu bersih dan suci di matanya. Harith hanya tersenyum nipis memandang Qaiffa.

"Khayalan atau tidak itu kemudian. Yang penting kita dapat berjumpa." Kata Harith. Qaiffa dapat merasakan ciuman pada dahinya. Ya, ini Harith! Kerana jejaka itu mempunyai tabiat untuk mencium dahinya selalu.

"Kenapa awak tinggalkan saya sendiri?"

"Adinda...." Qaiffa mula teresak-esak di dalam dakapan suaminya. Dia tahu Harith di hadapannya ini bukanlah jasad yang sebenar.

"Saya tak kuat...saya perlukan awak .. saya... saya.." Diangkat wajah wanita itu untuk memandangnya. Wanita yang dicintainya sepenuh hati dan tidak pernah sekelumit pun perasaan itu pudar.

"Saya tak pernah tinggalkan awak. Saya sentiasa ada di sini..." Harith mengucup kedua kelopak mata Qaiffa. Dia merenung ke dalam iris mata isterinya.

"dan...di sini." Tangan diletakkan ke bahagian hati Qaiffa. Masing-masing memandang antara satu sama lain.

"When you close your eyes, you will always see me and I always stay in your heart. Forever and ever. Sama seperti Adinda. You also will stay forever in my heart until we meet again..." Sebak hatinya mendengar kata-kata Harith. Dia dapat melihat bayangan Harith yang semakin hilang.

"Janganlah pergi...saya nak ikut awak.."

"Kalau awak ikut saya, siapa nak jaga permata-permata kita? Janji dengan saya, jaga mereka dengan penuh kasih sayang tau. Awak kena kuat untuk anak-anak kita." Qaiffa mengangguk kepalanya. Dia tahu masa mereka berdua sekarang hampir tamat.

"Adinda...." Panggil Harith.

"Nak tahu kenapa isteri ini saya istimewa?" Tanya Harith. Bayangan suaminya semakin pudar. Dia segera mengangguk kepalanya. Tubir matanya semakin dibanjiri air mata.

"Sebab... Adinda Qaiffa hanya dicipta untuk Kekanda Harith sahaja. Tiada yang lain." Sejurus itu, bayangan suaminya hilang dihadapannya. Dia melutut sambil menekup wajahnya. Tangisan dihamburkan semahu - mahunya. Kalimat terakhir yang didengarinya akan sentiasa berada di dalam fikirannya. Qaiffa merelakan pemergian Harith. Wajahnya basah dengan air mata.

TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓Where stories live. Discover now