Riuh suasana ruang makan itu apabila semua ahli keluarga berkumpul. Qadriz begitu rancak berbual dengan Dato' Qaisar tentang perniagaan. Dia menceritakan perihal perniagaannya yang semakin maju dan meminta pendapat papanya mengenai hal tersebut. Qaiffa dan Qairyn hanya menjadi pendengar sahaja di meja makan itu sambil menyuap nasi ke dalam mulut. Ibu mereka sedang sibuk menuangkan air ke dalam cawan Dato' Qaisar."Sejak bila Ryn pakai niqab?" Tanya Qadriz secara tiba-tiba.
"Dah lama dia pakai. 3 tahun lebih tak silap." Jawab Puan Leana. Sebagai seorang ibu, hatinya sangat gembira kerana anak-anaknya semua berjaya didik untuk menjadi seorang muslim dan muslimah yang bagus. Buktinya, Qadriz, Qaiffa dan Qairyn tidak pernah mempunyai kekasih. Dia sentiasa berpesan kepada mereka supaya sentiasa menjaga pergaulan dengan bukan mahram.
"Ooo...sejuk sahaja mata abang tengok." Qairyn hanya menganggukkan kepala sahaja. Hari ini, moodnya sangat baik kerana yang lama orang dinantikan telah bersua kembali dengannya walaupun hanya dia sahaja yang tahu. Qaiffa begitu berselera makan sehingga satu soalan daripada Qadriz membuatkannya berhenti mengunyah.
"Bulan depan majlis perkahwinan Iffa kan?" Perlahan-lahan kepala diangguk. Tiba-tiba, tekaknya terasa susah untuk menelan makanan yang telah dimakan. Qadriz menatap adiknya yang menundukkan kepala sahaja.
"Adik kamu tu dah nak kahwin. Kamu bila lagi?" Tanya Puan Leana. Patutnya abang yang berkahwin dahulu, baru adiknya. Ini terbalik pula.
Qadriz hanya tertawa kekok mendengar soalan itu. Habislah, soalan maut telah dibuka. Sebenarnya, ada sesuatu yang disorokkan daripada pengetahuan keluarganya. Belum tiba masanya lagi untuk memberitahu tentang perkara tersebut."Ada jodoh adalah."
***
Qaiffa mencapai sebuah buku lukisan yang diletakkan di atas meja kecil disebelah katilnya. Buku lukisan yang tidak pernah jemu dia menyelak. Andai sahaja tuan empunya buku lukisan itu ada di hadapannya, pasti pelbagai soalan akan dia tanya. Tak pernah sekali dia lupa untuk berdoa agar dipertemukan kembali dengan Harith.
Kerisauannya hanya satu. Status Harith sekarang. Masih bujang atau sudah berpunya? 9 tahun bukanlah tempoh yang singkat. Pelbagai perkara boleh berlaku. Kalau mereka berjodoh, pasti akan kembali menemui satu sama lain. Itulah yang diharapkan oleh dirinya. Mengingati bahawa dia adalah tunangan orang membuatkan dirinya semakin putus harapan. Dia bergerak ke balkoni untuk menenangkan fikiran.
Qaiffa melihat abangnya sedang duduk di laman rumah sambil memandang langit. Di tangan Qadriz, terlihat seakan ada sekeping gambar yang dipegang. Abangnya melepaskan keluhan sambil memandang gambar tersebut. Hal itu membuatkan dia tertanya-tanya. Gambar apa atau siapa itu?
Qadriz tinggal dia luar negara sejak berusia 20 tahun untuk menyambung pelajarannya. Sekarang usianya telah mencecah 28 tahun. Takkan masih lagi bujang? Atau gambar itu sebenarnya milik teman wanita abangnya. Perlahan-lahan dia turun ke bawah dan mendekati abangnya yang larut dalam fikiran.
Pantas tangannya mengambil gambar tersebut. Qadriz yang tidak perasan kehadiran Qaiffa tersentak. Terdiam Qaiffa melihat gambar yang kini ada di tangannya. Dia mengangkat kepala untuk memandang abangnya. Masing-masing diam tidak berkutik. Tangannya menghulurkan kembali gambar itu. Langkah diambil untuk kembali ke bilik tidur.
"Iffa." Panggil Qadriz. Langkahnya terhenti.
"Don't tell anyone about this?" Tanpa sebarang reaksi, dia hanya mendiamkan diri dan berlalu naik ke atas tangga. Alasan Qaiffa begitu kerana dia terkejut melihat gambar tersebut. Setibanya di bilik, badan direbahkan ke atas katil. Sedaya upaya dia cuba untuk melelapkan mata. Lama-kelamaan, dia mula dibuai mimpi.
YOU ARE READING
TAKDIR KAU DAN AKU [COMPLETE] ✓
RomanceCover by:PutraRize "Biar malam menjadi saksi sejauh mana diriku mencintai dirimu." - Kekanda Harith. " Andai kita bertakdir, sejauh mana aku melangkah pasti akan dipertemukan dengan dirimu semula." - Adinda Qaiffa. Kekanda? Adinda? Nama yang saling...